06 Disember 2009

Ujian Kemasukan Maahad Tahfiz

Tak tahulah mana silapnya, saya mungkin tergolong dalam golongan ibu yang kurang prihatin dengan sistem pendidikan negara. Kita nak anak kita jadi muslim/muslimat soleh/solehah, tapi kita tak tahu apa yang dioffer untuk anak2 kita dalam negara ini.

Untuk anak2-anak saya cuma mendoakan agar mereka menjadi anak yang soleh/solehah dan agar mereka menjadi pejuang dalam menegakkan hukum Allah. Kemudian terfikir untuk hantar anak ke tadika Islam. Bila dah masuk tadika Islam, kawan-kawan ajak masukkan anak ke sekolah rendah Islam. It was a good idea, why not?

Bila tengok dalam report card ada markah untuk solat dan teringat saya ternampak adik kawan saya mendirikan solat semasa berumur 7 tahun, maka saya mula suruh anak solat Subuh dan Maghrib di rumah semasa anak sulung berumur 6 tahun. Kerahan tu akan meningkat setiap tahun.

Saya tak pernah terfikir ke mana nak hantar anak saya untuk pendidikan menengah memandangkan sekolah sekarang juga menawarkan pendidikan menengah. Tapi bila saya dengar bahawa Sekolah Arab di Selangor hanya mengajar matapelajaran Arab sahaja selain dari kurikulum biasa, saya jadi agak terkejut. Bila terlihat pula anak kawan saya yang sekolah Arab, tidak bertudung di rumah, saya mula terfikir, eh ... macamana agaknya sistem pembelajaran di sekolah agama?

Lama saya berfikir tentang pendidikan anak2. Saya tak mahu anak saya ada ilmu, tapi tak ada amal. Kalau boleh saya mahu anak saya berjaya di dunia, berjaya di akhirat. Jadi saya buat keputusan untuk hantar anak saya belajar di sekolah pondok. Suami suruh saya cari pondok moden. Jadi saya terfikir untuk hantar ke Kelantan kerana dengarnya di sana ada pondok moden. Apa itu pondok? Apa itu pondok moden? Wallahu a'lam. Setahu saya pondok adalah satu institusi di mana pelajar2nya kena amalkan apa yang diajar. Kalau dah belajar agama tu, kenalah puasa sunat Isnin Khamis, doa cair di mulut dan dihati bukan takat nak lulus periksa saja. Solat sunat semua jadi amalan, tahajjud, dhuha, witir dan banyak lagi. Itu pandangan dan harapan saya pada institusi pondok.

Jadi saya aim untuk hantar anak ke Maahad Darul Anwar. Kawan saya mengesyorkan hantar ke Gontor, Indonesia, tapi suami kata jauh sangat. Terfikir nak hantar ke Darul Ulum, tapi rasanya kalau hantar ke Kelantan lebih dekat dengan family, kat Kedah tak ada family. Hari Raya Puasa baru-baru ni kami pergi melawat Darul Anwar. anak saya pun suka. Saya search internet, jumpa blog salah seorang pelajar MADA. Seronok tengok blog dia dan dirinya yg pakai purdah.

Bila dapat keputusan peperiksaan, agak terkejut juga sebab dia dapat 4A1B. Cerdik jugak! Ingatkan biasa-biasa je, sebab musim periksa tu dia boleh siap main internet. Kat rumah tak belajar langsung, masuk bilik kroh kroh.

So, parent yg tak prihatin ni, masih tak tahu apa nak buat. Alah 4A, bukan 5A. Lepas tu suami tanya tak nak masukkan ke Maahad Tahfiz Sains ke? Barulah kelam-kabut search internet. 2-3 hari hadamkan benda tu, 26/11/09 saya call pak sedara minta belikan borang di YIK, 28/11/09 borangnya sampai. Perasan habis bila dapat borang, sampai terlupa nak isi. Borang MADA yang dah lama dapat pun belum isi lagi. Isnin 30/11/09 bila dipejabat baru teringat borang tu patutnya kena pos minggu tu. Kelam kabut call anak suruh isi. 1/12/09 poskan borang guna pos laju, 3/12/09 semasa kami dalam perjalanan balik ke Kelantan pihak sekolah telefon borang dah sampai.

Risau juga sebab ujian kemasukan Maahad Tahfiz Sains bertembung dengan ujian di MADA. Tapi kami tawakkal ajelah. MADA maklumkan bahawa ujian boleh diambil pada bila2 masa antara jam 8:30 pagi hingga 12:30. Oleh kerana kami tak dapat hubungi Maahad Sains untuk pengesahan, jadi kami ambil keputusan untuk ikuti ujian di Maahad Sains dulu.

Tu dia ujian dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang merangkumi lisan, bertulis dan hafazan. Ujian lisan tanya tentang akhlak, suruh tilawah dan tanya hukum tajwid. Ujian bertulis tanya anggota wajib wudhu, 4 peperangan penting, perkara wajib solat, hukum tajwid dan jawi. Hafazan pula, pelajar diberi satu mukasurat dari Quran dan minta hafaz dalamasa sejam. anak saya menangis sebab baris terakhir dia tergagap masa diuji. Saya kata tak apa, tak dapatpun tak kisah, sebab dari 368 yg diuji, mereka cuma ambil 60 orang je. Tak dapatpun tak kisah sebab yg lain tu ramai yg dapat 5A. Yang datang ambil ujian tu pun ada yang dah hafal 15 juzuk Al-Quran.

Kesian kami parents yg tunggu lama. Penat woo sebab tak sangka lama cam tu. Sepatutnya pihak sekolah kena buat pengumuman, bagi calon luar Kelatan, ibu-bapa diminta spend masa di Rantau Panjang anggaran 4 jam, dan datang semula ke sekolah jam 1:00 tengahari untuk solat zohor.

Kawan saya kata anaknya belajar di MRSM Tahfiz iaitu di Terengganu. Borang boleh didapati di Pejabat MARA. Tarikh tutup 2 minggu selepas keluar keputusan. Nak wat camana, dah lepas baru tahu.

Bila tengok senarai subjek yang ditawarkan oleh MTS, seronok sangat rasanya. Bila dengar penerangan dari YIK dan Pengetua, lagi berkobar-kobar nak hantar anak ke Maahad Tahfiz kelolaan YIK. Saya berazam untuk merayu kalau tak dapat.

Oleh kerana jam 3 petang baru kami habis berurusan di MTS Tanah Merah, kami hubungi MADA untuk buat appointment. Alhamdulillah anak saya di temuduga jam 9 pagi tadi dan berjaya diterima untuk memasuki MADA.

01 Disember 2009

Kursus Solat Khusyuk

Assalamualaikum,

Solat Center Malaysia akan menganjurkan Kursus Solat Khusyuk Remaja (13 thn ke atas) pada 27/12/09 (ahad) di balai islam TNB Bangsar, yuran RM90 diskaun jika bayar sebelum 15 dis adalah RM70. Kursus kesempurnaan solat kanak2 (7 - 12 thn) akn diadakn insyaAllah pd 25 dan 26 disember 09 (jumaat dan sabtu), di balai islam TNB. 9 pagi - 5 ptg. menyempurnakan ibadah solat, mencintai solat dan solat khusyuk.Rm140, diskaun jika bayar sebelum 15 dis RM120. Adik beradik mendaftar diskaun RM10. Penceramah Pak Maulana Yusuf dari Solat Center Jogjakarta. Daftar hari ini. Tel/sms yati 0192679294 atau nora 0196241965

Bagi saya tiada harta yang paling bernilai yang nak kita tinggalkan untuk anak-anak kita melainkan Iman dan Islam dan solat itu merupakan tiang agama. Tiang itu akan tegak kukuh kalau solat yang dilakukan dihayati dengan sepenuh hati. Moga-moga anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita di akhirat kelak. Ceramah Ustaz Zahazan pagi tadi mengatakan, kalau kita dimasukkan Allah dalam syurga yang atas, kita boleh minta Allah alihkan keluarga kita yang duduk dalam syurga yang leih rendah ke syurga kita dengan syarat mereka itu terpelihara dari dosa-dosa besar. Seronoknya bercakap pasal syurga, mampukah kita memasuki syurga Allah?

25 November 2009

Pelatihan Solat Khusyuk

Hujung minggu lepas saya hadir pelatihan solat khusyuk di Balai Islam TNB anjuran Shalat Centre Kuala Lumpur. Kursus ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bagi saya. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, dalam salah satu kuliah di Mina, ustazah memaklumkan bahawa solat itu ada 4 tahap. Solat orang yang jahil dan lalai tak diterima. Astaghfirullah. Solat orang yang tahu tapi lalai juga tertolak. Solat kita mungkin tergolong dalam 2 golongan ni kot. Astaghfirullah.

Solat khusyuk adalah sau perkara yang terlepas dari saya, saya pernah dapat, tapi saya lepaskan. Masa tu indahnya solat, seperti kata Pak Abu Sangkan, indahnya solat, MasyaAllah. Bila berdiri, rasa nak sujud, bila dah sujud, nak sujud lagi. Dah siap solat rasa nak sujud lagi. Nak solat lagi. Indahnya solat!

Tapi tiba-tiba datang lintasan.... Allah tu macamana rupanya? Adakah macam tulisan kalimat Allah? Macamana hidungnya, macamana matanya? Tingginya? Astaghfirullah! Itu satu hal, kemudian datang satu lagi dugaan, kepala saya mula sakit akibat banyak menangis. Oleh kerana kurangnya ilmu, saya berpisah dari solat khusyuk. Tak tahan daulat, cubaannya amat berat tanpa ilmu. Tapi siapa yang nak ajar, macamana nak dapat solat khusyuk? Tak ada! Kelemahan saya juga agaknya, tak bertanya. Tapi solat khusyuk memang tak pernah dibincangkan. Hanya dikalangan orang yang pernah merasa nikmat solat akan bercakap tentang indahnya solat. Tapi, tak pernah dibincangkan oleh ustaz atau ustazah dalam mana-mana kuliah atau usrah.

Pernah dalam satu forum, seorang bertanya saya, betul ke saya pernah dapat solat khusyuk? Macamana rupa Allah? Dari cara beliau bertanya, saya menjadi faham bahawa dia pernah alami pengalaman yang serupa dengan saya.

Satu ketika saya menjadi ingin untuk kembali mendapat khusyuk dalam solat. Malu rasanya pda Allah bila kita solat, tapi fikiran terbang melayang sampai berpuluh destinasi menantikan siapnya 4 rakaat solat. Malu pada Allah, tapi dah terlupa macamana nak dapatkan solat khusyuk. Dapat sekejap saja, kemudian hilang balik.

Bila Kak Nora bercakap tentang solat khusyuk, Masyaallah! Seronoknya, nak sangat belajar tentang solat khusyuk. Dan hujung minggu lepas terurailah segalanya. Saya rasa bahagia sangat dapat berguru dengan Pak Abu Sangkan.

Sedikit info tentang Pak Abu Sangkan, beliau lahir tahun 1965. Dengan isteri pertama beliau mendapat 3 orang anak. Kalau tak silap anak sulungnya bernama Sangkan, maka beliau menggelarkan dirinya Abu, sesuai dengan saranan dalam buku Pendidikan Anak2 Dalam Islam. Dari isteri keduanya beliau mendapat seorang anak lelaki akan berumur setahun pada Dis 2009. Katanya beliau berasal dari Madura. Beliau gelak bila saya sebut sepatah perkataan boyan pada anak Kak Nora, Mardhiyyah, "Nene!"

Pak Abu mulakan kuliahnya dengan kedudukan tubuh yang betul ketika solat, kerana solat itu sepatutnya memperbaiki keadaan kesihatan kita, bukan memburukkan kesihatan. Keadaan tubuh manusia itu, tulang belakangnya melengkong. Itu adalah bentuk semulajadi badan kita. Oleh yang demikian, kita kena latih badan kita agar sentiasa dalam postur yang betul. Semasa berdiri, hendaklah berdiri tegap. Kalau kita berdiri dengan malas, kita akan terikut-ikut dalam setiap urusan, kita biarkan badan kita dalam postur yang tidak betul, postur malas!

Jadi semasa kita berdiri tegak, tulang belakang kita melengkong, masa rukuk pun kita tegakkan badan dan pastikan tulang belakang kita melengkung, dengan cara turunkan sikit badan kita kemudian tolak naik bahu kita ke atas. Letakkan tangan di lutut dan buka jari-jemari kita. Tolak kepala kita kedepan sebanyak mana yang boleh. Bagi wanita, cepat2 tarik siku ke sisi badan.

Semasa hendak sujud, letakkan kedua2 tangan di sejadah macam nak merangkak, pastikan punggung berada di depan lutut, jangan letakkan punggung di belakang lutut. Bila kita sujud pastikan hujung jari hantu kita separas hidung. Patikan jari mengadap kiblat. Cuba perhatikan, untuk turunkan badan dan untuk naikkan kembali muka ke atas, kita akan menggunakan kekuatan lengan. Bagi lelaki jarak ibu jari dari pipi adalah anggaran boleh letak satu tapak tangan sendiri selebar dari ibu jari ke jari anak dan siku dikepakkan. Bagi wanita, ibu jari hendaklah rapat ke pipi dan siku rapat ke badan. Jatuhkan sedikit tulang belakang, agar ia melengkung, jangan sampai badan kita nampak macam mangkuk yang di telungkup. Cuba lihat bentuk badan kucing bila dia menggeliat ke depan. Dadanya dijatuhkan ke lantai.

Bila saya balik ke rumah dan ceritakan pada suami, dia bagi dua buah buku lagi yang mengajarkan cara postur badan yang sama. Kata suami saya kalau solat jamaah, kalau solat di saf depan memang boleh buat macam tu, tapi kalau solat di saf belakang, memang tak dapat buat. Memang betulpun, bila saya cuba kat rumah, saya akan sujud sepanjang sejadah!

kata Pak Abu, setiap kali kita nak solat, sebenarnya kita nak mengadap Allah, kalau kita tak mengadap Allah, kita mengadap siapa? Jadi maknanya kita solat tu untuk berjumpa Allah. Ada ayat Quran, Yaaa Ayyuhannafsul Mutmainnah - Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Ayat ni bukan untuk orang yang mati, tapi untuk orang hidup. Kita kembali kepada Allah setiap kali kita solat. Jadi setiap kali kita bertemu Allah, tinggalkanlah semua harta dunia, pangkat dunia, nama di dunia. Kita ini mengadap Allah, hormatilah hak Allah setiap kali kita bertemu dengannya. Kita dah angkat takbir, dah masuk mengadap, jangan pergi pasar malam!

Irji'i ila Rabbiki Radhiyatan Mardhiyyah - kembalilah pada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya - setiap kali kita nak solat, pergilah solat dengan hati yang redha, jangan rasa terpaksa. Masuklah dalam solat secara sukarela, dengan hati gembira dan penuh kerinduan. Biarlah Allah pula redha dengan kita, berbangga dengan pengabdian kita kepadaNya.

Bila kita mengangkat takbir, sebutlah kalimah takbir tu, fahami maknanya. Rasakan bahawa, kita ni sekarang nak pergi kepadaNya, nak bertemu Allah, nak berjumpa Allah, nak kembali kepada Allah, nak get connected to Allah.

Bila kita dah connected dengan Allah, teruskan connecting, jangan putuskan hubungan dengan Allah tu, teruskan merasa Allah melihat kita, memandang kita, kita diperhatikan oleh Allah. Bagaikan seorang anak yang telah berbuat salah, datang minta maaf dengan maknya, penuh rasa malu dan nak minta maaf, mengadaplah pada Allah dengan rasa bersalah, malu ingin minta maaf. Kalau tak ada apa yang nak dimaafkan, mengadaplah Allah dengan rasa rindu, terima kasih atas segala nikmat Allah, bahagia connected dengan Allah. Hayatilah asma Allah, kita akan rasa bahagia ada hubungan dengan Allah, berhadapan dengan Allah. Hayatilah Al-Fatihah, kita akan merasa bahagia menyebut setiap kalimat al-Fatihah.

Kecilkan diri kita di hadapan Allah, kerana Allah tu memang besar. Teruskan merasa kerdil dan anda memang ingin untuk sujud kepadaNya. Kita kecik, Allahlah yang Maha Besar. Tunduk perlahan-lahan hingga kita dapat rukuk menghadap Allah. Ikutkan hati anda untuk terus sujud dan sujudlah. Sebutlah nama Allah, dengan penuh kasih-sayang, dengan penuh pengabdian, dengan penuh kerendahan, dengan penuh keinsafan atas segala dosa-dosa kita, atas sikap arrogant kita, atas keterlaluan kita dan atas kedegilan kita melanggar segala laranganNya. Rasakan ketenangan ketika sujud, Tenang setenang-tenangnya bila dah dapat mengadu pada Allah.

Pak Abu Sangkan juga ada mengatakan bahawaAllah itu tidak berupa. Allah itu ada dimana-mana sentiasa memantau kita.

17 November 2009

Inco

Saya tahu mak kalau batuk mesti terkencing. Jadi saya bagitau dia doktor ajar senaman agar tidak terkencing. Tapi mak kata dia dah lama tak terkencing masa batuk. Kira dah OK lah tu. Jadi saya rilek ajelah.

Tapi bila sampai Madinah, mulalah penyakit dia datang. Kita dah lama tak tinggal dengan dia, jadi kita tak tahu apa penyakit dia. Mungkin orang tua kita nak sorokkan penyakit dia agar kita tak risau dengan keadaan mereka. Dia orang pun tak terfikir bahawa perkara yang dirahsiakan tu menyusahkan bila di sana. Yalah, takkan dia orang saja-saja nak menyusahkan kita kan? Kalau boleh dia orangpun nak semuanya berjalan lancar.

Di Madinah tak teruk sangat keadaan mak saya, tapi bila di Mekah, dah selalu demam, batuk selsema, mulalah dia tak dapat kontrol bladder.

Puas saya cari di Pasaraya Ben Daud dan di Farmasi, tapi tak jumpa diaper untuk orang dewasa. Oleh kerana saya datang awal, jadi sempatlah saya pesan kepada kawan yang nak datang minta tolong belikan Inco dari Malaysia. Sementara menanti Inco datang, terpaksalah saya berikan pad biasa kat mak.

Jadi nasihat saya kepada bakal haji yang bawa orang tua, bawalah sedikit bekalan Inco. au mak kita tak gunakan, bolehlah kita sedekahkan kepada jemaah lain yang memerlukan. Banyak pahala bersedekah di Mekah, 100,000 ganda dari pahala sedekah di Malaysa.

Kesian sebenarnya orang tua yang diserang batuk terkencing ni. Dia orang tu harapan menggunung tinggi nak buat ibadat sebanyak2nya di Mekah, tapi apakan daya tak dapat nak ke masjid kerap sangat atau lama2 sangat.

16 November 2009

Sakit Tulang Tumit

6 bulan sebelum berangkat ke Mekah saya mula di serang sakit tulang tumit, on dan off. Sampai kat sana sakit tu datang lagi. Tak putus saya doa sepanjang kat sana supaya janganlah Allah jadikan penyakit ni sebagai penghalang saya dari melakukan ibadat saya sepanjang di sana. Alhamdulillah, tak lah sakit macam kat Malaysia, tapi kena usaha juga.

Saya tanya doktor kenapa sakit macam tu. Kata doktor selama ni kita pakai kasut yang tapaknya leper sedangkan bentuk tumit kita adalah melengkong sedikit. Yang sakit tu bukan tulang tapi muscle keliling tumit. Macam tu lah kot doktor cakap.

Untuk mengurangkan sakit kena pakai alas kasut yang lembut sangat-sangat dan melengkong di tepinya, seperti gambar di bawah ni.


Tapi lapik ni tak ada kat Mekah dan Klinik Tabung Haji pun tak sediakan. Bila balik ke Malaysia saya cari di Farmasi dan jumpa. Harganya lebih kurang RM75.00 sepasang. Lembut sangat-sangat, tapi malangnya tak boleh letak kat kasut saya sebab saya suka pakai kasut yang terbuka di belakang.

Oleh kerana tapak ni tak ada di Mekah, saya cuba cari alternatif lain di Ben Daud dan terjumpa selipar jenama Kito. Teragak-agak juga nak beli sebab tapaknya biru, atasnya merah, very contrast. Tengoklah gambar saya di Arafah dengan selipar tu. Kelakar, kan? Kawan saya Yati awal-awal lagi dah komen bila saya upload gambar tu kat picasa. Tapi bila kenangkan tak tahan dengan sakit kaki ni, beli lah juga. Lepas tawaf haji, selipar tu hilang. Saya beli satu lagi kat Ben Daud. alhamdulillah kali ni warna hitam. Sampai sekarang dah setahun ada lagi kat rumah. Mak saya pun masih pakai lagi selipar tu.

Saya ternampak kasut crocs masa berjalan-jalan di Megamall. Memang sesuai sangat dengan penyakit saya sebab tapaknya melengkung di tepi. Teringin nak beli, tapi mahal giler. Tak lama kemudian saya ternampak design yang hampir sama ngan crocs, tapi brand Asadi macam di bawah ni. Haganya cuma RM17.00 je. Sekarang saya terus beli selipar ni dan pakai kemana saja saya pergi. Kalau pakai yang lain, alamat menderita kaki saya. Gambar kasut di bawah ni ialah kasut spare, in case yang saya tengah pakai tu botak tapaknya. Oh ya, tapaknya cuma tahan 6 bulan je.

03 November 2009

Dua rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan di Madinah

Daripada MARZUKI YUSOFF

MEKAH 2 Nov. - Dua rakyat Malaysia terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Yutma, kira-kira 70 kilometer dari Madinah, malam semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Basir Hassan, 35, dan Shariff Ismail, 57, pekerja Syarikat Aramal Services. Seorang lagi rakyat Malaysia, Zulazil Yasin, 36, cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital King Fahad, Madinah.

Pusat Operasi Tabung Haji di Mekah dalam kenyataannya malam ini berkata, kenderaan jenis GMC yang dinaiki mangsa dan dipandu oleh pemandu warga Indonesia dari syarikat pengangkutan, Alfa Kargo ketika kejadian dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah.

Bagaimanapun, Tabung Haji belum mendapat maklumat sama ada kenderaan itu terbabas atau bertembung dengan kenderaan lain.

''Pemandu GMC berkenaan telah ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut berhubung nahas itu dan pegawai perubatan Tabung Haji di Madinah telah membuat pengecaman mangsa di Hospital Miqat dan Hospital King Fahad.

''Anak Allahyarham Shariff juga telah membuat pengecaman jenazah bapanya, manakala jenazah Basir oleh jirannya," katanya.

Ketiga-tiga rakyat Malaysia itu menggunakan visa kerja dari rakan niaga syarikat tersebut di negara ini iaitu Alfa Cargo.

Alfa Cargo adalah sebuah syarikat di Arab Saudi yang dilantik oleh Tabung Haji untuk menguruskan bagasi para jemaah haji dari Malaysia.

Pusat Operasi Tabung Haji menambah, anak Allahyarham Shariff telah bersetuju menandatangani borang kebenaran pengebumian bapanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Salleh Abd. Mubin mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga kedua-dua mangsa dan berharap keluarga mereka dapat menerima nahas itu sebagai takdir.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji melalui Pejabat Konsulnya dan Pejabat Operasi Haji di Madinah telah menguruskan pengebumian kedua-dua mangsa di tanah perkuburan al-Baqi' dan sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Nabawi yang terletak bersebelahan perkuburan tersebut. - UTUSAN

27 Oktober 2009

Salam dari Madinah

+966596768476

Slm KWani yg dikasihi. Alhamdulillah Roha sihat. Alhamdulillah setakat ni smuanya ok. Madinah sudah mula dipenuhi oleh manusia dari pelusuk dunia. Roha mengambil peluang berkenal-kenal sesama insan. Hari2 memang ada Allah temukan orang utk ditolong. Ada yg takut nak naik escalator, yg hilang cermin mata & rosak, yg hilang kasut serta macam2 jenis bantuan yg diperlukn. KErja amar maaruf berjalan InsyaAllah. Sampaikan salam pd semua kwn2 geng kita......... :-))


Roha Hassan, Anwar movenpick, Madinah

26 Oktober 2009

Selamat jalan Mem!

Saya difahamkan Mem (Puan Fauziah dari ex- Malaysia Discounts Berhad, sekarang dah merged dgn PNB) akan berangkat menunaikan haji dengan KT35 mengikut pakej Fairuz dan akan tinggal di Mekah di Firdous Tower. Mem merupakan salah seorang boss suami saya semasa beliau masih bekerja. Semua orang panggil Puan Fauziah Mem. So, saya pun terikut.

Mem hubungi saya last week minta maaf atas segala salah dan silap dan saya berikan address blog saya ni. Tu dia, mem baca blog saya sampai kol 4 pagi, tak perasan dah nak subuh.

Semalam saya berhasrat nak ziarah mem, tapi apakan daya mem keluar untuk membeli barangan keperluan haji beliau. Tak ada jodoh nak jumpa mem.

Selamat jalan Mem, semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah dengan keinsafan dan rasa rendah diri you, I doakan Allah akan terima semua amalan you dan Allah kurniakan haji yang mabrur. Buat ibadah betul-betul ya, jangan teringat nak shopping! :-) You have done the right thing that should be done by bakal hajj. I doa sangat2 semoga you mendapat haji yang mabrur, Mem!

25 Oktober 2009

Sesat di Mekah


Peta di atas diambil dari Laman Web TH Travel

Kedudukan bandar Madinah agak teratur, hotel kita tak jauh dari Masjid Nabawi.

Masalah utama jemaah berusia ialah sesat di Mekah.

Bagi orang muda, perkara pertama bila kita sampai di satu2 tempat ialah memahami peta tempat berkenaan. Yang kedua kita cari kedudukan Masjidil Haram di Mekah kemuaidan kita cari kedudukan hotel kita dari Masjidil Haram. Yang ke empat kita memahami kedudukan bangunan2 penting atau kawasan penting di Mekah, seperti Masjid Kucing, Hotel Hilton, Pintu Marwah, Istana Raja.

Kemudian kita ambil tahu Hotel2 lain yang menempatkan jemaah Malaysia seperti Janadriah, Hassan Khazindar, Elaf Sud, Sevilla Barakat, Firdous Tower. Semasa di sana saya berjalan ke hotel2 berkenaan. Jalan-jalan cari kawan. Sepupu saya tinggal di Sevilla Barakat, Dua Pupu saya tinggal di Elaf Sud. Pejabat Tabung Haji terletak di Janadriah. Saya sangka kawan saya tinggal di Hassan Khazindar dan jumpa makcik dari pakej saya yg sesat kat sana, Kay dan Kak Hasnah tinggal di Firdous Palace.

Seterusnya kita kena tahu bahawa untuk masuk ke Masjidil Haram, ada lebih kurang 60 pintu besar dan lebih dari 90 pintu kecil, menjadikan kesemuanya 150 pintu. Setiap pintu itu ada nombor. Pintu nombor 1 menghadap ke Safwah Hotel atau menghadap Jalan Ajyad atau sebelah selatan Masjidil Haram. Nombor pintu semakin besar ke arah kiri atau arah jam. Pintu terakhir adalah di sebelah pintu nombor 1.

Bila kita dah faham peta, dan faham pintu masjidil haram, kita kena sentiasa ingat nombor pintu kita dan bila kita keluar dari pintu berkenaan, arah mana kita bergerak samada sebelah kiri atau kanan untuk pulang ke hotel.

