Tengahari tadi kami adakan jamuan raya di pejabat D1-11 ILSAS. Saya ditugaskan untuk buat rendang ayam. Sebelum balik kerja tanya Aniza macamana nak buat rendang ayam, maka diajarnya. Ramai yang makan tadi puji kata sedap, rasa macam masakan nenek. Hu hu hu.... nenek pun neneklah.
Berikut adalah resipi rendang ayam nenek tu
2 ekor ayam dipotong kecil
1.5 litre santan
1 senduk kerisik
1 mug cili boh
pes dari 2 sudu besar asam jawa
sedikit air
minyak untuk menumis
1 sudu besar ketumbar dikisar
1 sudu teh jintan manis dikisar
1 keping gula kerek
5 helai dau limau purut disiat
5 helai daun kunyit dihiris nipis
untuk dikisar:
3 labu bawang besar
2 inci halia
7 hiris lengkuas
10 batang serai
Cara
1. Tumis bahan kisar dengan cili boh hingga pecah minyak
2. Masukkan air asam jawa
3. masukkan ayam
4. masukkan santan
5. masukkan air jangan sampai tenggelam ayamnya (sikit lagi nak tenggelam)
6. kosek sekali-sekala jangan sampai hangus dasar periuk/kuali
7. Masukkan ketumbar, jintan dan gula kerek
8. bila hampir kering, masukkan garam dan daun limau purut, kacau
9. masukkan daun kunyit dan kacau
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
1 ulasan:
Je suis étudiant en journalisme à l'Université du Minnesota, et je suis à la recherche d'un bon site pour commencer à bloguer sur. Je suis surtout la recherche d'un site de blogs de sport bien, mais un site de musique serait aussi de l'intérêt. J'ai entendu parler Rapport de blanchisseur, c'est que l'un des principaux sites?.
Catat Ulasan