Siapa nak emas sebesar ini? 250kg... wow! pergh tak terkata gembiranya.....
Tapi tahukah anda bahawa Allah akan kurniakan emas yang lebih besar dari ini beserta berlian, batu nilam, mutiara, delima dan segalaya yang anda impikan, name it! iPod, iPad, Porsche, Jaguar, segala-galanya beserta perkara-perkara yang tak pernah kita impikan. Istana yang beratus-ratus buah bilik. Dayang yang ramai. Campak beg, dayang sambut. Hulur tangan air dragon fruit sampai. Hulur kaki dayang dah letak bantal, dah start urut. Hulur tangan buah epal fuji dah tunduk tunggu nak petik. Pergi dekat durian, letak jari je terus terbelah, bau sedap pulak tu smell like heaven taste like heaven.
Bayangkan memiliki iPad yang bingkainya dari emas. Memandu sebuah Merc yang dihiasi berlian, jade dan sapphire. Memiliki sebuah laptop yang keyboardnya dari batu delima yang tercantik. Menonton dari TV 100 inci ASTRO Beyond 3D.
Bayangkan anda menaiki sebuah kuda yang paling laju (cam terer sangatla), atau mungkin BMW 2 pintu yang terhebat, selama anda masih memandu, ia masih tanah milik anda. Semua sudah ada, sudah tersedia nun disana... di syurga hanya menanti anda datang, dengan syarat anda hanya lakukan 2 perkara.
Pertama menjadi hamba Allah, kedua menjadi khalifah diatas muka bumi. Pergh.... senang beb! Ya senang saja. Baca Al-Quran satu juzuk sehari, solat 100 rakaat sehari, tegakkan hukum yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith, bersabar dengan celaan dan cercaan dan penghinaan manusia, jangan makan banyak, jangan banyak berhibur, jangan banyak main game, jangan banyak puaskan nafsu, jangan banyak ketawa, fikirkan hanya Allah, buat semua perkara hanya kerana Allah. Lakukan semua perkara sunat yang Rasulullah sarankan, tinggalkan segala yang makruh. Tinggikan syariat Allah.
Tak susah kan?
Semua dah ada di sana, menanti anda di sana.
Berapa orang yang boleh masuk syurga? Seramai mana yang mengucap syahadah. Orang yang terakhir masuk syurga ialah orang yang mengucap syahadah tapi hidupnya dipenuhi dengan melakukan maksiat dan mengikut nafsu selama di dunia selepas disiksa sekian lama di neraka Allah.
Boleh ke Allah sediakan syurga seramai bilangan manusia sejak bumi diciptakan? Segalanya tidak mustahil bagi Allah. Besarnya syurga! Ya! Amat besar. Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda "Di dalam syurga itu ada 100 tingkat/darjat. Jarak antara 2 tingkat ialah seperti 500 tahun perjalanan".
Besarnya syurga! Ya! Amat besar. Besarnya kerajaan Allah, luasnya jajahan takluk Allah. Ada tak menyamai jajahan takluk mana-mana kuasa besar di dunia ini?
Wahai anak-anakku, Zahidah Hamdi, Ahmad Danial Hamdi dan Haikal Hamdi, ummi ingin berpesan padamu, jangan kau kejar dunia, kerana dunia ini sementara. Mungkin kita akan dapat emas seketul hari ini, tapi adakah Allah redha dengan cara hidup kita ketika itu? Kejarlah Allah, InyaAllah, Allah akan kurniakan dunia jika Dia mahu. Jika Dia tidak berikan habuan dunia, jangan bersedih, kerana janji Allah adalah benar. Betulkan niat hidup, jangan hanya ingin berlumba nak menunjuk-nunjuk siapa yang paling hidup mewah, siapa yang paling banyak harta, siapa yang paling berjaya dalam hidup. Tapi, berlumbalah melakukan amal, berlumbalah melakukan ibadat. Berlumbalah melakukan kerja-kerja Allah. Jangan sekali-kali berangan-angan untuk dipuji atau diberi ganjaran kerana pekerjaan Allah yang dilakukan itu. Janganlah bersedih jika dihina, bersabar anakku. Jangan bersedih jika tidak dihargai. Kesabaranmu, usahamu, ibadahmu dan ketekunanmu Allah yang balas, bukan manusia.
Hiduplah dengan redha Allah, biar Allah ganjarkan di sana. Jadi Hamba Allah ya!
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan