28 April 2009

Tengah malam 10 Zulhijjah

Pada tengah malam ini dah banyak perkara yang boleh dilakukan oleh jemaah haji.

Pertamanya masih ada waktu wuquf di Arafah iaitu sehingga masuk waktu Subuh nanti. Wuquf adalah rukun haji. tanpa wuquf Haji kita tak sah. Kalau ikutkan fakta dari laman web ini, Rasulullah berangkat dari Arafah ke Muzdalifah selepas Isyak. Perjalanannya adalah secara perlahan iaitu berjalan kaki.

Keduanya sudah masuk waktu bermabit di Muzdalifah yang mana para jemaah dikehendaki berada di Muzdalifah hingga masuk waktu Subuh. Mabit di Muzdalifah walau sekejap adalah perkara Wajib Haji. Meninggalkannya dikenakan dam. Walau bagaimanapun hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk tidak bermabit di Muzdalifah. Orang yang letih, malas dan tak sanggup bersusah-payah di Muzdalifah tetap diwajibkan bermabit. Kalau ikut sirah, Rasulullah solat Subuh di Muzdalifah.

Ketiganya ialah melontar di Jamratul Aqabah iaitu melontar 10 Zulhijjah(Wajib Haji). Ingat! Aqabah sahaja! Jangan pula melontar di Jamratul Wula atau Wusta! Tapi jangan bimbang, polis Arab Saudi berkawal di sana dan mereka akan menegur kalau ada jamaah yang melontar. Tapi memang boleh cam sebab orang hanya melintas sahaja dan tiada siapa pun yang melontar. Tak boleh melontar ke? Boleh! Apa salahnya? Melontarlah, tapi tak dapat apa-apa pahala malah terima senyuman dari jemaah lain! Melontar 10 Zulhijjah ni boleh juga dilakukan pada hari-hari berikutnya jika tak sempat dilakukan pada 10 Zulhijjah. Hari terakhir melakukannya ialah sebelum Maghrib 13 Zulhijjah. Kalau belum melontar 10 Zulhijjah, lontaran di 3 jumrah untuk 11 Zulhijjah tidak sah.

Keempatnya, bila dah melontar 10 Zulhijjah, jemaah bolehlah bergunting(Rukun Haji), maka lengkaplah tahallul awal bagi jemaah berkenaan.

Kelimanya, jemaah haji boleh terus ke Mekah untuk melakukan tawaf haji(Rukun Haji).

Keenamnya selepas tengahmalam 10 Zulhijjah ini juga, jemaah sudah boleh bersai'e(Rukun Haji).

Kalau dah buat semua keenam-enamnya maka lengkaplah tahallul thani bagi jemaah berkenaan. Tapi awas, baru siap tahallul, belum siap nafar. Balum dapat gelaran haji!

Saya dan suami bercadang untuk melontar Jamratul Aqabah, bergunting dan tawaf selepas zohor nanti. Kalau sempat saya nak bersai'e, kalau tak sempat nak kejar tawaf dulu sebab saya bimbang kawan rapat akan datang bila2 masa sahaja.

Satu aktiviti yang tak dapat dipisahkan dari Muzdalifah ialah mengutip 7 anak batu.

Tiada ulasan: