Sampai di Mudzdalifah, kami diarahkan untuk naik bukit sikit. Alah, tak tinggi manapun, 5 kaki je. Sampai diatas, keadaan agak rata. Kami diarahkan duduk atas tikar yang disediakan sementara tunggu masuk waktu bermabit iaitu lebih kurang jam 11:45 malam. Sebaik sahaja masuk waktu untuk bermabit, rombongan pertama akan mula bertolak ke Mina pula. Dari Mina kami diminta menunggu. Kami tidak dibenarkan melontar kerana waktu melontar untuk jemaah Malaysia ialah malam esoknya.
Walau bagaimana bagi yang rasa dia berkemungkinan akan period dalamasa terdekat bolehlah pergi melontar dan tawaf haji pada malam ini juga. Tapi kena pergi sendiri! Pihak pakej tidak akan menemani peserta yang nak pergi diluar waktu melontar yang ditetapkan. Bagi yang nak pergi sendiri juga dinasihatkan tidak memakai apa-apa pakaian atau membawa barangan yang menunjukkan bahawa mereka adalah jemaah Malaysia, bagi mengelakkan kerajaan Malaysia dikenakan denda oleh Kerajaan Arab Saudi seperti dikurangkan kuota haji dan sebagainya.
Oleh kerana terpesona dengan suasana yang ramai orang, saya snap beberapa gambar. Antaranya gambar yang menyebabkan suami saya jadi famous kerana e-mail yang mengandungi gambarnya disebarkan kepada ramai orang yang memahami Bahasa Malaysia sepeti yang saya siarkan dalam artikel bertajuk Orbs Bukan Perkara Ajaib. Sila baca artikel berkenaan untuk penjelasan lanjut.
Boring juga duduk-duduk saja, saya tinjau ke segenap tempat yang menempatkan jemaah pakej. Di Mudzdalifah semua jemaah pakej tak kira dari Tabung Haji dan pakej-pakej swasta akan berkumpul di satu tempat. Luas juga kawasannya. Saya tak pasti berapa ramai, tapi jemaah THTS sahaja dalam 2200 orang. Sebahagian dari jemaah THTS dikumpulkan di Maktab 86. Saya lihat di Mina jemaah pakej adalah dari maktab 82 hingga maktab 85. Jemaah THTS yang ditempatkan di Maktab 85 ialah pakej yang mahal sikit.
Satu keajaiban yang saya perasan sejak saya sampai di Mudzdalifah ialah bulannya pelik sikit. Saya cuba renung bulan, tapi saya tak pasti. Takkanlah ada tulisan pula di bulan ni. Saya nampak ada 3 jaluran macam ada tulisan yang merentangi bulan, tapi terletak dibelakang bulan. Takke pelik tu? Bulan tu sendiri, corak didalamnya agak ganjil, bukan macam corak yang kita biasa tengok di Malaysia. Selepas pulang dari Masya'er baru kawan2 tanya, "Nampak tak tulisan kat bulan masa di Mudzdalifah? Macam slide show kan?" Haaa.... betul tu! Saya ingatkan saya sorang je yang perasan, rupa-rupanya ramai lagi! MasyaAllah! Subhanallah! Dan nikmat Tuhan kamu yang manakah lagi yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)
Bila bermula waktu mabit, maka bas pertama bertolak ke Mina. Cukuplah bermabit hanya sekejap di Mudzdalifah. duduk seminitpun dah dikira bermabit di Mudzdalifah. Rombongan pertama yang bertolak ialah rombongan yang mula-mula sampai di Mudzdalifah tadi. Kami yang sampai lewat ni, kami buat tak tahu ajelah. Tak nampakpun orang surut, jadi kami tidor ajelah. Good nite!
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan