29 Ogos 2012

Rendang Ayam Nenek

Tengahari tadi kami adakan jamuan raya di pejabat D1-11 ILSAS.  Saya ditugaskan untuk buat rendang ayam.  Sebelum balik kerja tanya Aniza macamana nak buat rendang ayam, maka diajarnya.  Ramai yang makan tadi puji kata sedap, rasa macam masakan nenek.  Hu hu hu.... nenek pun neneklah. 

Berikut adalah resipi rendang ayam nenek tu

2 ekor ayam dipotong kecil
1.5 litre santan
1 senduk kerisik
1 mug cili boh
pes dari 2 sudu besar asam jawa
sedikit air
minyak untuk menumis
1 sudu besar ketumbar dikisar
1 sudu teh jintan manis dikisar
1 keping gula kerek
5 helai dau limau purut disiat
5 helai daun kunyit dihiris nipis

untuk dikisar:
3 labu bawang besar
2 inci halia
7 hiris lengkuas
10 batang serai

Cara
1.  Tumis bahan kisar dengan cili boh hingga pecah minyak
2.  Masukkan air asam jawa
3.  masukkan ayam
4.  masukkan santan
5.  masukkan air jangan sampai tenggelam ayamnya (sikit lagi nak tenggelam)
6.  kosek sekali-sekala jangan sampai hangus dasar periuk/kuali
7.  Masukkan ketumbar, jintan dan gula kerek
8.  bila hampir kering, masukkan garam dan daun limau purut, kacau
9.  masukkan daun kunyit dan kacau

18 Jun 2012

Solat Danial

ke Kedah minggu lepas suami kata kita tak wajib solat jumaat, so jamak zohor ngan asar. Tah macamana suami masuk gak Aloq Staq bila dah masuk zohor. Jumpa masjid bila orang dah dekat sgt nak solat jumaat. So, depa pergilah solat. Dah siap tu tetiba anak autismaku Danial masuk nangis2. Puas ty nape tp x cakap. Last2 cakap kat dia, "klu orang hina Danial cakap kat dia saya ahli syurga tau".


Barulah dia bgtau "Danial tak solat jumaat td sebab x de tempat". Ok alahai..... patut la abangku kata anak autisma ahli syurga

03 Januari 2012

Sore ini saya terjumpa EMAS

Siapa nak emas sebesar ini? 250kg... wow! pergh tak terkata gembiranya.....




Tapi tahukah anda bahawa Allah akan kurniakan emas yang lebih besar dari ini beserta berlian, batu nilam, mutiara, delima dan segalaya yang anda impikan, name it! iPod, iPad, Porsche, Jaguar, segala-galanya beserta perkara-perkara yang tak pernah kita impikan. Istana yang beratus-ratus buah bilik. Dayang yang ramai. Campak beg, dayang sambut. Hulur tangan air dragon fruit sampai. Hulur kaki dayang dah letak bantal, dah start urut. Hulur tangan buah epal fuji dah tunduk tunggu nak petik. Pergi dekat durian, letak jari je terus terbelah, bau sedap pulak tu smell like heaven taste like heaven.

Bayangkan memiliki iPad yang bingkainya dari emas. Memandu sebuah Merc yang dihiasi berlian, jade dan sapphire. Memiliki sebuah laptop yang keyboardnya dari batu delima yang tercantik. Menonton dari TV 100 inci ASTRO Beyond 3D.

Bayangkan anda menaiki sebuah kuda yang paling laju (cam terer sangatla), atau mungkin BMW 2 pintu yang terhebat, selama anda masih memandu, ia masih tanah milik anda. Semua sudah ada, sudah tersedia nun disana... di syurga hanya menanti anda datang, dengan syarat anda hanya lakukan 2 perkara.

Pertama menjadi hamba Allah, kedua menjadi khalifah diatas muka bumi. Pergh.... senang beb! Ya senang saja. Baca Al-Quran satu juzuk sehari, solat 100 rakaat sehari, tegakkan hukum yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith, bersabar dengan celaan dan cercaan dan penghinaan manusia, jangan makan banyak, jangan banyak berhibur, jangan banyak main game, jangan banyak puaskan nafsu, jangan banyak ketawa, fikirkan hanya Allah, buat semua perkara hanya kerana Allah. Lakukan semua perkara sunat yang Rasulullah sarankan, tinggalkan segala yang makruh. Tinggikan syariat Allah.

Tak susah kan?

Semua dah ada di sana, menanti anda di sana.

Berapa orang yang boleh masuk syurga? Seramai mana yang mengucap syahadah. Orang yang terakhir masuk syurga ialah orang yang mengucap syahadah tapi hidupnya dipenuhi dengan melakukan maksiat dan mengikut nafsu selama di dunia selepas disiksa sekian lama di neraka Allah.

Boleh ke Allah sediakan syurga seramai bilangan manusia sejak bumi diciptakan? Segalanya tidak mustahil bagi Allah. Besarnya syurga! Ya! Amat besar. Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda "Di dalam syurga itu ada 100 tingkat/darjat. Jarak antara 2 tingkat ialah seperti 500 tahun perjalanan".

Besarnya syurga! Ya! Amat besar. Besarnya kerajaan Allah, luasnya jajahan takluk Allah. Ada tak menyamai jajahan takluk mana-mana kuasa besar di dunia ini?

Wahai anak-anakku, Zahidah Hamdi, Ahmad Danial Hamdi dan Haikal Hamdi, ummi ingin berpesan padamu, jangan kau kejar dunia, kerana dunia ini sementara. Mungkin kita akan dapat emas seketul hari ini, tapi adakah Allah redha dengan cara hidup kita ketika itu? Kejarlah Allah, InyaAllah, Allah akan kurniakan dunia jika Dia mahu. Jika Dia tidak berikan habuan dunia, jangan bersedih, kerana janji Allah adalah benar. Betulkan niat hidup, jangan hanya ingin berlumba nak menunjuk-nunjuk siapa yang paling hidup mewah, siapa yang paling banyak harta, siapa yang paling berjaya dalam hidup. Tapi, berlumbalah melakukan amal, berlumbalah melakukan ibadat. Berlumbalah melakukan kerja-kerja Allah. Jangan sekali-kali berangan-angan untuk dipuji atau diberi ganjaran kerana pekerjaan Allah yang dilakukan itu. Janganlah bersedih jika dihina, bersabar anakku. Jangan bersedih jika tidak dihargai. Kesabaranmu, usahamu, ibadahmu dan ketekunanmu Allah yang balas, bukan manusia.

Hiduplah dengan redha Allah, biar Allah ganjarkan di sana. Jadi Hamba Allah ya!

20 Julai 2011

Allah ku

Alhamdulillah..... semakin hari semakin bahagia bersama Allahku. Alhamdulillah semakin diminta semakin Allah memberi.

Kupohon petunjuk, Allah tunjukkan aku caranya untuk menggapai khusyuk melalui hamba-hambanya Pn Noraliza, Pak Abu Sangkan, Pak Yusdeka Putra, Pak Yus Ansori, Pak Mardibros dan ramai lagi.

Melalui solatku, kupohon dibimbing, maka Allah bimbing aku lagi dan lagi dan lagi.....

Aku kelemasan, berhenti seketika, menarik nafas, tapi Allahku tak marah aku, malah terus membimbingku.

Subhanallah! MasyaAllah, sekali saja ku minta, seribu kali Kau datang padaku. Hinanya aku, kerdilnya aku, tapi kau yang Maha Kaya, Maha mempunyai segalanya, yang menciptakan alam ini dengan pelbagai benda. yang menciptakan pelbagai binatang, entah berapa jenis binatang, berapa nama binatang, akupun tak sempat bilang; dengan pelbagai tumbuhan, entah berapa kategori tumbuhan, berapa jenis tumbuhan, tak terhitungkan. Dengan setiap satu ciptaanMu itu berbeza pula selnya. Subhanallah! Allahku Maha Agung, the best inventor, best creator.

Subhana Rabbial Adzim! Engkau yang menciptakan segala jenis batu permata yang ada di dalam tanah, yang digali manusia, kemudian dikejar manusia dan memberikan ia nilai. Subhanallah! Kau yang menjadikan tanah berbagai jenis. ada tanah yg subur, ada yg kontang, ada yg poros. Bagaimana Kau jadikan tanah itu boleh menghidupkan tumbuh-tumbuhan? Maha Bijak Kau ya Allah! Subhana Rabbial Adzim!

Aku minta solat yang khusyuk, Kau berikan aku kefahaman tentangMu, zatMu, kekuasaanMu, keagunganMu, kebijaksanaanMu, kekuatanMu. Rupa-rupanya untuk mendapat solat khusyuk itu aku harus faham tentangMu, mengenaliMu. Terima kasih ya Allah

16 April 2011

Pendidikan Anak-anak

usrah petang tadi: ramai orang yg meletakkan KPI utk anak2: UPSR mesti 5A, PMR mesti 9A, SPM mesti 10A+. sedikit sangat yg ingat untuk letakkan KPI, 5 tahun solat subuh & maghrib dengan bacaan kuat, 6 tahun - solat penuh, 7 tahun solat berjemaah, 8 tahun layak jadi imam, reti jamak qasar, reti masbuk muafik, 15 tahun hafiz. tinggi tuh... anak saya 7 tahun baru solat penuh dan masih kena bacaan kuat, masih belum betul bacaannya. 10 tahun baru paksa ikut abinya gi surau. tapi Alhamdulillah 8 tahun dah reti jamak qasar

13 Januari 2011

Apa yang kamu suka tak semestinya akan menyukakan

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan tazkirah pagi tadi di radio IKIM. Penceramah mengungkapkan kata2 berkenaan. Apa yang kamu suka tak semestinya akan menyukakan hati kamu selama-lamanya. Teringat ayat Allah untuk kita, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.

Penceramah menceritakan kisah bagaimana takutnya orang Eskimo kepada serigala. Bila ada ancaman serigala, pada malamnya orang eskimo akan merendam bilah-bilah pisau yang tajam dalam darah - mungkin darah ayam contohnya. Esoknya pisau itu akan diletakkan didalam hutan tempat yang disyaki ada serigala.

Serigala adalah binatang yang mempunyai deria bau yang kuat. Apabila terbau darah, serigala akan mecarinya seterusnya menjilat pisau-pisau itu. Sedapnya menjilat darah hingga mereka terlupa bahawa ia adalah pada pisau yang tajam. Serigala tahu bahawa pisau adalah tajam, tapi oleh kerana darah yang sedap mereka terlalai hinggalah bila darah sudah terlalu banyak keluar dan tidak dapat dikawal lagi barulah mereka terasa perit. Nasi sudah mejadi bubur, lidah mereka terhiris dengan amat dahsya sekali. Kerana barang yang sedap, ia membunuh mereka.

Dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang meyeronokkan, tanpa kita sedari bahawa ianya sebenarnya boleh merosakkan kita. Tanyalah penagih dadah, tidakkah mereka tahu dadah itu merosakkan, tapi kerana tarikan sedap dan seronok yang ada pada dadah, mereka abaikan larangan itu sebab pastilah pada awalnya ianya sangat nikmat.

Tanyalah perokok, tidakkah mereka tahu bahawa merokok boleh menyebabkan kanser, tapi kerana boleh dapat ramai kawan jika merokok atau sedutan asap itu amat menyeronokkan, mereka teruskan merokok.

Tanyalah pada gadis yang melahirkan anak luar nikah, tidakkah mereka tahu zina itu haram? Tapi kerana perasaan bahagia bila dicintai, dipuja, digilai, mereka membiarkan diri terjerumus ke kancah hina.

Ingat surat dari Allah untuk kita "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Maka, jom kita ikut cakap Allah saja, kita biarkan nafsu kita menderita di dunia ini, asal jangan kita menderita di akhirat nanti.

23 September 2010

Pesanan untuk Bakal Haji 2010

semoga mendapat haji yg mabrur. Ingat, kat sana banyak dugaan, senyum je. banyakkan tolong orang, InsyaAllah laluan anda akan mudah. ikhlaskan hati, bagitau Allah "Ya Allah Alhamdulillah engkau bukan timpakan musibah spt orang ini terhadap aku"

Kat sana ada juga yg makan roti sedekah bersama air zamzam (bukan air panas atau air milo), carilah mereka dan sedekahkan mereka. Ramai peminta sedekah, tapi banyak yg fake.

Lakukan 5 rukun Islam di sana puasa, zakat, solat, shahadah dan berhaji. Masa2 macam ni, waktu siang pendek, jadi berpuasa tak rasa penat sangat. Jangan ada rasa riak sikitpun masa bersedekah atau berbuat baik pada orang, tapi bagitau Allah "Ya Allah, aku telah berbuat kebaikan pada hari ini keranaMu, maka redhailah aku"

Masa di sana saya pernah mendapat sedekah tasbih umrah, satu rangkai tasbih yg ada 7 biji saja. Saya juga pernah mendapat surah yaasin. pernah mendapt sedekah roti dan sedekah buah(masa tu saya puasa). Mungkin ada yg ada idea nak sedekah apa pada jemaah haji lain.

Doakan kehidupan saya
"Ya Allah Engkau lapangkanlah kehidupan Salwani Ali di dunia dan diakhirat Engkau permudahkan laluannya ke syurga"

18 Ogos 2010

Bubur Lambuk

Bubur lambuk ada banyak resipi ikut negeri. Sy selalu buat bubur lambuk terengganu yg guna ikan. Try google tadi tapi website bubur lambuk jem giler

1 cawan beras
6 cawan air
1 biji ubi keledek
3 batang serai diketuk
Santan dari sebiji kelapa
1 sudu Kerisik
Garam
3 sudu budu

sayur
1 cekak pucuk midin (pucuk paku merah)
3 tangkai daun kesum
5 helai daun kaduk

Bahan tumbuk
1 inci halia
Sesudu lada hitam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 ekor ikan kembung direbus ambil isinya saja

Cara
Rebus beras dan keledek dengan air hingga kembang
Bila nasi dah OK, campurkan santan dan bahan tumbuk dan serai, kacau
Bila dah menggelegak, masukkan sayur(kecuali pucuk midin), kerisik, garam dan budu. kacau

Bila menggelegak, masukkan pucuk midin, tenggelamkan ia dan cepat2 matikan api dan kacau

30 Julai 2010

Allahu Akbar

Kalimah yang pertama kita serukan menandakan bermulanya solat. Kita iringi dengan niat. Berapa ramai orang setelah berlalu saja takbir ini, maka bermulalah angan-angannya. Itukah yang kita ingini? Tidak! Kitapun tak mahu. Semua orang ingin merasakan khusyuk. Betapa indahnya yang digambarkan oleh ustaz-ustaz di pengajian atau di corong radio dan TV, betapa tingginya darjat orang yang khusyuk.

Dalam Quran juga disebut, "mereka itu orang yang khusyuk", "beruntunglah orang yang khusyuk". ditanya kepada imam Ghazali kenapa tidak khusyuk, jawapnya ada 10. Tapi kita tetap tak pernah merasai khusyuk itu kan?

Bagaimana khusyuk ya? Kita cuba concentrate pada bacaan solat. Bismillahir-Rahmaanir-Rohim. Alhamdulillahi-Robbil-'Aalamin. ayat itu terlalu biasa disebut, sudah kita hafal, tiba-tiba syaitan ingatkan kita fasal harddisk kita hampir penuh, lupa nak buat house-keeping dah terlalu banyak simpan gambar dan video dalam tu, lupa nak transfer ke external harddisk. Eh aku tengah solat, dah habis Fatihah.

Masalahnya kenapa ya? Hati ingin khusyuk, macam best je khusyuk, tapi yang tadi tu khusyuk ke? sekajap je. Boleh la. Itu bukan khusyuk namanya yang!

Untuk mendapatkan khusyuk, perhatian kepada Allah itu mesti datang sebelum kita angkat takbir lagi. Semasa menuju ke musolla, kita sudah teringatkan Allah. Semasa berwudhu, hati sudah rindu pada Allah. Semasa bertakbir, hati sudah hancur luluh kerana rindu pada Allah. eh sampai macam tu sekali ke? Alamak! tak pernah rasa ni!

Tak apalah.... kalau tak pernah rasa, kita cubalah pelan-pelan.

Pernah tak dok dalam lif dan terasa diperhatikan. Macam-macam baca dalam e-mail, dok dalam toilet terasa cam orang pasang video cam. Bila kita berdiri untuk takbir terasa diri diperhatikan. Sememangnya! Sememangnya Allah tengah perhatikan kita. Pergerakan kita, pakaian kita adakah sesuai untuk mengadapNya, pertuturan kita adakah kita tujukan kepadaNya.

Kalau kita bercakap dengan Allah tapi hati teringatkan mak di kampung. Nad tengah pandang Myra, tapi cakap "Nora, En Ghafar suh nko siapkan job semalam esok pepagi". Nora ada kat sebelah, tapi pandang Myra, sure Nora bengkek. Sebut nama Allah tapi hati teringat pada benda lain, rasanya Allah marah tak? Allah kata kalau engkau berpaling dariKu, Aku juga berpaling darimu. Kalau kita tak pandang Allah, Allahpun tak nak pandang kita. Dalam solat kita sebut "Maaliki yaumiddin" Raja yang berkuasa di hari kiamat - tapi kita tak rasa takutpun mengingatkan bahawa suatu hari nanti Raja itu akan mengadili kita. Menentukan bahawa kita akan masuk ke neraka.

Masalahnya kita seolah-olah yakin bahawa kita akan masuk syurga Allah. Layak ke kita? Solat Zohor 3 minit, layak ke kita nak masuk syurga Allah?