Selesai makan tengahari, saya mencari port di tempat yang agak teduh tapi tidak terhijab dengan langit. Saya bentang tikar yang dihadiahkan oleh Telekom semasa di Kelana Jaya. Mak tak nak keluar sebab dia masih belum sihat. Tak apalah, nanti sakit kepala pulak susah juga. Saya duduk berdekatan dengan 2 orang Ustazah dari Johor di sebelah khemah kami.
Pukul 5 dah terasa penat sikit. Saya keluar dari tempat persembunyian dan berjumpa dengan suami yang dah pun keluar. Kami menikmati suasana Arafah, melihat kegembiraan jemaah lain menikmati udara Arafah di hari wuquf. Inilah baru nak bersiar-siar di Arafah ini sebelum kami bertolak ke Mudzdalifah malam nanti. Macamanalah agaknya suasana di Arafah ini lebih kurang 1365 tahun yang lalu semasa Rasulullah melakukan Haji Wida'?
Dalam khemah kami ada pokok dan ada daunnya. Ramai yang bimbang takut tercabut pulak daun di Arafah ni, nanti kena dam. Ustazah beritahu bahawa Arafah ialah tanah halal, maka kalau kita mencabut pokok di tanah halal, tidak dikenakan dam. Begitu juga kalau kita terbawa balik debu dari Arafah, tidak dikenakan dam. Tikar yang saya gunakan di Arafah masih melekat debunya kot sebab saya masih simpan dan belum pernah buka sejak balik dari Arafah. Siapa nak? Lelong! Lelong! RM17,490.00. Ha ha ha! Harga pakej yang saya ikuti.
Waktu maghrib masuk awal iaitu lebih kurang jam 5:30 petang. Kami siapkan barang-barang untuk bertolak ke Mudzdalifah dan meninggalkan bumi Arafah.
Kumpulan yang pertama bertolak sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib. Tak apalah, mereka boleh solat Jamak Taakhir di Mudzdalifah. Dari Mudzdalifah nanti kenderaan pertama nak bertolak ke Mina akan berlepas pada jam 12 tengah malam, jadi masa nak solat tu memang panjang. Pasal makanan, pihak THTS pasti sediakan.
Selepas solat Maghrib, kami mula menikmati makan malam. Lepas makan Kak Salmah bagitau Makcik Ani hilang. Mak risau sangat dengan kehilangan makcik Ani. Mak suka berkawan dengan Makcik ani, sebab Makcik Ani agak kelakar. Saya bantu cari dari khemah ke khemah dan temankan Kak Salmah jumpa pegawai THTS. Dari jemaah lain kami dapat tahu makcik Ani telah dibawa ke tempat Muasasah oleh tukang masak THTS. Ni mesti kes dia tak tahu bahawa dia ikut pakej. Kesian Kak Salmah tak lalu makan mengenangkan maknya.
Kami menanti bas untuk ke Mudzdalifah di kawasan yang disediakan mengikut pakej dan hotel.
Perjalanan ke Mudzdalifah hanya memakan masa 2 jam. Walaupun hanya 9km, tapi dengan bilangan jemaah yang ramai dari seluruh dunia, tempat yang dekatpun pastilah memakan masa yang lama.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan