22 Oktober 2009

Selamat Jalan Roha


Pagi tadi kawan saya Roha sms mengatakan penerbangan beliau delay, dari 7:30 pagi tunda ke 1 tengahari. Jadi sempatlah saya jumpa Roha di Palace of Golden Horses.

Roha adalah Setiausaha Kehormat Wanita JIM Kebangsaan.

Pagi tadi saya malas drive, sebab peha ni dah rasa cam sakit sikit. Jadi Azi drive Livinanya sebab dia tak berani nak bawa kereta manual. Saya janji ngan Roha kol 10 pagi, tapi kol 10 baru nak bergerak. Pinjam kereta Rafidah dan saya terus pecut ke PoGH.

15 minit dah sampai sana dari Bangsar, call Roha dan Roha dah sedia menanti di lobi bersama rakan2 jemaahnya. Malu juga sebab semua mata bakal haji memandang kita.

Alhamdulillah sempat peluk-cium bakal hajjah. Wangi je bau orang yang nak bertandang ke rumah Allah. Manis je orang yang menyahut panggilan Allah ke rumahNya.

Tak sampai 15 minit, bas Roha iaitu bas no 9 sampai untuk membawa mereka ke KLIA.

Kol 12:50 tadi saya call Roha baru sampai di KLIA dan dah dengar panggilan untuk masuk ke perut kapal. Semoga Allah mudahkan segala urusan Roha dan tiba di Madinah dengan selamat dan tepat pada waktunya.

2 ulasan:

Mama Tanjong berkata...

saya tumpang gembira bila tengok atau dengar orang nak ke Mekah.Pengalaman saya ke Mekah 2008 KT19 tetap menjadi kenangan sangat manis dan luar biasa.Nanti kita akan bincang berkenaan dengan gambar bulat-bulat pada gambar-gambar yang puan ambil di Mekah dan ketika wukuf...salam

wani berkata...

OK Mama