Tibalah waktu yang membezakan antara umrah dan haji. Bagi orang yang tidak berwuquf di Padang Arafah, tiadalah haji bagi mereka.
Bagi yang tidak dapat melontar, mereka boleh membayar dam. Bagi yang tidak dapat bermabit kerana sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak, mereka boleh membayar dam, tapi jika tidak wuquf di Arafah, atas apa alasan sekalipun, samada sakit atau takut kepada pemiutang atau takut ditunggu oleh musuh yang hendak membunuhnya, maka tidaklah dia dapat haji.
Rukun inilah yang dinantikan oleh semua jamaah pada 8 Zulhijjah itu. Sabar? Tak sabar? Entahlah. Yang penting saya menanti saat itu. Sudah diingatkan kepada semua jamaah agar tidur secukupnya agar kita dapat berdoa sepuas-puasnya pada waktu wuquf.
Walaupun wuquf adalah bertempat di Padang Arafah, saya menghantar sms kepada beberapa orang rakan dan saudara agar menyertai kami berdoa pada waktu wuquf. Saya nyatakan waktu wuquf di Arab Saudi dan terjemahan waktunya di tanahair agar mereka juga dapat berdoa. Pastilah lain tarafnya berdoa di Arafah dan berdoa di tempat-tempat lain pada waktu itu, tapi saya ingin berkongsi perasaan yang saya alami waktu itu dengan teman-teman dan saudara-mara. Perasaan saya pada waktu ini? Saya masih mengingati saat sesyahdu itu. Saat doa diangkat tanpa hijab. And I were there!
Kami telah diingatkan bahawa kumpulan kami akan bangun untuk bertahajjud pada jam 4 pagi. Kami akan bertahajjud hingga subuh. Selepas sarapan pagi dalam jam 10 pagi kami akan dipaksa tidur agar kami dapat cukup rehat dan boleh berjaga sepanjang waktu wuquf.
Waktu wuquf adalah selepas masuknya waktu zohor 9 Zulhijjah hingga sebelum masuk Subuh 10 Zulhijjah. Waktu yang paling afdhal ialah sebelum Maghrib. Tapi kami akan meninggalkan Arafah sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Sebaik sahaja meninggalkan Arafah, tiada lagi wuquf, sebab wuquf hanya berlaku di Padang Arafah. Maka kami diminta pulun berdoa antara waktu zohor sehingga Maghrib.
Di Padang Arafah juga jemaah diminta melakukan solat Jamak Tamam iaitu menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor tanpa menqasarkan kedua-duanya, maknanya, walaupun kita solat jamak, tapi kita kena lakukan 4 rakaat juga, bukan dua rakaat seperti lazimnya sebab penginapan kita ialah di Mekah, jarak antara Mekah dan Arafah tak sampai 2 marhalah. Kita boleh jamak kerana kita dalam menunaikan ibadah dan bersusah-payah, tapi tak boleh melakukan qasar sebab kita bukan bermusafir.
Di Padang Arafah juga kami diingatkan agar melihat ke langit sebab keajaiban pasti berlaku.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan