Jam 12 malam sudah ada jemaah Malaysia yang meninggalkan Muzdalifah. Saya tak nampakpun sebarnag perbezaan jumlah jemaah berkurangan. Jam 1 saya masih melihat sekitar Muzdalifah. Dalam hati kalau macam ni agaknya subuh baru kami boleh bergerak. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur. Jam 3 1/2 pagi saya terjaga. Payah juga nak tidur berbumbung langit ni dalam keadaan orang sekeliling masih berbual atau berzikir.
Bila kami sampai tadi semua jemaah dibekalkan dengan air kotak(air mangga atau air oren), roti, biskut dan air zam-zam. Kami dah pun makan malam di Arafah, tapi kalau dah rezeki, jangan ditolak. apa yang saya perhatikan, ramai yang ambil ration berkenaan, tapi tak dimakan, sayang betul. Saya simpan biskut dan air dalam beg, manalah tau kot-kot teringin pula.
Terasa nak ke toilet. Alhamdulillah tak ramai sangat orang. Waktu Subuh akan masuk jam 5:15 pagi. Kalau ada rezeki sempatlah saya dapat sunnah Rasulullah iaitu bersolat Subuh di Muzdalifah. Jam 4 pagi saya beratur di toilet dan Alhamdulillah hanya 4 orang di depan saya. Cuaca agak menyegarkan. Badan tak pula melekit. Selepas berwudhu terjumpa Ustazah Yaminah. Saya cadangkan agar kami siapkan tempat untuk solat Subuh. Alhamdulillah cadangan diterima, tapi beliau perlu berhemah untuk memaklumkan kepada Ustaz Tabung Haji.
4:30 pagi kami mula menyiapkan tempat untuk solat dan beberapa orang mengambil kesempatan untuk solat sunat.
Alhamdulillah saya dapat solat Subuh secara berjemaah di Muzdalifah. Ustazah Yaminah amat gembira. selama beberapa tahun mengikuti rombongan haji, inilah pertama kali beliau berpeluang solat subuh di Muzdalifah. Kita yang pertama kali mengerjakan haji dan berpeluang pula solat Subuh di sini taklah merasa apa-apa sangat. Cuma rasa dapat seronok sebab dapat ikut sunnah Rasulullah. Nak jalan kaki ke Muzdalifah tak larat, tidak pun tak pasal-pasal kena marah dengan Tabung Haji. Dapat yang ni satupun Alhamdulillah. Tapi bagi seorang ustazah yang tahu hukum-hakam, yang berada di sini setiap tahun, mereka amat terkesan dengan peluang ini.
Selesai solat kami menunggu bas untuk ke Mina. Tak ada apa yang nak dikejarkan sangatpun. Kalau dapat tilam masa ni Alhamdulillah. he he he. Hari dah semakin cerah, tapi kami masih di sini, orang dah semakin berkurangan. Bas adalah di sebelah kanan kami, tapi masih rileks di sebelah kiri bukit. Nak berjalan bawa barang jauh juga tu, macam dari Menara TM ke Menara TNB.
Tiba2 ketua rombongan mengarahkan kami turun bukit di sebelah kiri iaitu dari arah kami naik tadi. Alhamdulillah. Taklah jauh sangat kena berjalan. Bila dah lama menunggu ada yang menunjukkan terer dengan memotong barisan. Ustaz dah pesan supaya kita cuba dapatkan haji mabrur. Perbuatan memotong barisan ini antara perbuatan yang menyebabkan kurangnya kemabruran haji kita. Hilang sabar dengan mereka yang memotong barisan juga menyebabkan kurang mabrur haji kita. Jadi, sabarlah! Allah bersama orang yang sabar.
Sekali lagi saya kena heret 3 barang, beg saya, beg makanan saya dan mak serta air yang mak kata dia nak bawa, tapi terpaksalah saya bawa. Dengan kepenatan dengan kudrat yang sedikit, manalah mak larat nak bawa semua tu. Sekali terfikir juga, orang dah kata jangan bawa air nak bawa juga. Tapi terfikir balik, apa kata kalau memang betul terputus air kat Muzdalifah, apa kata kalau bas yang kami naiki tersesat, apa kata kalau, kalau kalau.... air yang mak bawa ni memang amat berguna masa kecemasan. Allah uji kita dengan tak ada kecemasan. MasyaAllah panjang sebenarnya akal mak. Tak apalh penat sikit. Masa kita kecik dulu mak kendong kita sambil masak. Saya dah merasa kendong anak sambil masak, letih wooo! Lengoh lengan. For you mum! I will do everything. Tapi kenapa kadang-kadang rasa kesabaran tergugat dengan ujian dari mak. Itulah namanya bumi dugaan! Dugaan terbesar ialah dugaan di musim haji. Agaknya berapalah markah saya.
Berjaya melakukan semua rukun dan wajib haji satu hal, tahap haji satu hal lain pula, samada kita mendapat haji mabrur, makbul, maksus atau mardud. Mendapat haji mabrur menyebabkan selama 4 bulan semua doa kita termakbul.
Alhamdulillah jam 8 pagi kami dah sampai di Mina.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan