Masa kami pergi suhu di Madinah agak sejuk, sebab Madinah agak ke utara berbanding Mekah. Agaknya bagi yang tiba di Mekah dulu dan ziarah Madinah kemudian, lagilah sejuk ya!
Cuaca di Mekah tahun lepas panas, dan dijangka tahun ni lebih panas, sebab 10 Zulhijjah lebih awal dari tahun lepas.
Satu hari selepas zohor, saya heret mak saya pergi ke kawasan Masjid Kucing. Nak ke Masjid Kucing ni kita kena ikut pintu Marwah. Habis je saie, bergunting, terus kita keluar ikut pintu tu.
Antara tempat bersejarah di kawasan Masjid Kucing ialah rumah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Kalau ada pengendali haji yang nak bawa ke situ, ikutlah. Boleh tengok kawasan di mana Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan. Kawasan je, bukan rumahnya.
Tempat yang paling menarik di kawasan ini pastilah kawasan shoppingnya. Wah! Macam2 ada! Tapi tak tahulah akan datang ada ke tidak lagi. Dengar2 kata nak kena demolish, buat bangunan baru.
Selepas berjalan di Masjid Kucing, saya heret mak balik berjalan kaki ke hotel kami melalui terowong menuju ke Hotel Elaf Quds. Cuaca terasa sangat panas. Rupa-rupanya lebih dari 40 darjah celcius.
Sampai kat hotel lepas makan baru terasa sakit kepala. Mak terus demam. Alahai, kesiannya. Lain kali jangan bawa orang tua berjalan tengahari jauh2. Kalau lepas Asar OK le kot. Mak demam sampai hari nak bertolak ke Jeddah. KEsiannya.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
3 hari yang lalu
1 ulasan:
ini ada sedikit panduan berkenaan suhu di mekah
Dlm kitab suci diterangkan dgn jelas bahawa org quraisy akan berpergian dengan mengikut kafilah membawa barangan dagangan dua trip dalam setahun
1. satu trip bila hampir musim dingin, perjalanan ke Yaman arah ke tenggara
2. satu trip lagi bila hampir musim panas, perjalanan ke Syam arah ke baratlaut
mengapa orang quraisy bermusafir dua kali setiap tahun?
-di bumi mekah kalau ada pun pohon kurma dan air zamzam yg boleh dimakan(zaman dulu, bukan harini)
-cuaca pula, oleh kerana kedudukan mekah ke utara dari khatulistiwa, maka mengikut peredaran matahari, mekah akan mendapat dua kali matahari di atas kepala semasa peredaran matahari ke utara dan semasa peredaran matahari dari utara ke khatulistiwa, inilah nusim panas di bumi mekah, zaman dulu org quraisy berdagang ke syam kerana di syam cuaca agak nyaman
apabila matahari beredar ke hemisphere selatan bermula musim dingin yang agak lebih panjang dari musim panas di mekah, maka org quraish akan berdagang ke yaman kerana di yaman keadaannya agak nyaman.
apapun tafsir surat Quraisy harus dibaca secara bersama dengan ayat 25 surat al-Kahf bagi mendapatkan ketepatan selisih pergerakan matahari dan bulan dalam memahami bila musim panas dan musin sejok di mekah yakni tarikh solstis dan equinok seperti disebut dalam kitab suci al-Quran
Allahu'aklam
Catat Ulasan