Bila kita dah faham semua ni, barulah kita terangkan kepada orang tua yang kita iringi. Terangkan banyak kali, jangan merasa letih atau putus asa kalau orang tua berkenaan tak faham. Kena terangkan kalau boleh berpuluh kali. Kalau boleh berikan peta, letak dalam beg mereka (samada mak kita, atau ayah kita atau sesiapa saja yang berumur lebih dari 60 tahun). Di peta berkenaan kena bulatkan merah, kedudukan hotel kita. Bukan apa, nama hotel pun mereka kadang2 tak ingat.

Kita kena ingat, orang tua ni kadang2 (maaf cakap) berlagak, aku lebih dulu makan garam dari kau. Tapi Allah jadikan mereka sudah dihinggapi penyakit lupa. Janganlah marah dengan keadaan ini(berlagak, pelupa), sebab inilah apa yang Allah beri pada mereka bila dah mencecah satu usia. Sikap berlagak mereka itupun sebab mereka nak cover rasa rendah diri. Tak perlu marahkan mereka atau perli mereka, cuma fahami keadaan mereka.

Kalau bawa orang tua, jangan lepaskan mereka dari pandangan. Kalau terlepas pandang, memang haru-biru jadinya. Kita jadi makan tak lalu tidur tak lena, kalau orang tua hilang. Maklumlah hilang dalam lautan manusia. Kena pulak orang kampung dari Kedah ke Kelantan ke Negeri Sembilan ke Sarawak ke Sabah ke. Bahasa mereka je yg mereka faham, bahasa Melayupun tak betul, Arab tak faham. Haru! Kena pulak yang jenis pemalu, suara perlahan, cakap sikit tunduk. Waddush! Nak mencari mereka satu hal, nak dengar leteran mereka selepas mereka hilang satu hal. Sebab tu nak bawa orang tua ni, memerlukan kesabaran yang tinggi, pahalanya pun besar.

22 Oktober 2009

Toilet di Mekah

Selama saya di Mekah, hanya sekali sahaja saya ke toiletnya.

Masjidil Haram tu besar, toilet berada di luar masjid, jadi kalau nak ke toilet baiklah balik ke bilik terus.

Saya dengar ada toilet dekat dengan Safwah Plaza, tapi saya tak pernah pergi. Ada ternampak tanda arah nak ke situ. Kalau kita nak pergi makan di Felda D'Saji, kita akan lalu pintu ke toilet.

Satu lagi toilet ialah berdekatan dengan pintu Marwah. Toilet yang inilah saya masuk dalam perjalanan nak ke Masjid Kucing. Keluar dari pintu Marwah, pintu toilet terletak di sebelah kanan. Ramai orang lalu-lalang di situ sebab mereka nak ke pintu Safa. Mungkin dari pintu Safa mereka mengambil jalan pintas, tak mahu memasuki masjid untuk balik ke hotel masing2. Pintu toilet tu berpusing sikit supaya orang ramai tak nampak bahagian dalam.

Bila nak masuk je, ramai African lepak2 kat situ. Bila dah buka tudung tu, geram pulak tengok cara mereka menjalin rambut. Toilet ni besar sangat, teramatlah besar, tapi macam sunyi tak ada orang. Mak saya takut2 nak masuk. Toiletnya agak selesa. Tiba2 macam2 perkara negatif hinggap di kepala saya.

Rupa2nya kerisauan kita bukanlah tak berasas. Bila pulang ke Malaysia, rakan haji kami menceritakan seorang jemaah haji kita mati dibunuh di dalam toilet Masjidil Haram. Puas suaminya tunggu di luar toilet, rupa2nya isterinya telah dirogol dan dibunuh dalam toilet.

Jadi, elok jugalah menggunakan pakej yang menawarkan hotel berdekatan masjid. Kalau rasa nak ke toilet, balik je ke bilik, tak perlu pergi ke toilet masjid. Tapi bagi yang tinggal berjauhan terpaksa pergi ke toilet masjid. Kalau dah macam tu, jangan pergi berseorangan, kena berkawan, berdua atau bertiga. Kalau kawan2 ajak ke toilet tu, janganlah rasa terbeban pula. Kawan kita mungkin tak beri sebarang upah, tapi Allah bagi upah.

Selamat Jalan Roha


Pagi tadi kawan saya Roha sms mengatakan penerbangan beliau delay, dari 7:30 pagi tunda ke 1 tengahari. Jadi sempatlah saya jumpa Roha di Palace of Golden Horses.

Roha adalah Setiausaha Kehormat Wanita JIM Kebangsaan.

Pagi tadi saya malas drive, sebab peha ni dah rasa cam sakit sikit. Jadi Azi drive Livinanya sebab dia tak berani nak bawa kereta manual. Saya janji ngan Roha kol 10 pagi, tapi kol 10 baru nak bergerak. Pinjam kereta Rafidah dan saya terus pecut ke PoGH.

15 minit dah sampai sana dari Bangsar, call Roha dan Roha dah sedia menanti di lobi bersama rakan2 jemaahnya. Malu juga sebab semua mata bakal haji memandang kita.

Alhamdulillah sempat peluk-cium bakal hajjah. Wangi je bau orang yang nak bertandang ke rumah Allah. Manis je orang yang menyahut panggilan Allah ke rumahNya.

Tak sampai 15 minit, bas Roha iaitu bas no 9 sampai untuk membawa mereka ke KLIA.

Kol 12:50 tadi saya call Roha baru sampai di KLIA dan dah dengar panggilan untuk masuk ke perut kapal. Semoga Allah mudahkan segala urusan Roha dan tiba di Madinah dengan selamat dan tepat pada waktunya.

20 Oktober 2009

Suhu di Mekah

Masa kami pergi suhu di Madinah agak sejuk, sebab Madinah agak ke utara berbanding Mekah. Agaknya bagi yang tiba di Mekah dulu dan ziarah Madinah kemudian, lagilah sejuk ya!

Cuaca di Mekah tahun lepas panas, dan dijangka tahun ni lebih panas, sebab 10 Zulhijjah lebih awal dari tahun lepas.

Satu hari selepas zohor, saya heret mak saya pergi ke kawasan Masjid Kucing. Nak ke Masjid Kucing ni kita kena ikut pintu Marwah. Habis je saie, bergunting, terus kita keluar ikut pintu tu.

Antara tempat bersejarah di kawasan Masjid Kucing ialah rumah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Kalau ada pengendali haji yang nak bawa ke situ, ikutlah. Boleh tengok kawasan di mana Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan. Kawasan je, bukan rumahnya.

Tempat yang paling menarik di kawasan ini pastilah kawasan shoppingnya. Wah! Macam2 ada! Tapi tak tahulah akan datang ada ke tidak lagi. Dengar2 kata nak kena demolish, buat bangunan baru.

Selepas berjalan di Masjid Kucing, saya heret mak balik berjalan kaki ke hotel kami melalui terowong menuju ke Hotel Elaf Quds. Cuaca terasa sangat panas. Rupa-rupanya lebih dari 40 darjah celcius.

Sampai kat hotel lepas makan baru terasa sakit kepala. Mak terus demam. Alahai, kesiannya. Lain kali jangan bawa orang tua berjalan tengahari jauh2. Kalau lepas Asar OK le kot. Mak demam sampai hari nak bertolak ke Jeddah. KEsiannya.

19 Oktober 2009

Pesanan Ringkas

Alamak! Penerbangan pertama malam ni la!

Antara yang akan terbang malam ni ialah rakan saya di ITM Pahang Batch Julai 85 Saudara Azmi atau Bilal DPA. Selamat berangkat ! Semoga mendapat Haji yang mabrur. Kak Zaini TM akan terbang dengan KT6 sementara Roha Hassan akan terbang dengan KT7. Semuanya ikut muasasah.

Pesanan ringkas saya, masa nak balik nanti, sebelum tiba di Jeddah, kerajaan Arab Saudi akan beri 1liter air zam2. Air tu kalau boleh simpan. Kalau kita menaiki Saudi Air, kita boleh bawa air tu sebagai hand luggage. Jangan tanya perkara ni dengan orang Tabung Haji, pasti mereka tak benarkan.

Sebelum balik, kita akan timbang berat barang. Beraturlah di belakang sekali. Seorang jemaah hanya dibenarkan bawa balik 30 kg barang. Kalau barang kita berat, lebih selamat beratur di belakang, sebab orang depan yang tak banyak barang akan tolong cover berat barang kita.

Hubungi anak2

Saya menelefon anak2 setiap hari. Kadang2 sampai 2 kali sehari.

Perlu kita ingat perbezaan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi ialah lebih kurang 5 jam. 5 jam lewat dari waktu di Malaysia. Janganlah kita call Malaysia kol 8 malam waktu Saudi, sebab waktu Malaysia dah kol 1 pagi. Kalau kita call kol 8 pagi waktu Saudi, kat Malaysia ialah kol 1 tengahari. So, masa kita siap breakfast, anak kita baru nak lunch.

Line mana nak guna? Line yg paling famous kat sana ialah Mobily. Tapi kalau nak guna line tempatan boleh juga. Kalau yang guna skim bayaran tetap tu macam Executive skim ke, yg sah2 kena bayar sekian banyak sebulan, jangan bazirkan airtime anda, gunalah line tu sampai agak2 maksima.

Line Mobily ada yg 100 riyal, 60 riyal, 10 riyal dan 5 riyal. Dah dekat2 nak balik tu, sehari lagi ke, tak payahlah lagi guna line sana, utk terima call ok lah, utk buat call guna je line Malaysia.

Line mobily 500riyal pun ada, siap line internet. sesiapa yg bawa laptop tu, boleh update terus dari sana. boleh inform saya tak? nak juga dapat lintas langsung dari Tanah Suci selain dari blog manzlie

16 Oktober 2009

Pelatihan Solat Khusyuk




From: Nor Aliza Abdul Latif
Sent: 15 October 2009 14:06
To: Salwani; Jailani
Subject: RE: Kursus Solat Khusyuk - Khusyuk Itu Mudah

Assalamualaikum

Saya menjumpai buku Pelatihan Solat Khusyu’ oleh Pak Ustaz Abu Sangkan ketika mencari buku-buku untuk pergi menunaikan haji di Mekah pada tahun 2008. Dari perjalanan pergi (dalam kapalterbang) saya mula membaca sehinggalah tempoh saya di sana. Apabila saya membacannya saya mencuba dan saya dapati ada perbezaan. Kembali dari Mekah saya mula menulis blog dan saya dapati apabila saya cuba menyampaikan sesuatu melalui penulisan, ada kalanya saya tidak dapat impart knowledge more than 50% dari apa yang terbuku di fikiran dan di hati saya ketika menulis. Maka ketika itu Allah ilhamkan di hati saya bahawa saya tidak dapat 100% dari Pak Ustaz Abu Sangkan, maka saya bertekad mengikuti kelas beliau di Jakarta.

Mac 2009, saya dan semua ahli keluarga pergi ke Solat Center Jakarta dan mula mempelajari terus melalui Pak Ustaz, pastinya lebih mudah saya memahaminya dan lebih mudah saya mempraktikkan. Penghayatan solat saya jauh meningkat alhamdulillah berbanding dari saya melakukannya ketika di Mekah dahulu. Kemudian alhamdulillah kami menjemput Pak Ustaz ke Malaysia pada Julai yang lepas untuk dua hari training dan saya dapati kursus 2 hari lebih memberi kesan dari kursus sehari yang saya hadiri di Jakarta. Selepas itu saya terus menikmati kelazatan solat dan waktu solat adalah merupakan waktu yang ditunggu-tunggu, Sangat indah dan tidak dapat saya hendak menceritakan dengan kata-kata kerana ianya adalah pengalaman dan rasa.

Saya dapati perangai saya mula berubah alhamdulillah dan betullah Allah menyebutkan di dalam Al-Qur’an bahawa Solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar … Diberikan dan dibimbing Allah menemukan solat yang khusyuk ini antara hadiah yang terbesar dalam hidup saya.

Sebaik saja kelas berakhir pada 27 Julai yang lepas, peserta-peserta menelefon saya meminta next class lagi kerana mereka tak puas … sangat menyeronokkan dan terkesan di hati sehingga kita tak sedar kursus sudah berlangsung 2 hari. Alhamdulillah … Itulah kami buatkan kursus ini untuk memberi peluang lebih ramai yang mendapatkannya.

RM250 is not much berbanding dengan apa yang kita dapat. Solat Khusyuk adalah kejayaan kita membebaskan diri dari hambatan dunia … menemui Allah setiap hari 5 kali sehari. Sekiranya RM250 itu besar di pandangan mata kita, maka kita masih terhambat dengan dunia ... mungkin sukar cahaya Allah untuk menembusi kehidupan kita ...


Salam Ukhuwah

Nora

Lawati blog saya: http://ummuayman.blogspot.com

-------------------------
sesiapa yang ingin hadiri kursus ini boleh juga hubungi saya salwani@gmail.com

13 Oktober 2009

Shopping sakan

Bila dah habis kerja2 haji barulah ada selera nak shopping. Baru teringat nak bawa balik buah tangan untuk kawan2 dan sedara-mara kat Malaysia. Kalau tak, bila orang shopping, kita tengok ajelah.

Ada barang kat sini yang ada dijual di Malaysia, sesetengah tu pulak harganya sama macam kat Malaysia. Jadi kenalah hati2 kalau nak beli barang. Kena pulak yang bukan kaki shopping, tak tahu harga kat Malaysia berapa, memang haru.

Nak beli barang sebagai buah tangan kenalah ada value. Contohnya tasbih. Buat apa kita bagi tasbih kat orang yaang agaknya jarang gunakan tasbih. Dan kalau nak beli tasbih orang kata, belilah yang ada roh, yang kembali bertasbih bila kita tak gunakan, seperti tasbih batu atau kayu. So, saya tak beli tasbih plastik yang harga 2riyal tu, saya beli tasbih kayu yang jatuh 50 sen satu sebab saya beli bundle. 2 dozen 10riyal. Valuenya bukan pada harga, tapi manafaatnya benda yang kita bagi hadiah tu. Ada juga saya beli tasbih batu yang harga 10 riyal satu sebab saya minat tengok warna dia. Untuk saya sendiri saya beli tasbih biji kurma.

Pernah saya terbaca dalam blog Saiful Islam, cenderahati yang tak dihargai, macam contohnya pen. Bagi seorang cikgu kita rasa hadiah yang paling sesuai ialah pen, tapi orang tu berapa punya banyak pen dah ada dalam koleksi.

Untuk rakan2 ofis perempuan saya beli kalung mutiara. Satu tu baru jatuh 2 riyal. Kalau kat KL harga dia paling murah RM5 dan paling mahal RM10 - tengok lokasi kedai yang menjualnya. Untuk saudara-mara suami suruh beli tudung, jadi saya beli tudung Turki. Cantik! Apa ke brandnya dah lupa. Ada 2 lai lagi. Rasanya satu tu nak bagi Mariani sebab dia peminat setia blog saya ni. Satu lagi nak bagi Yong. Bagi alamat ya Yong!

Untuk abang2 saya, saya belikan serban cantik harga 10 riyal satu kat Mina. Bila ternampak serban tu terus jatuh hati, terus datang niat nak beli untuk abang2 & adik saya, walaupun sebelum tu tak terfikir nak belikan hadiah untuk depa. Bila balik ke Mekah tengok harganya 20riyal tak ta'wil. Saya ni anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Budget saya untuk hadiah ni not more than RM1000. Kita bukan kaya sangat pun. Saja nak menyukakan kawan yang seronok menghantar dan menyambut kita mengerjakan haji. Meraikan sahabat dan saudara-mara lah katakan. Untuk anak2 lainlah kan? Untuk Ucu yang jaga anak saya dan untuk Jihan yang jaga rumah saya, ada hadiah lain.

Ada juga kawan saya yang tak beli apa2 hadiah. Katanya dia datang bukan untuk melancung. Betul juga kan? Tak kisahlah, masing2 ada pendapat sendiri. Saya suka tengok orang gembira. Kadang2 orang kayapun seronok dapat hadiah dari orang lain. Ada saya beli gelang dan cincin untuk kanak2 perempuan. satu dozen tu 1 riyal je, ada yang 2 riyal. sorang saya bagi 3 gelang, kadang2 satu je, bukan main seronok dia orang. Pakai 3 hari dah patah. Suka2 je.

Hadiah yang paling dinantikan, of course air zam2 dan kurma. Dah habis kurma yang dibeli, kita cari kat Billion!

12 Oktober 2009

Ration dari Malaysia

Bila dah lebih 30 hari berjauhan dari Malaysia, baru teringat dan rindu makanan dari Malaysia. Dah tak tahan dah makan ikan kayu ngan ikan Dori tiap-tiap hari. Ikan kayu tu bukan bermakna ikan aya yang orang buat gulai Nasi Dagang tu. Ikan ni memang tak pernah jumpa kat Malaysia. Ambik kat tasik mana tak tahulah. Tiap2 hari 2 jenis ikan ni ajelah. Pastu daging atau ayam.

Ada sekali pi bilik jiran bilik 205 (saya bilik 203), depa bagi makan samabal ikan bilis, pergh punyalah sedap. Dapat lak merasa ikan kering, fuh sedapnyaaaaaa..... Masa nilah nak perabih serunding daging yg mak bawa. baru terasa lazat makan serunding daging.

Masa dulu2 pernahlah jugak kawan-kawan tempah acar buah untuk jemaah haji. Tapi bila saya sendiri nak mengerjakan haji, tak teringat lak nak buat acar buah. Kalau sesiapa yang nak mengerjakan haji tahun ni, bolahlah tempah acar buah dari saya. tak mahalpun, 350gm RM10.00. Lebih kurang sekilo RM30. Kalau nak kena post, terpaksalah saya caj belanja mengeposnya.

Bagi yang nak mengerjakan haji tu elok le dipackkan kecik2 ration dari Malaysia. Packkan sesenduk sebungkus. acar sesenduk, sambal ikan bilis sesenduk, serunding seseunduk. Bukan apa, sekali makan untuk seorang. ikan kering tu, pandai2 lah, asalkan sepeket tu sekali makan. Peket tu seal lah siap2. bakar kat hujung plastik tu anggaran 1 cm dari hujungnya.

Masa belum pergi ni, macam2lah orang dok fikir, menyusahkanlah, tu le orang pompuan, makan je yg dia ingat. Tapi bila dah sampai sana, baru terfikir, terkenang masakan kampung.

08 Oktober 2009

Tawaf & Saie Haji

Balik dari Mina, mak nak pergi melakukan tawaf Haji sendiri sebab saya dah pun tawaf. Biasanya dia akan ikut saya atau Kak Bariah untuk tawaf, tapi kali ni dia nak buat sendiri. Mak saya ni kan adventurous. Jenuh cerita ngan dia macamana nak buat tawaf. Kaabah belah mana, mana nak tahu itu sudut Hajarul Aswad, kat mana nak baca doa apa. Maklumlah warga emas, bila kita cakap dia orang mudah pening kepala.

Jadi, mak pergi pertama kali dan buat 3 pusingan je. Balik ke hotel dia cerita kat saya macamana dia tawaf. Siap pegang kerusi kat lobi hotel, tunjuk kita kat mana, pusing arah mana. Betulla tu! Alhamdulillah, boleh gak mak saya tawaf sendiri. Esoknya dia pergi lagi habiskan 4 pusingan lagi.

Saya dan mak saie haji seminggu selepas pulang dari Mina.

Alhamdulillah orang pun dah tak ramai di Masjidil Haram. Nak masuk ke tingkat 2 tu pun dah lapang. Masa azan kita kat saf belakang, by the time nak solat dah kosong 2-3 saf depan kita.

02 Oktober 2009

Buku

Kita sebenarnya ada banyak masa kosong di tanah suci. This is expected. Masa menyampaikan hadiah untuk bakal haji, CEO menceritakan beliau sempat menghabiskan satu buku sementara menunggu untuk wuquf. So saya bawa beberapa buah buku untuk mengisi masa senggang. Antaranya ialah alQuran terjemahan. Taklah aim untuk habis, jadi saya cuma sempat menghabiskan 10 juzuk. Buku benteng diri ahli ibadah cuma habis 3 bab je. Walaupun tak habis, baca buku2 ni semua lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Seronok.

Kawan saya bawa buku Solat Khusyuk karangan Pak Abu Sangkan. Balik dari haji beliau pergi ke Indonesia untuk belajar solat khusyuk dari Pak Abu Sangkan. 21 dan 22 November ni, beliau akan menganjurkan pelatihan Solat Khusyuk di Bangsar.

Semalam terdengar rancangan Duniaku Buku di Radio IKIM membincangkan buku terbaru Ustaz Ghazali (adik Ustaz Asri Rabbani) dari pengalaman beliau sebagai guru agama jemaah haji. Buku2 beliau boleh didapati jika beliau ada mengajar kursus2 haji. Tahun lepas Ustaz Ghazali sebagai guru agama di pakej Tabung Haji, tahun ni tak tahulah pula.

Bawalah apa-apa buku agama ke tanah suci. Waktu tak boleh solat, bolehlah kita baca buku daripada mengadap TV arab yang kadang2 menayangkan cerita yang merosakkan iman. Mak saya tengok gak TV, dia tengok warta berita. Sekurang2nya buku2 tersebut dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah, menambahkan ilmu kita selain dari kuliah2 yang dianjurkan oleh pakej atau tabung haji.

01 Oktober 2009

Mengepos barang

Perkara yang saya tangguhkan sebelum haji ialah mengepos air zamzam kepada abang saya (Samura) dan Rafidah. Saya memang aim nak pos barang menggunakan perkhidmatan Nationwide Express sebab ianya lebih murah (10 riyal je) berbanding dengan Pos Laju.

Oleh kerana saya tinggal di Dallah Barakah, NWE yang terdekat ialah di Hotel Quds. Saya hubungi mereka untuk mendapatkan servis mereka. Rupa-rupanya pejabatnya bukan di situ, tapi ada bangunan lain. Perkhidmatan mereka rupa-rupanya ada pekej juga. kalau 10 liter je 120 riyal (sama la dengan Pos Laju) tapi kalau 50 liter jatuh 100 riyal setiap 10 liter. Rasa cam tertipu le pulak dengan iklan, tapi sebab dah jumpa, pos ajelah.

Jiran saya Din pos pada hari yang sama iaitu hari Khamis(14 Zulhijjah), sehari selepas pulang dari Mina pada hari Rabunya. Parcel saya tiba pada hari Sabtunya 16 Zulhijjah 1429H, sedangkan barang2 yang Din pos menggunakan Pos Laju tiba pada bulan Januari beberapa hari sebelum Din tiba ke tanahair. Maknanya parcel beliau mengambil masa lebih kurang sebulan untuk tiba di Malaysia.

Untuk setiap barang yang saya kirim (3 parcel semuanya) saya dapat hadiah, 2 beg kecil dan sepasang sarung lengan.

Mungkin penghantaran menggunakan pos laju lambat tiba sebab mereka menggunakan kapal yang sama yang menerbangkan jemaah haji. Pernghantran saya menggunakan Pos Laju semasa di Madinah hanya mengambil masa 2 minggu, Jadi sempatlah anak2 saya beraya dengan jubah yang kami kirim. Mungkin masa tu cepat, sebab kapal yang balik ke Malaysia, kurang penumpang, jadi barang pun tak banyak. Bila musim orang balik, satu-stu jemaah, masing2 overloaded, masing2 kena bayar extra, bonet kapalterbangpun penuh.

29 September 2009

Solat Khusyuk

Saya pernah menulis tentang pentingnya solat khusyuk. Ada 4 tingkat solat, hanya solat yang khusyuk yang diiringi ilmu tentang solat yang diterima Allah.

Sahabat saya, Ummu Ayman akan menganjurkan kursus Solat Khusyuk di Bangsar pada 21 dan 22 November 2009 yang akan disusuli dengan konsert oleh penyanyi OPICK dari Indonesia. Cubalah search dalam Internet untuk mendengar lagu OPICK. Lagu2 mereka, MasyaAllah! Lagu dari hati yang mencintai Allah untuk hati yang mencintai Allah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus berkenaan serta konsert, sila layari blog http://ummuayman.blogspot.com/

Selamat tinggal Mina

Pagi ini kami akan meninggalkan Mina. Ramai rakan2 yang sudahpun meninggalkan Mina semalam seperti Makcik Ani ditemani Kak Sal dan En Kahar. Dengar kata Aznil Nawawipun dah balik ke Mekah semalam. Kak Norapun balik awal sebab nak tawaf awal. Kawan2 bercerita Aznil kena jalan kaki balik ke Mekah sebab jem teruk. Kalau tak silap Aznil guna pakej Zamrud atau Al-Maas - pakej mahal. Zamrud tu 50K++, Al-Maas 100K++. Kak Norapun balik jalan kaki dengan Yazid.

Selesai melontar, kami sarapan pagi nasi lemak di Mina buat kali terakhir. boleh tahanlah juga nasi lemaknya. Yang paling best di Mina ialah buah-buahnya besar dan sedap. Buah oren dan buah epal. fuh kelazatannya tak terkata. Bila tengok kat luar rupa-rupanya buah2 tu 2 riyal sebiji. Lebih kurang RM2 la.....

Suami kata kita cuba naik bas yang pertama, takut tersangkut lama. Tapi tak dapat juga. Akhirnya jam 10 pagi baru kami dapat naik bas. Mak ai barang punyalah banyak.

Dalam bas tu Alhamdulillah dapat tempat duduk. Ada yang kena berdiri. Jadi saya suruh seorang jemaah muda (20-an) dari Sarawak duduk di armrest saya. Halfway kami bertukar, dia duduk di kerusi saya duduk di armrest. Pas tu tukar pulak, saya duduk dia di armrest. Cam tu la sampai kami tiba di Mekah.

Bas kami tu mulanya nak ikut jalan biasa, tapi sebab luar biasa sesaknya, bas tu patah balik dan ikut jalan Arafah. Alhamdulillah perjalanan balik ke Mekah tak lama, 2 jam je dah sampai.

Ada juga saya shoot video sepanjang perjalanan pulang tu. Masa nak ke Arafah pun saya ada shoot video.

28 September 2009

Melontar Hari Ketiga

13 Zulhijjah, kami harus bangun awal, sebab kami akan melontar sebaik sahaja lepas solat Subuh. Bukan itu saja. Sebaik pulang dari melontar kami akan pulang ke Mekah, meninggalkan Mina.

Jadi kami harus bersiap dari awal. Sebelum melontar, barang semua dah kena siap pack. Saya kena cari trick macamana nak mandi jugak pagi tu. Alhamdulillah tricknya tak susah sangat.

Sebenarnya pada hari ketiga ni, dah tak ramai orang yang ada di Mina, maka bilangan jemaahnya dah kurang. Tak lah ramai sangat kurangnya. At least di Maktab kami 3 bas dah berlepas balik ke Mekah. Di tandas tu ada 12 bilik mandi rasanya, 3 rosak. Yag rosak ialah paip bawah, yang boleh digunakan cuma pancur air mandi. Jadi saya beratur di pancur air mandi. Tak ramai yang beratur sebab mereka tak terfikir untuk tadah air, mereka nak guna paip bawah juga. Jadi Alhamdulillah, dapatlah saya mandi.

Kami bertolak ke jamrah sebaik sahaja lepas solat Subuh. Ada saya rakamkan video perjalanan dari Maktab, sepanjang jalan ke jamrah, dalam tempat melontar, dari satu jamrah ke satu jamrah. Kalau sesiapa nak, bolehlah hubungi saya.

Perjalanan tu dari malam sampai ke siang. He he, subuh tu kan gelap lagi? Bila dah sampai ke jamrah hari dah terang.

Kali ni suami kata kita cuba yang bahagian bawah pula. Jadi kami terpisah dari rombongan THTS yang lain. Jadi lengkaplah ketiga2 tempat melontar kami dah cuba, yang atas, tengah dan yang bawah. Habis melontar hari ketiga, suami saya dah bergelar haji. Saya je yang belum lengkap sebab saya belum sai'e.

Melontar Hari Kedua

Perjalanan melontar hari kedua tidaklah menarik sangat. Kami mengikuti petugas yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Travel yang memegang nombor macam perarakan sukan tu. Katakan acara Sukan SUKMA, ada seorang yang akan memegang kayu pacak tertulis, PAHANG, KELANTAN, SELANGOR. Yang ni budak tu pegang nombor 84, 85, 86...... Maka kita ikutlah nombor mana yang kita nak ikut. Bila dah ada nombor tetap macam tu, tak de lah kita terlepas dari ahli rombongan.

Kali ni bila balik dari melontar saya terpisah dengan suami pula sebab suami menolak kerusi roda seorang pakcik dan saya pula menolak kerusi roda seorang makcik.

Alkisah bila saya dah tak nampak suami, memandangkan kami masing-masing ikut rombongan THTS, jadi saya teruskan perjalanan, tanpa risau sangat pasal suami tu. Mak saya pun entah ke mana. Tapi dah tak kisah sangat sebab rombongan malam tu ramai.

Saya ternampak sepasang suami isteri yang agak tua dalam 60-an kot. Sang suami menolak kerusi roda isterinya yang berbadan agak besar. Jadi saya minta izin untuk tolak kerusi roda isterinya. Seronok juga buat kerja amal begini. Hari ni kita tolong orang, mana tau kot2 20 tahun lagi kita nak datang mengerjakan haji sekali lagi dan Allah uji dengan kesihatan yang tak elok, sekali-sekala entah2 merasa gak orang tolak kita.

Sebenarnya dalam hidup ni terlalu banyak bantuan yang kita dapat dari orang, kan? Pernah saya tertinggal laptop kat rumah. Seorang kawan India sanggup drive ke Bangi bagi membolehkan saya mengambil laptop dari suami di UNITEN. It was a free of charge service! Bila suami saya accident, kawan saya Rozita tunggu motosikal suami saya selama 2 jam bersama kawan2 yang lain sementara menanti lori mengangkat motosikal berkenaan. Terlalu banyak bantuan yang kita terima. Itu semua menjadikan kita tak berkisah sangat untuk membantu orang lain. Di pejabatpun banyak bantuan yang kita terima dari rakan-rakan. Kalau rakan2 tak tolong, susah juga hidup kita. Macam saya ni ha, seorang programmer, kalau rakan yang jaga server tak tolong upload sistem saya ke server, macamanalah sistem tu nak di-launch? Kalaulah kawan2 kami tak jaga server betul2, sistem kita akan selalu down, habislah kita kena marah dengan user. Bantuan kawan2 tu memang menyenangkan kerja kita.

Bila dah sampai Maktab 86, saya tunggu di pintu masuk ke maktab. Lebih kurang 20 minit baru saya ternampak suami. Rupa-rupanya dia tengah pimpin orang lain pulak. Dia hantar pakcik tu ke muasasah. Jadi tanpa perlu tunggu dia, saya balik ke khemah.

On the way, banyak pula Indomie diletakkan di meja makan. Apa lagi pekena maggi la. Lapar juga rasanya. Ambil sebungkus lagi untuk mak kalau dia nak bila dia dah balik nanti.

Rupa-rupanya mak saya terjumpa sepupu saya. Sepupu saya tu (Kak Ramlah) anaknya (Ramizan) yang sebaya dengan abang saya (Samura) dah tinggalkan dia. Alhamdulillah kali ni mak saya tanya nama hotel sepupu saya tu. Tapi rupa-rupanya tersilap juga. Ek eleeee........

03 September 2009

Aktiviti di Mina 12 Zulhijjah

Pagi esoknya 12 Zulhijjah dah ramai yang mula meninggalkan Mina untuk melakukan Nafar Awal. Kita boleh membuat Nafar Awal atau Nafar Thani. Nafar Awal maknanya kita melontar hanya pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja manakala Nafar Thani bermakna kita melontar hingga 13 Zulhijjah. Bagi yang melakukan Nafar Awal mereka mesti meninggalkan Mina sebelum Maghrib 12 Zulhijjah. Masuk waktu melontar ialah apabila masuk waktu Subuh setiap hari iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sesetengah orang confuse dengan tarikh haribulan itu sendiri. Tarikh baru untuk kalendar hijriah bermula pada waktu Maghrib. Maknanya masuk 12 Zulhijjah ialah pada waktu Maghrib, tapi masuknya waktu melontar ialah pada waktu Subuh hari yang sama, maknanya kita kena tunggu Maghrib masuk 12 Zulhijjah, kemudian kita melepasi waktu Isyak, jam 12 malam, 1 pagi, 2,3, 3, 4 pagi, bila masuk sahaja waktu Subuh, maka masuklah waktu melontar untuk 12 Zulhijjah, tamatnya ialah pada 14 Zulhijjah. Maknanya kita boleh tangguhkan melontar (kalau dah malas sangat) sebelum tamat 13 Zulhijjah untuk keempat2 lontaran.

Untuk lontaran 7 batu 10 Zulhijjah di Jamratul Aqabah, kalau malas sangat, kita boleh melontar pada 13 Zulhijjah lepas solat Asar, sebelum masuk Maghrib. Lepas tu kit kena pusing balik ke Jamratul Ula(Orang tak lah ramai sangat, lagipun tempatnya memang besar dan teduh.), kita buatlah lontaran 7 batu setiap satu di 3 Jamrah untuk Hari Pertama (11 Zulhijjah). Lepas tu kita kena patah balik ke Jamratul Wula, dan buat lontaran 7 batu setiap satu di 3 Jamrah untuk Hari Kedua (12 Zulhijjah). Lepas tu kita kena patah balik ke Jamratul Wula, dan buat lontaran 7 batu setiap satu di 3 Jamrah untuk Hari Ketiga (13 Zulhijjah).

Hari ini 12 Zulhijjah ramai juga jemaah Malaysia yang buat Nafar Awal terutamanya yang akan balik dalamasa 2 hari lagi. Kalau mereka buat Nafar Thani bimbang takut tak sempat nak berkemas, buat tawaf dan saie lagi. Ada juga yang buat Nafar Awal sebab bimbang period.

Jadi kesempatan ini saya dan mak gunakan untuk merayap di Mina. Kami pergi naik kebukit yang berdekatan, tengok keadaan sekeliling Mina dari atas bukit dan mengutip batu untuk lontaran malam ni dan pagi esok.

Lihatlah gambar2 yang saya ambil yang saya letakkan di Picasaweb.

14 Ogos 2009

12 Zulhijjah

Malam ni pertama kali saya mengikuti rombongan jemaah haji Malaysia melontar. (alaaaa... cuma tertinggal sekali je sebab pergi sendiri).

Jam 8 malam kami dikehendaki berkumpul di depan khemah D. Rombongan kami akan disertai oleh Ustaz Ghazali, abang kepda Arwah Asri Rabbani. Dah janji ngan mak dan suami untuk pergi bersama. Mak dah marah sebab semalam dia terpaksa pergi sendiri ikut kawan-kawan.

Jam 8, bulan terang kerana malam ni baru 12 Zulhijjah. Tiba-tiba nampak kawan di depan terpegun. Kami tanya apa yang ditengokkan? Beliau menjawab ada tulisan bismillah di langit. MasyaAllah! Innal 'Aisya 'Aishal aakhirah. Itulah doa yang diajar oleh Ustazah Ummi bila melihat keajaiban di langit. Keajaiban memang banyak berlaku semasa musim haji, jadi Ustazah di maktab kita akan ajar doa ini untuk dibacakan oleh jamaah.

Kami bergerak beramai-ramai sambil berpegangan tangan takut terhilang. Saya, mak dan suami. Pastilah saya di tengah-tengah. Tapi mak sekejap je nak pegang tangan. Maklumlah dah tua-tua nak pegang tangan peliklah pulak. Lainlah budak kecik. Bagi pasangan suami-isteri berpegangan tangan tu perkara biasa kot, tapi janganlah niat lain pulak, takut kurang pahala haji sebab selagi belum tahallul thani, kita masih dalam 3 dari 13 larangan ihram iaitu, bercumbuan dengan pasangan samada cuit-cuit, gesel2(apa-apalah), kemudian bersetubuh dan ketiga berkahwin atau mengahwinkan orang.

Sepanjang jalan tu mak kejap kat depan, kejap kat belakang kejap kat kiri kejap kat kanan. Seronok gak tengok dia, ikut suka dia je.

Kali ni kami dibawa naik escalator. Ingatkan nak pergi satu tingkat je, tu dia depa bawak naik sampai 3 tingkat kot. Satu-satu tingkat tu pulak tinggi. Macam escalator kat LRT Kg Bharu kot.

Bila sampai di atas kami segera menuju ke jamrah yang pertama yang terletak lebih kurang 500 meter dari escalator. Jarak antara satu jamrah ke jamrah lain juga 500 meter.

Sampai di jamrah yang pertama, saya tuju ke tengah sebab orang kata kat tengah-tengah tu lah terletaknya jamrah yang asal dan saya terus melontar satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh! Alhamdulillah. Ingat nak baca doa kat situ, tapi sebab orang ramai saya keluar sikit dan terus berdoa. selesais aya berdoa toleh kiri, toleh kanan tengok mak dah tak ada sedangkan dia melontar kat sebelah saya tadi tu.

Ah sudah!

Saya tunggu kat tempat saya berdoa tadi, tapi mak tak datang, saya pergi ke tempat rombongan, tapi mak tak ada kat situ. Rombongan dah nak bergerak. Punyalah hancur hati saya. Mana mak saya?

Masa tu panik tak tahu nak buat apa. Tetiba salah seorang dari petugas THTS kata, ada satu lagi rombongan di belakang, mak saya boleh ikut rombongan lain. Knowing my mom, dia memang jenis tak kisah, bukan jenis penakut, jadi dengan berat hati saya terpaksa tinggalkan jamratul Wula. Mana tahu dia dah ke depan. Mak saya ni dia jalan laju, kadang-kadang kita tak terkejar. Saya jadi confuse samada dia dah ke depan atau dia tertinggal kat belakang. Dalam hati saya berleter gak, orang suh pegang tangan tak nak! Mak!!!!!!!

Saya berlari ke depan mana tau kot-kot mak ikut rombongan lain sebab orang agak ramai jugak, kot dia terdorong ikut rombongan lain, tapi tak ada. Selepas melontar yang ke-3 iaitu di Jamrah Aqabah, terdapat satu lencongan iaitu ke kiri dan ke kanan. Kami diminta ikut jalan kanan. Saya tunggu di situ melihat semua jemaah, mana tau kot-kot ada mak, tapi tetap tak ada. Setelah setengah jam menanti, petugas terakhir yang saya nampak nasihatkan saya agar balik.

Hai.... hati siapalah nak tenang kalau mak yang kita bawak tercicir, hilang entah ke mana. Mina ni besar, mana dia nak pergi? Penat kudrat tua dia nak mencari khemah kami. Kalau kat Mekah tu senang je, boleh tuju kat Masjid balik, tapi ni Mina. Alangkan kami semalam macam lost kat Mina, inikan pulak orang tua.

Setelah sampai di maktab, saya terus cari mak di khemah, tapi tak ada. Saya pergi balik ke muka pintu maktab, tunggu mak kot-kot balik. Setelah setengah jam tunggu baru mak balik. Apa lagi, habis lah saya kena marah. Tak apalah kena marah asalkan mak dah balik.

Rupa-rupanya mak saya melontar 3 kali di jamrah yang pertama, Jamratul Wula! 1,2,3,4,5,6,7. Pas tu dia ambil lagi 7 batu, dia melontar lagi 1,2,3,4,5,6,7. Pas tu dia ambil lagi 7 batu, dia melontar lagi 1,2,3,4,5,6,7. Cewah bagus je. Tetiba tengok depan ada lagi jamrah, ah sudah! Saya tanya dia mak belajar kat mana? Dia kata dia jadi bingung. Lepas melontar baru dia teringat. Memang kami gelak sakan malam tu. Dalam kena marah, gelak pun gelak juga. Kol 12 baru tidur.

Lepas jamrah yang pertama dia cari batu-batu yang orang buang antara jamratul Wula dan Jamratul Wusta. Dapat 7 biji. Untuk Jamratul Aqabah dia minta dari seorang India. Mula-mula dia minta tujuh "Thamaniah!" dia cakap kat orang tu, lepas tu dia minta lagi "'Asyara!" 10! India tu bagi dia 10 batu. he he he, mak aku. Memang pandai bawa diri.

06 Ogos 2009

Berjamu mata dengan kawan2

Maktab kami terletak di hujung terowong Muaissim. Kalau dari arah Jamrah, keluar je terowong, belok kiri terus Maktab 86 diikuti maktab 85, 84, 83 dan 82. Khemah saya Khemah Q, agak terkebelakang dan disebelah kanan lorong dalam maktab 86 tu. Khemah A didepan sekali sebelah kiri. Saya rasa semua jemaah dari Hotel Dallah Barakah tinggal di Khemah Q kot.

Bila dah jumpa Kay dan Kak Hasnah, apa lagi, riuh rendahlah. Mereka ni memang jenis periang. Kami sepakat nak jalan2 di Mina tengok keadaan di luar. Apa lagi... jamu mata shopping.

Banyak barangan yang dijual di sini. Makanan, pakaian, perhiasan, tasbih... semua ada.

Ada jubah sempoi harganya 15 riyal, di Mekah dijual dengan harga 20 riyal. Ada serban cantik harga 10 riyal di Mekah harga 20 riyal, di Jln Masjid India RM15.00. Saya juga beli kalung mutiara untuk kawan2 20 riyal sedozen, kat Mekah 30 riyal sedozen. Kalau kat kedai aksesori kat KL RM5 satu.

Petang tu saya ternampak seorang jemaah lelaki bawa nasi nampak macam sedap je, siap ada tulang besar2. Saya tanya dia beli kat mana. Rupa2nya jemaah dari Thailand. Dia kata dia dapat percuma dari maktab seberang jalan. Rupa2nya ada macam satu badan kebajikan yang akan masak nasi mandy dan diagih percuma setiap hari selepas zohor untuk jemaah dari Asia Tenggara. Bila saya sampai, lauknya dah tak ada, tinggal nasi aje dengan acar. ambik ajelah.

Orang kata tak sah datang Mekah tak makan ais krim. Jadi saya merasalah kat Mina makan ais krim Mekah yag harga 1 riyal tu. Itupun tak habis, saya share dengan Batrisha.

Pelbagai barangan stitch dari Rusia


Yang bawah ni booties untuk budak2 dan cincin

05 Ogos 2009

11 Zulhijjah

Mengingati balik apa yang telah saya lalui kebelakangan ini

8 zulhijjah (Sabtu) bertolak ke Arafah selepas Asar dan sampai hampir masuk Maghrib. Pada masa ini kami sudah berihram haji. solat Jamak Tamam di Arafah.

Masuk Maghrib maka masuklah 9 Zulhijjah tapi belum masuk waktu wuquf. Jam 4 pagi(Ahad) kami diminta bangun untuk tahajjud. Selepas sarapan pagi kami digalakkan tidur sebentar. Jam 10 pagi kami harus bangun untuk bersiap2 untuk wuquf.

Masuk waktu zuhur maka masuklah waktu wuquf, kami solat jamak tamam iaitu Zohor 4 rakaat dan Asar 4 rakaat. Selesai solat kami makan. Sewaktu menanti waktu makan kami terlihat tulisan di langit dari awan, sedangkan awan terlalu payah untuk terbentuk di sini. Waktu afdhal wuquf ialah 10 minit menjelang Maghrib hingga Maghrib.

Bila masuk maghrib maka tarikh berubah ke 10 zulhijjah, masih ada waktu wuquf dan kami mula bergerak ke Muzdalifah untuk mabit di Muzdalifah. di Muzdalifah ternampak tulisan kalimah, berbagai kalimah disebalik bulan dan di dalam bulan sendiri. MasyaAllah! Cantik!

Kami mabit di Muzdalifah hingga luput Subuh. Alhamdulillah dapat solat Subuh berjemaah di Muzdalifah seperti yang Nabi sendiri lakukan. Pagi tu (Isnin) kami bertolak ke Mina.

Tengahari 10 Zulhijjah (Isnin) selepas makan, kami bertolak ke Jamrah untuk melontar di Jamrah Aqabah, kemudian ke Mekah untuk tawaf. Hanya suami yang saie, saya belum saie. Rupa-rupanya hari ni di Malaysia orang sedang berhari-raya haji. Masa tu saya sedang tawaf pada bukan waktu untuk jemaah Malaysia tawaf. Walau bagaimanapun ramai jemaah Malaysia yang tawaf kerana mengejar masa.

Selepas Maghrib, masuklah 11 Zulhijjah, kami harus mabit di Mina, maka kami pulang ke Mina, sampai di Mina jam 10 malam dan sampai ke khemah jam 12 malam.

Pagi 11 Zulhijjah(selasa), mak ceritakan pada saya pengalaman dia melontar semalam. Dia riuh bercerita bahawa dia terjumpa sepupu saya tapi di tak tahu di khemah mana. Alhamdulillah saya dah bekalkan mak dengan satu uncang batu. Pagi tu tak ada apa-apa aktiviti sangat, hanya melepak, baca tafsir dan menjamu mata. Kalau nak mandi, masa ini lah sebab tak ramai orang di bilik mandi, tapi kami dinasihatkan jangan mandi banyak, takut tak cukup air. bilas badan ajelah.

Tapi air di sini laju. Kalau tandas di Arafah cuma ada satu paip iaitu paip bawah sahaja untuk tadah dlm cebok atau ketur, tapi di Mina ada paip dan ada shower.

Cuma ada satu bilik air wanita untuk satu maktab. Untuk maktab 86, ada 5 tandas di bahagian depan dan ada 10 tandas di bahagian belakang. Kalau waktu puncak, 10 orang akan beratur depan tandas. Kalau jam 9 pagi cuma 2 orang beratur depan tandas pada satu masa. Jemaah dinasihatkan untuk masuk ke tandas untuk urusan rasmi sahaja. Kalau nak gosok gigi atau berwudhuk, lakukanlah di luar tandas.

Kami difahamkan bahawa kami akan makan nasi bungkus seperti Muasasah, tapi itu tak terjadi, kami makan secara buffet, dengan air free flow, sentiasa ada air mineral dan air kotak dalam peti ais sepanjang masa. Buah dihidangkan masa makan sahaja. Buahnya sedap MasyaAllah!

Masa ni saya ambil kesempatan untuk ziarah kawan-kawan di khemah lain. Masa ni lah nak ziarah Kay iaitu isteri arwah Azman, Kak Hasnah dan Kamariah di Maktab 85. Saya cuba cari Wan Rosnani di Maktab 84 tapi tak jumpa di Mina.

29 Julai 2009

Kembali ke Mina

Jam 9 malam saya dan suami dah turun ke lobby untuk kembali ke Mina. Nak dapatkan kenderaan memang susah, semua orang nak ke Mina. Tapi tak ada satu kenderaanpun yang sanggup hantar hingga ke khemah kami. 2-3 kenderaan kami tanya hanya sanggup hantar ke Aziziah. Tambang ke Aziziah biasanya 5 riyal seorang tapi malam tu semua minta 20 riyal. Suami kata kita naik ajelah. Jadi kami dapat satu van dan kami duduk di depan.

Sampai di Aziziah pemandu van tunjukkan arah ke Mina. Alhamdulillah jam 10 malam kami dah sampai ke kawasan Mina. Entah manalah khemah kami jalan ajelah. Jumpa polis Arab kami tanya arah ke khemah Malaysia. Entah apalah yang kami tanya dan entah apalah dia cakap kamipun tak faham. Perkataan khemah tu yang tak de dalam vocab kami. Kami cuma tanya "Aina Malaysia?" "Mana Malaysia?" Nasib baik dia tak jawab "O! Malaysia dekat dengan Indonesia dan Singapura, naik kapalterbang 8 jam baru sampai"

Kami tercari-cara manalah jamrah, mana terowong Muaissim, tapi tak paham tanda arah.

Jumpa jemaah Indonesia barulah dia tunjukkan jalan ke khemah Malaysia. Alhamdulillah khemah Indonesia dan Malaysia tak jauh. Jauh tak jauhpun 2jam jugaklah kami jalan dari mula masuk Min sampai ke khemah.

Dalam lenguh kaki enjoy jugaklah tengok macam2 jenis rupa, dengan lampu terang-benderang, ramai lak jemaah ke sana ke mari, di tanah suci Mina, di tengah-tengah jemaah yang sedang mengerjakan haji, di tengah orang ramai yang dalam semangat mengerjakan ibadat, mengabdi pada Ilahi, datang ke sini dengan satu tujuan. Ish, bila kenang balik seronok perjalanan malam tu.

Kadang-kadang bila kaki dah lenguh saya berhenti. Nak nangispun ada. Siang tadi dah jalan 7km, pas tu dah tawaf berhimpit-himpit, pas tu kena jalan kaki lak lagi dalam 5km. Waddush! Mana tak nangis...... Demimu ya Allah! Banyak kalilah juga saya berhenti duduk lepak. Sesekali suamipun ikut duduk melepak tepi jalan macam saya.

Tetiba ternampak jemaah Malaysia. Alhamdulillah, dia tunjukkan jalan ke khemah. Alahai lagi 100meter ja lagi. Alhamdulillah. Sampai di khemah jam 12 malam, bentang tilam, bum!

Bangun pagi esok, rupa2nya red flag dah naik. Alhamdulillah dah tawaf. Allah makbulkan doa tangguh period hingga tawaf.

27 Julai 2009

Mabit di Mina, apa hukumnya?

Semasa kami sampai di hotel dari Mina petang tu, ada beberapa orang jemaah yang dah sampai dan mereka kata mereka berniat untuk bermalam di hotel. Kami tanya boleh ke? Mereka kata "Ustaz Ghazalipun nak tidur hotel malam ni." Ustaz Ghazali adalah adik kepada Ustaz Asri Rabbani. Rupa mereka ada iras-iras.

Saya telefon Ustaz Sapawi [sapawi05@yahoo.com] tanya tentang kawan2 yang berniat untuk bermalam di hotel. Ustaz kata kalau tak nak bermabit di Mina malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah, ambil tiket balik Malaysia dan tak payah buat haji. Keras sungguh kenyataan Ustaz. Saya tanya ustaz kenapa pulak sampai macam tu sekali. Ustaz kata bermabit di Mina tu wajib haji. Apa makna wajib? Wajib ialah perkara yang bila dibuat dapat pahala, jika ditinggalkan berdosa. Manakala wajib haji pula bermakna pekerjaan yang harus dilakukan, bila ditinggalkan, maka harus membayar dam

Bagi orang yang tiada keuzuran maka wajiblah dia bermabit. Orang yang diharuskan tidak bermabit ialah orang yang
1 Takut terancam keselamatan diri atau harta
2 Menjaga atau menemani orang sakit
3 Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
4 Berpenyakit dan sukar bermalam
5 Terpaksa

Suami dah sampaikan pesanan dari Ustaz Sapawi dan mereka balik malam tu juga seperti kami.

Selepas saya pulang dari tawaf, ada sepasang suami isteri dari Terengganu juga berkata mereka berniat utk bermalam di hotel. Mereka baru je sampai jam 4 petang dan sudah tawaf. Saya beritahu kepada mereka tentang nasihat dari Ustaz Sapawi.

Selepas solat Isyak saya turun ke bawah. Saja-saja nak tengok keliling dari duduk je dalam bilik hotel sementara tunggu suami saya. Saya jumpa balik couple tadi yang memperkenalkan satu lagi couple yang juga berhasrat utk bermalam di hotel. Couple pertama sudah beritahu akan saranan dari Ustaz Sapawi. Mereka kata mereka sanggup bayar dam. Saya ingatkan mereka bahawa kalau boleh dalam apa juga ibadah yang kita buat, kalau kita boleh dapat full mark, kita cuba dapat full mark. Kalau boleh jangan ada sedikitpun cacat cela dalam ibadah kita.

Bila saya bertanya kepada Ustaz Zaini dan Ustazah Ummi selepas kerja haji selesai, mereka berkata sebenarnya Ustaz Ghazali balik ke hotel selepas 12 tengah malam. Selepas mereka melontar di 3 jamrah, mereka terus balik ke hotel, tawaf dan saie pada malam tu jugak. Syarat bermabit ialah berada di Mina lebih dari separuh malam. Jemaah yang dibawa oleh Ustaz Ghazali meninggalkan khemah di Mina jam 12 malam, menuju ke jamrah, selesai melontar dalam jam 1:00 pagi (jamrah masih berada di kawasan Mina). Jadi mereka sudah layak utk meninggalkan Mina kerana mereka sudah mabit separuh malam pertama di Mina. Manakala saya dan suami pula bermabit pada separuh malam yang kedua. Saya dan suami sampai di Mina jam 10 malam, berjalan kaki perlahan-lahan ke khemah dan sampai jam 12:00 malam.

Alhamdulillah rakan dari Terengganu tu juga balik ke Mina malam tu juga. Dia kata "Alhamdulillah wani bagitau saya macam tu. Kalau tak saya akan menyesal sepanjang hidup. Saya sanggup datang buat haji ni sekali je dalam hidup saya. Kalau tak sempurna haji saya, mesti saya akan sedih sepanjang hayat. Nak datang balik entah-entah tahun depan lagi mahal kos haji, paling awal 5 tahun lagi baru dapat"

Couple yang kedua tu pula kata mereka sanggup bayar dam. That's it. Terpulang. Macam orang nak solat tak nak solat, kita dah cakap solat tu wajib, kita bukan mak dia nak bawa rotan pukul dia. Dah berdebat 1 jam cukuplah tu. Ustaz kata group yang sampai ke Mekah yang akhir2 tu liat sikit nak hadir kuliah. Maklumlah dah pandai2 agaknya.

Apa yang penting kita nak mencari kesempurnaan.

22 Jun 2009

Nasi Pulao

Masa di Madinah, saya beli macam-macam jenis rempah. Salah satu rempah ialah rempah untuk Nasi Pulao Sayur. Semalam, setelah lama merancang barulah saya berkesempatan memasak nasi tersebut. Walla! Sedapnya Nasi Pulao walaupun saya tak letak langsung semua sayur yang dinyatakan dalam resepi tersebut iaitu kacang panjang, carrot, kacang peas, jagung dan buah gajus.

Satu lagi rempah yang saya beli ialah rempah kebab. Hmmmm... yummy. Sedapnya. Kalau ada sesiapa yang nak menunaikan umrah, kalau boleh saya nak kirim. Call saya 019-2701251 kalau sudi belikan saya rempah dari Mekah.

Suamiku bertahallul thani

Selesai bertahallul kami terus ikut crowd menuju ke Mekah. Sepanjang jalan tu memang ramai orang. Intai-intai juga kot-kot ada teksi. Sah memang tak ada. So kami jalan ajelah. Seronok juga jalan kaki beramai-ramai, walaupun 7 kilometer! Sepanjang jalan, bekalan air memang mewah. Kami jumpa 3 lori yang memberikan air zam-zam botol secara percuma kepada jemaah haji. Sepanjang jalan tu banyak juga water cooler. Jadi memang tak risau kedahagaan sepanjang jalan.

Ditepi-tepi jalan ramai juga yang mengambil kesempatan menjual barangan, tapi tak lah sebanyak seperti di Mina.

Perkara yang paling mencacatkan pemandangan ialah sampah. Sampah plastik dan sampah botol air yang mereka minum. Sepanjang jalan kita akan nampak pekerja sedang menyapu, tapi sepanjang jalan tu juga kita akan nampak sampah bertaburan hingga menutupi setiap ruang jalan. Kita masih boleh berjalan, tapi plastik tu merata-rata.

Selepas melintasi Aziziah, kami melintasi satu terowong khas untuk pejalan kaki ke Masjidil Haram. Selepas terowong tersebut kami sudah sampai ke terminal bas Mekah. Bila sampai di sana kami terus melencong ke kiri untuk menuju ke Ajyad, kawasan hotel kami. Dari situ kami melintasi jalan menuju ke Hotel Elaf Quds yang terletak tak jauh dari Hotel Barakah, tempat penginapan kami.

Kami rehat sekejap di Hotel, mandi dan solat. Saya caj bateri handphone dan tinggalkan kat hotel. Lepas asar kami turun untuk tawaf haji. Masa nak masuk ikut pintu King Abdul Aziz atau pintu 1 seperti biasa, polis menghalang. Ada dalam 20 orang polis kot dok berdiri rapat2 kait tangan. MEmang sah tak bagi masuk. Kami cuba pula pergi ke pintu King Fahd. Dalam perjalanan tu nampak ad satu pintu kecil terbuka dan tak ada polis berkawal, terus kami masuk. Nampak macam tak ramai orang, tapi bila nak ke Kaabah, tu dia! punyalah ramai orang dok tawaf!

Kami cuba masuk ke dataran kaabah untuk tawaf, tapi dihalang oleh polis. Jadi, kami tawaf dari dalam masjid di tingkat bawah. Bila nampak ada ruang kosong, dengan perlahan2 jaga bahu kiri supaya tak lari dari arah kiblat, kami masuk ke dataran kaabah. Punya ramai manusia. Saya berjalan belakang suami sambil pegang tali pinggang ihram dia supaya tak terlepas.

Alhamdulillah selesai tawaf haji. Letih. Bukan letih tawaf tapi letih kena himpit.

Selesai tawaf haji kedenganran azan Maghrib. Alhamdulillah, dapatlah saya solat Maghrib di dataran kaabah sekali lagi. Kali pertama selepas selesai tawaf umrah dengan mak.

Selepas solat jenazah, saya terpisah dengan suami. Kami saling cari mencari. Dah lama tunggu barulah saya rasa terlalu letih. Mungkin baru terasa letih berjalan dan yang kedua letih kena himpit. Saya cari selipar di tempat letak selipar, tak jumpa. Saya tunggu lagi suami di tempat letak selipar, tapi tak ada. Nak call h/phone kat hotel. Akhirnya saya balik ke hotel. Masa berjalan tu rasa sedih sangat sebab hilang selipar, hilang suami. Selipar saya yang warna biru merah tu la yang ada dalam gambar kat album picasa saya.

Bila masuk Isyak, saya tak larat nak pergi Masjid, solat Isyak di hotel ajelah. Bila saya call suami dia kata dia dah selesai saie. Dia kata selepsa berpisah tu dia pergi dekat selipar, tapi selipar saya tak ada. Selepas saie dia pergi sekali lagi kat tempat selipar, selipar saya dah ada balik. Lepas dia solat Isyak selipar saya hilang balik. Macam Choc Fudge! Alhamdulillah suami dah tahallul thani. Saya yang belum tahallul thani.

17 Jun 2009

Perginya sebutir permata

Petang semalam dalam lebih kurang jam 7:00 malam saya menerima panggilan dari Kak Sarkamah memaklumkan bahawa suaminya Abang Nazri telah meninggal dunia di Hospital Seremban jam 6:15 petang. Saya segera sms kepada rakan2 lain.

Saya dan suami terkedu mendengar perkhabaran tersebut. Anak-anak bertanya siapa yang meninggal? Saya ceritakan bahawa rumah mereka menjadi persinggahan saya semasa bujang dahulu. Hinggakan Kak Mah kata saya anak sulungnya. Rumah mereka juga kerap menjadi persinggahan suami saya semasa masih bujang. Tapi kami tak diperkenalkan oleh mereka berdua, tapi oleh orang lain. Tapi di rumah merekalah kami berta'aruf selepas diperkenalkan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Dr Fatah.

Baru2 ini Abang Nazri menerima anugerah Jasamu Dikenang dari PAS kawasan dan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Nizar baru2 ini, Kak Sarkamah pula menerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Abang Nazri adalah pencinta PAS tulen. Kalau ada rakan-rakan yang guna kereta warna biru, InsyaAllah Abang Nazri tak akan naik kereta tu. Masa dia sihat dulu, jam 12 malam Abang Nazri akan keluar rumah meronda kawasan perumahan beliau. Jika beliau terjumpa pasangan muda-muda yang sedang bercanda, beliau akan tegur dan suruh pemudinya pulang ke rumah.

Kebelakangan ini kesihatan Abang Nazri memang merosot, maklumlah dah berusia. Dalam congakan saya, usia Abang Nazri mungkin 70an. Selepas balik dari menunaikan haji, kami mengunjungi Abang Nazri. Suami saya ada belikan jubah untuk Abang Nazri. Satu2nya kawan yang suami belikan jubah, jubah lain semua untuk saudara-mara. suami duduk di sebelah Abang Nazri, tapi Abang Nazri dah tak nampak, kabur sangat2. Dalam pada kesihatan yang tak seberapa itu, Abang Nazri masih menunjukkan kecintaannya pada Islam. Kak Nora beritahu beliau sering nampak abang Nazri membonceng motosikal Hj Habizal sambil memegang bendera PAS. Bukan musim pilihanraya, tak ada pilihanraya walaupun PRK, tapi Abang Nazri tetap kibarkan bendera PAS. Sayangnya Abang Nazri pada PAS. Betapa Abang Nazri yakin bahawa janji Allah itu benar.

Kini tiada lagi.... pergilah abang kami bertemu Tuhanmu. Tuhanmu lebih menyayangimu. Dia yang memilikimu. Pulanglah menuntut janjiNya padamu. Pasti kau akan lebih bahagia di sana.

Ya Allah! Ampunkan segala dosanya, terimalah taubatnya, lapangkanlah kuburnya, hindarkanlah dia dari siksaan kubur dan siksaan api neraka. Kurniakanlah dia jannahMu.

Anak Abang Nazri 4 orang. Anas Nazsarman, Anas Nazsarmas, Anis Sarnazni, Anis Sarnazmi yang bertugas di Harakah. Semuga Kak Sarkamah dan anak-anak sabar serta redha menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

15 Jun 2009

Tahallul Awal

Selesai makan tengahari lebih kurang jam 12 tgh, saya dan suami bertemu di bahagian hadapan maktab untuk terus melontar di Jamratul Aqabah. Maktab kami tak jauh dari terowong muaissim. Kelihatan ramai jemaah keluar dan masuk terowong. Jemaah sahaja, tiada kenderaanpun. Dari arah maktab kami, jemaah yang keluar dari terowong di sebelah kanan, manakala jemaah yang memasuki terowong di sebelah kiri.

Kami berada di sebelah kanan jalan, jadi terpaksalah memotong jemaah yang baru keluar untuk menyertai jemaah yang nak masuk ke terowong. Agak susah juga sebab jemaahnya terlalu ramai dan sesetengahnya berpegangan tangan secara berangkai.

Selepas berjaya melintas mereka, kami menyertai kumpulan jemaah Indonesia. Pihak TH sudah ingatkan supaya sesiapa yang nak melontar secara sendirian dan tidak ikut kumpulan jemaah haji Malaysia agar tidak memakai sebarang tanda pengenalan jemaah haji Malaysia seperti beg galas atau telekung yang tertulis perkataan Malaysia. Jadi saya guna tudung labuh warna hitam dan pakai jubah hitam.

Perjalanan ke jamrah lebih kurang 3.5km. Tak terasa sangat letihnya sebab orang ramai dan semua orang berzikir. Mungkin dengan zikir tersebut Allah bantu mengurangkan rasa letih berjalan. Perjalanan ke jamrah terasa sekejap sahaja.

Kami mengikut arus yang ramai supaya tak terlepas. Dalam lebih kurang 1km dari jamrah dah ada persimpangan. Suami ajak pergi ke jamrah di tingkat 1. Jamrah pertama kami lintasi. Tak perlu melontar di sini. Jamrah kedua juga hanya kami lintasi. Keadaan lengang sahaja. Tiba di Jamrah Aqabah kami perhatikan dulu kat mana nak berdiri. Saya beritahu suami saya nak melontar di bahagian tengah sebab di situlah jamrah yang asal. Suami mengikut sahaja. Tiba di tengah, saya mengira batu di tangan kemudian melontar satu persatu seperti yang diajar oleh guru. Alhamdulillah. Puas! Puas dapat melaksanakan rukun yang ini. Yes!

Selesai melontar saya capai gunting dalam beg, tarik sekumpulan rambut dan zap! Alhamdulillah selesai Tahallul Awal.

Syarat untuk mendapat Tahallul Awal ialah samada dengan

- melontar di Jamratul Aqabah bermula 10 zulhijjah dan bergunting (ikut turutan) ATAU
- tawaf, saie dan bergunting (ikut turutan). tawaf boleh dilakukan selepas tengahmalam 10 zulhijjah

Untuk mendapatkan Tahallul Thani pula
- jika kita dah melontar, kita perlu tawaf dan saie
- jika kita dah tawaf dan saie kita hanya perlu melontar di Jamratul Aqabah
Untuk mendapatkan tahallul thani ni, kita tak perlu bergunting lagi sebab kita bergunting hanya untuk mendapatkan tahallul awal.

Sebab itulah ada antara jemaah yang bimbang takut period, selepas tengahmalam di Muzdalifah, mereka cepat2 ke kaabah untuk tawaf dan saie. Dalam kerja haji, hanya tawaf yang mewajibkan jamaah untuk suci dari dua hadas.

Apa perlunya bertahallul? Orang yang mengerjakan haji perlu ikuti 13 larangan ihram. Bila mereka bertahallul awal, terlepaslah dia dari 10 larangan ihram kecuali 3 iaitu bernikah atau menikahkan, bermesra antara suami-isteri dan melakukan hubungan jenis. Bila jemaah sudah bertahallul thani, maka terlepaslah dari semua larangan ihram.

14 Jun 2009

Perginya seorang pejuang

Terbaca dalam blog Sheikh Nabil Al-Farabi tadi tentang kematian Dr Fathi Yakan, kemudian saya google maklumat lanjut. Bagi yang mengikuti usrah pasti pernah membaca buku Sheikh Fathi Yakan yang famous iaitu Apa Erti Saya Menganut Islam.

Islamic Leader Fathi Yakan Dies

The Islamic Action Front announced Saturday the death of its leader Fathi Yakan. He was 76 years old.

In a statement, the IAF said Yakan passed away at 4:45pm in Hotel Dieu Hospital, where he was admitted on Friday night.

Yakan's body will be moved to Tripoli on Sunday morning. The time and place of the funeral will be announced at a later time, the statement added.

The IAF earlier denied media reports of Yakan's death but said he was in critical condition.

Yakan was born in the northern port city of Tripoli in 1933. He became involved in Islamic work in Lebanon in the mid 1950s and was a pioneer in the establishment of the Islamic Movement. Yakan was elected a member of parliament in 1992.

Tiba di Mina

Kalau tak silap kami tiba di Mina dah jam 8 lebih. Kalau di Arafah satu maktab tu macam satu perkampungan yang terdiri dari beberapa buah khemah sebiji-sebiji, di Mina pula macam rumah panjang. Khemahnya memanjang dari depan ke belakang. Khemah A di depan sekali, khemah kami Q agak ke belakang. Belakang sekali jemaah muasasah. Lebarnya satu2 maktab di Mina ialah 2 buah khemah di kiri dan kanan dan satu lorong pejalan kaki di tengah2. Maknanya satu maktab tu memanjang berbanding dgn Arafah macam satu perkampungan. Khemah di Mina bersambung-sambung.

Sebenarnya khemah muasasah di Maktab lain, tapi mana yang bernasib baik, dapat tinggal dalam kumpulan pakej. Manakala jemaah pakej juga ada yang kena tinggal dalam kumpulan muasasah. Tapi bukan jauh sangat pun, sepupu saya yang ikut muasasah, lorongnya cuma belakang lorong kami.

Dalam kumpulan pakej, khemah kami berada di depan sekali iaitu maktab 86 diikuti maktab 85, 84 dan seterusnya. Sepupu saya maktab 76. Beza pakej dan muasasah ialah, jemaah pakej tidur atas tilam, dibekalkan bantal dan selimut. Sebesar mana tilam, sebesar tulah kawasan kita. Tapi tilam cuma dibuka masa nak tidur je. Bagi yang tilamnya terletak di depan kenalah sentiasa lipat tilam bagi memudahkan jemaah lain keluar masuk. Bagi jemaah muasasah mereka tidak dibekalkan tilam dan bantal. Saya tak pasti samada mereka dibekalkan selimut atau tidak. Sepupu saya cerita ada jemaah yang kurang bertimbang rasa, booking kawasan dia besar, orang lain kena tidur berhimpit. tak apalah, itulah dugaan kerja haji.

Oh ya! jangan bimbang ya bagi yang ikut jemaah pakej. Walaupun anda kena ditempatkan ikut khemah muasasah, anda tetap dapat tilam, bantal dan selimut.

Sepanjang jalan ke khemah kami iaitu khemah Q terdapat 4 tempat hidangan makanan secara buffet.

Bila dah kenal-pasti tilam kami dan letakkan semua barang, saya tanya suami bila nak pergi melontar. Sebenarnya jadual melontar untuk jemaah Malaysia ialah malam ni dan tawaf selepas 13 Zulhijjah, tapi saya bimbang takut2 naik bendera Jepun, jadi berazam nak tawaf hari ni juga. Mak nak ikut sebab dia bimbang takut2 kami kena dam sebab balik berdua(ehem-ehem). Tapi saya yakinkan mak, takkan terjadi apa-apa. Saya cuba takutkan mak bahawa perjalanan ni jauh, 7 km, balik pun 7km tak de kereta, takut dia tak larat, nanti tak sempat sampai sebelum tengahmalam ke Mina. He he dia termakan gak. Suami kata nak bertolak selepas zohor. Dia nak tidur dulu. Maka sayapun carilah makan iaitu nasi lemak lauk ayam.

Buah-buah di Mina yummy sedapnya. Tak pernah kumakan buah oren sesedap tu. Buah epal yang besar dan rangup, pergh!

Selamat tinggal Muzdalifah

Bila hari dah cerah dalam sekitar jam 7 barulah kami dapat bas untuk ke Mina. Masa menunggu tadi, kami pandang saja 3 buah bas berlepas. Suami tak suka berebut. Biarlah kita buat kerja haji ni dengan lemah-lembut dan sabar. Memang ramai yang bersikap begitu walaupun ada yang cuba potong barisan.

Alhamdulillah perjalanan kami lancar sahaja. Bila dah meninggalkan Muzdalifah ni dah tak ada lagi talbiah. Sebenarnya kalau tak silap saya talbiah dibacakan sehingga waktu wuquf sahaja. Bila mula wuquf kita sudah tidak bertalbiah lagi.

Perjalanan ke Mina tak lama, saya rasa tak sampai satu jam.

03 Jun 2009

Dari Rompin Accident di Bukit Putus

Salam

Saya tak tahu kenapa rakan2 di ofis suka guna perkataan salam instead of Assalamualaikum. apa2pun ianya masih acceptable kot.

Lama tak jengok blog. Akhir2 ni musim panas, anak saua suka tidur bilik saya sebab ada air-cond. Kalau dia nak tidur sendiri tak pe, minta temankan pulak. alih2 kita tertidur sama.

25/5/09 saya dapat BLM warna mountain blue. patutnya dapat hari jumaat sebelumnya tapi dia orang tak buat PDI (pre delivery inspection), so isnin baru ambik. tak sempat nak tayang kat adik-beradik masa kenduri kahwin anak sedara. bimbang gak takut terasa hati beli kete senyap2. hari khamis abang Aziz saya datang untuk ambil iswara tahun 1997. tolak kat dia 4K je.



Hari Jumaat kami ke Rompin untuk kenduri kahwin Husni, sepupu saya. Kami menginap di Rompin Beach Resort ditanggung oleh bapa pengantin perempuan. RM198 per night. Kami occupy 8 chalet. Hari Sabtu 30/5/09 tu kol 4:30 petang terus balik ke KL.

Kami solat Maghrib di Kuala Pilah kemudian sambung perjalanan. Bila sampai di Bukit Putus budak2 bukan main seronok lagi sebab jalan bengkang-bengkok. Depa main game wo-wo. Kalau belok ke kanan yg kiri tolak orang kanan, bila belok kiri, yg kanan tolak orang kiri sampai jerit woooo woooo woooo. pastu gelak. itupun boleh jadi game.

Sedang seronok depa main wo-wo tetiba satu treller dari arah bertentangan makan jalan, lalu bergesel ngan kereta kami. Wadduh! KEretaku lom sampai seminggu! Toleh ke belakang dah tak nampak trellernya. Yang kami nampak hanyalah bukit. Huwaaaaaa. Sesiapa yang pernah lalu Bukit Putus taulah betapa bengkang-bengkoknya jalan tu macam ular kena palu. Masa tengok GPS tu pun saya gelak tengok peta jalan. Saya menggunakan MapKing 2007.

Kereta kami calar dan kemek fender depan dan belakang. sport rim depan calar teruk, apa nama tah yg kat belakang tayar tu(bukan mudguard), koyak dan cermin sisi patah. Semua mangsa adalah di sebelah kanan. Kejadian tu berlaku 5.5km dari simpang terdekat. (Kami sepatutnya ambil simpang ke kanan untuk ke PLUS Hi-way)

Kami berhenti di Petronas selepas Bukit Putus, tengok kerosakan kereta. Petugas kat situ kata balai polis terdekat ialah Balai Paroi selepas traffic light. Jenuh juga nak cari balai tu, 3 kali kami ulang alik. So, kami patah balik ke Ptronas tu dan seorang pemandu kata balai polis tu ada banyak lampu, barulah kami jumpa. Pegawai di situ kata balai berkenaan tak terima laporan traffik kecuali yang melibatkan kematian. Kami boleh buat aduan di mana2 je sebab sekarnag ni semua online. Jadi kami balik ke Bangi.

Sampai di Bangi pegawai di sana kata laporan traffik belum online lagi, yg online cuma jenayah. Jadi, kami kena ke IPD Seremban. KAta salah seorang pegawai tu IPD Seremban terletak dekat dengan bus stop lama. Kalau kat bus stop lama, maknanya di pekan Seremban la.

Sampai di Seremban cari IPD tak jumpa, tanya orang kat situ katanya IPD di Seremban 2. Aduhai.... satu hal nak cari Seremban 2.

Sampai di Seremban 2 buat aduan, fotostat IC, lesen, masuk bilik interrogaation, dia kata tunggu jap sebab nak ambik gambar. Jadi kami tunggu di kereta selama sejam. Bila tak datang juga kami pergi tanya. Rupa2nya gambar dah ambil masa kami tengah buat aduan. Sabor je.

Kol 1 pagi baru sampai di rumah. Hari Isnin hantar ke EON Sg Besi, lagi sebulan baru siap.

04 Mei 2009

Mabit di Muzdalifah

Jam 12 malam sudah ada jemaah Malaysia yang meninggalkan Muzdalifah. Saya tak nampakpun sebarnag perbezaan jumlah jemaah berkurangan. Jam 1 saya masih melihat sekitar Muzdalifah. Dalam hati kalau macam ni agaknya subuh baru kami boleh bergerak. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur. Jam 3 1/2 pagi saya terjaga. Payah juga nak tidur berbumbung langit ni dalam keadaan orang sekeliling masih berbual atau berzikir.

Bila kami sampai tadi semua jemaah dibekalkan dengan air kotak(air mangga atau air oren), roti, biskut dan air zam-zam. Kami dah pun makan malam di Arafah, tapi kalau dah rezeki, jangan ditolak. apa yang saya perhatikan, ramai yang ambil ration berkenaan, tapi tak dimakan, sayang betul. Saya simpan biskut dan air dalam beg, manalah tau kot-kot teringin pula.

Terasa nak ke toilet. Alhamdulillah tak ramai sangat orang. Waktu Subuh akan masuk jam 5:15 pagi. Kalau ada rezeki sempatlah saya dapat sunnah Rasulullah iaitu bersolat Subuh di Muzdalifah. Jam 4 pagi saya beratur di toilet dan Alhamdulillah hanya 4 orang di depan saya. Cuaca agak menyegarkan. Badan tak pula melekit. Selepas berwudhu terjumpa Ustazah Yaminah. Saya cadangkan agar kami siapkan tempat untuk solat Subuh. Alhamdulillah cadangan diterima, tapi beliau perlu berhemah untuk memaklumkan kepada Ustaz Tabung Haji.

4:30 pagi kami mula menyiapkan tempat untuk solat dan beberapa orang mengambil kesempatan untuk solat sunat.

Alhamdulillah saya dapat solat Subuh secara berjemaah di Muzdalifah. Ustazah Yaminah amat gembira. selama beberapa tahun mengikuti rombongan haji, inilah pertama kali beliau berpeluang solat subuh di Muzdalifah. Kita yang pertama kali mengerjakan haji dan berpeluang pula solat Subuh di sini taklah merasa apa-apa sangat. Cuma rasa dapat seronok sebab dapat ikut sunnah Rasulullah. Nak jalan kaki ke Muzdalifah tak larat, tidak pun tak pasal-pasal kena marah dengan Tabung Haji. Dapat yang ni satupun Alhamdulillah. Tapi bagi seorang ustazah yang tahu hukum-hakam, yang berada di sini setiap tahun, mereka amat terkesan dengan peluang ini.

Selesai solat kami menunggu bas untuk ke Mina. Tak ada apa yang nak dikejarkan sangatpun. Kalau dapat tilam masa ni Alhamdulillah. he he he. Hari dah semakin cerah, tapi kami masih di sini, orang dah semakin berkurangan. Bas adalah di sebelah kanan kami, tapi masih rileks di sebelah kiri bukit. Nak berjalan bawa barang jauh juga tu, macam dari Menara TM ke Menara TNB.

Tiba2 ketua rombongan mengarahkan kami turun bukit di sebelah kiri iaitu dari arah kami naik tadi. Alhamdulillah. Taklah jauh sangat kena berjalan. Bila dah lama menunggu ada yang menunjukkan terer dengan memotong barisan. Ustaz dah pesan supaya kita cuba dapatkan haji mabrur. Perbuatan memotong barisan ini antara perbuatan yang menyebabkan kurangnya kemabruran haji kita. Hilang sabar dengan mereka yang memotong barisan juga menyebabkan kurang mabrur haji kita. Jadi, sabarlah! Allah bersama orang yang sabar.

Sekali lagi saya kena heret 3 barang, beg saya, beg makanan saya dan mak serta air yang mak kata dia nak bawa, tapi terpaksalah saya bawa. Dengan kepenatan dengan kudrat yang sedikit, manalah mak larat nak bawa semua tu. Sekali terfikir juga, orang dah kata jangan bawa air nak bawa juga. Tapi terfikir balik, apa kata kalau memang betul terputus air kat Muzdalifah, apa kata kalau bas yang kami naiki tersesat, apa kata kalau, kalau kalau.... air yang mak bawa ni memang amat berguna masa kecemasan. Allah uji kita dengan tak ada kecemasan. MasyaAllah panjang sebenarnya akal mak. Tak apalh penat sikit. Masa kita kecik dulu mak kendong kita sambil masak. Saya dah merasa kendong anak sambil masak, letih wooo! Lengoh lengan. For you mum! I will do everything. Tapi kenapa kadang-kadang rasa kesabaran tergugat dengan ujian dari mak. Itulah namanya bumi dugaan! Dugaan terbesar ialah dugaan di musim haji. Agaknya berapalah markah saya.

Berjaya melakukan semua rukun dan wajib haji satu hal, tahap haji satu hal lain pula, samada kita mendapat haji mabrur, makbul, maksus atau mardud. Mendapat haji mabrur menyebabkan selama 4 bulan semua doa kita termakbul.

Alhamdulillah jam 8 pagi kami dah sampai di Mina.

28 April 2009

Tengah malam 10 Zulhijjah

Pada tengah malam ini dah banyak perkara yang boleh dilakukan oleh jemaah haji.

Pertamanya masih ada waktu wuquf di Arafah iaitu sehingga masuk waktu Subuh nanti. Wuquf adalah rukun haji. tanpa wuquf Haji kita tak sah. Kalau ikutkan fakta dari laman web ini, Rasulullah berangkat dari Arafah ke Muzdalifah selepas Isyak. Perjalanannya adalah secara perlahan iaitu berjalan kaki.

Keduanya sudah masuk waktu bermabit di Muzdalifah yang mana para jemaah dikehendaki berada di Muzdalifah hingga masuk waktu Subuh. Mabit di Muzdalifah walau sekejap adalah perkara Wajib Haji. Meninggalkannya dikenakan dam. Walau bagaimanapun hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk tidak bermabit di Muzdalifah. Orang yang letih, malas dan tak sanggup bersusah-payah di Muzdalifah tetap diwajibkan bermabit. Kalau ikut sirah, Rasulullah solat Subuh di Muzdalifah.

Ketiganya ialah melontar di Jamratul Aqabah iaitu melontar 10 Zulhijjah(Wajib Haji). Ingat! Aqabah sahaja! Jangan pula melontar di Jamratul Wula atau Wusta! Tapi jangan bimbang, polis Arab Saudi berkawal di sana dan mereka akan menegur kalau ada jamaah yang melontar. Tapi memang boleh cam sebab orang hanya melintas sahaja dan tiada siapa pun yang melontar. Tak boleh melontar ke? Boleh! Apa salahnya? Melontarlah, tapi tak dapat apa-apa pahala malah terima senyuman dari jemaah lain! Melontar 10 Zulhijjah ni boleh juga dilakukan pada hari-hari berikutnya jika tak sempat dilakukan pada 10 Zulhijjah. Hari terakhir melakukannya ialah sebelum Maghrib 13 Zulhijjah. Kalau belum melontar 10 Zulhijjah, lontaran di 3 jumrah untuk 11 Zulhijjah tidak sah.

Keempatnya, bila dah melontar 10 Zulhijjah, jemaah bolehlah bergunting(Rukun Haji), maka lengkaplah tahallul awal bagi jemaah berkenaan.

Kelimanya, jemaah haji boleh terus ke Mekah untuk melakukan tawaf haji(Rukun Haji).

Keenamnya selepas tengahmalam 10 Zulhijjah ini juga, jemaah sudah boleh bersai'e(Rukun Haji).

Kalau dah buat semua keenam-enamnya maka lengkaplah tahallul thani bagi jemaah berkenaan. Tapi awas, baru siap tahallul, belum siap nafar. Balum dapat gelaran haji!

Saya dan suami bercadang untuk melontar Jamratul Aqabah, bergunting dan tawaf selepas zohor nanti. Kalau sempat saya nak bersai'e, kalau tak sempat nak kejar tawaf dulu sebab saya bimbang kawan rapat akan datang bila2 masa sahaja.

Satu aktiviti yang tak dapat dipisahkan dari Muzdalifah ialah mengutip 7 anak batu.