Kalau tak silap kami tiba di Mina dah jam 8 lebih. Kalau di Arafah satu maktab tu macam satu perkampungan yang terdiri dari beberapa buah khemah sebiji-sebiji, di Mina pula macam rumah panjang. Khemahnya memanjang dari depan ke belakang. Khemah A di depan sekali, khemah kami Q agak ke belakang. Belakang sekali jemaah muasasah. Lebarnya satu2 maktab di Mina ialah 2 buah khemah di kiri dan kanan dan satu lorong pejalan kaki di tengah2. Maknanya satu maktab tu memanjang berbanding dgn Arafah macam satu perkampungan. Khemah di Mina bersambung-sambung.
Sebenarnya khemah muasasah di Maktab lain, tapi mana yang bernasib baik, dapat tinggal dalam kumpulan pakej. Manakala jemaah pakej juga ada yang kena tinggal dalam kumpulan muasasah. Tapi bukan jauh sangat pun, sepupu saya yang ikut muasasah, lorongnya cuma belakang lorong kami.
Dalam kumpulan pakej, khemah kami berada di depan sekali iaitu maktab 86 diikuti maktab 85, 84 dan seterusnya. Sepupu saya maktab 76. Beza pakej dan muasasah ialah, jemaah pakej tidur atas tilam, dibekalkan bantal dan selimut. Sebesar mana tilam, sebesar tulah kawasan kita. Tapi tilam cuma dibuka masa nak tidur je. Bagi yang tilamnya terletak di depan kenalah sentiasa lipat tilam bagi memudahkan jemaah lain keluar masuk. Bagi jemaah muasasah mereka tidak dibekalkan tilam dan bantal. Saya tak pasti samada mereka dibekalkan selimut atau tidak. Sepupu saya cerita ada jemaah yang kurang bertimbang rasa, booking kawasan dia besar, orang lain kena tidur berhimpit. tak apalah, itulah dugaan kerja haji.
Oh ya! jangan bimbang ya bagi yang ikut jemaah pakej. Walaupun anda kena ditempatkan ikut khemah muasasah, anda tetap dapat tilam, bantal dan selimut.
Sepanjang jalan ke khemah kami iaitu khemah Q terdapat 4 tempat hidangan makanan secara buffet.
Bila dah kenal-pasti tilam kami dan letakkan semua barang, saya tanya suami bila nak pergi melontar. Sebenarnya jadual melontar untuk jemaah Malaysia ialah malam ni dan tawaf selepas 13 Zulhijjah, tapi saya bimbang takut2 naik bendera Jepun, jadi berazam nak tawaf hari ni juga. Mak nak ikut sebab dia bimbang takut2 kami kena dam sebab balik berdua(ehem-ehem). Tapi saya yakinkan mak, takkan terjadi apa-apa. Saya cuba takutkan mak bahawa perjalanan ni jauh, 7 km, balik pun 7km tak de kereta, takut dia tak larat, nanti tak sempat sampai sebelum tengahmalam ke Mina. He he dia termakan gak. Suami kata nak bertolak selepas zohor. Dia nak tidur dulu. Maka sayapun carilah makan iaitu nasi lemak lauk ayam.
Buah-buah di Mina yummy sedapnya. Tak pernah kumakan buah oren sesedap tu. Buah epal yang besar dan rangup, pergh!
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
5 bulan yang lalu
2 ulasan:
kak wani,
yang jemaah ikut LTH, dpt tilam bantal jugak ker?
Yang ikut Lembaga Tabung Haji tu dikira muasasah. Yang ikut muasasah tak dapat tilam dan bantal, mereka tidur beralaskan carpet je. Kak Wani ikut Pakej Tabung Haji Travel & Tours Services. Yang ni dapat tilam, bantal dan selimut
Catat Ulasan