Selesai bertahallul kami terus ikut crowd menuju ke Mekah. Sepanjang jalan tu memang ramai orang. Intai-intai juga kot-kot ada teksi. Sah memang tak ada. So kami jalan ajelah. Seronok juga jalan kaki beramai-ramai, walaupun 7 kilometer! Sepanjang jalan, bekalan air memang mewah. Kami jumpa 3 lori yang memberikan air zam-zam botol secara percuma kepada jemaah haji. Sepanjang jalan tu banyak juga water cooler. Jadi memang tak risau kedahagaan sepanjang jalan.
Ditepi-tepi jalan ramai juga yang mengambil kesempatan menjual barangan, tapi tak lah sebanyak seperti di Mina.
Perkara yang paling mencacatkan pemandangan ialah sampah. Sampah plastik dan sampah botol air yang mereka minum. Sepanjang jalan kita akan nampak pekerja sedang menyapu, tapi sepanjang jalan tu juga kita akan nampak sampah bertaburan hingga menutupi setiap ruang jalan. Kita masih boleh berjalan, tapi plastik tu merata-rata.
Selepas melintasi Aziziah, kami melintasi satu terowong khas untuk pejalan kaki ke Masjidil Haram. Selepas terowong tersebut kami sudah sampai ke terminal bas Mekah. Bila sampai di sana kami terus melencong ke kiri untuk menuju ke Ajyad, kawasan hotel kami. Dari situ kami melintasi jalan menuju ke Hotel Elaf Quds yang terletak tak jauh dari Hotel Barakah, tempat penginapan kami.
Kami rehat sekejap di Hotel, mandi dan solat. Saya caj bateri handphone dan tinggalkan kat hotel. Lepas asar kami turun untuk tawaf haji. Masa nak masuk ikut pintu King Abdul Aziz atau pintu 1 seperti biasa, polis menghalang. Ada dalam 20 orang polis kot dok berdiri rapat2 kait tangan. MEmang sah tak bagi masuk. Kami cuba pula pergi ke pintu King Fahd. Dalam perjalanan tu nampak ad satu pintu kecil terbuka dan tak ada polis berkawal, terus kami masuk. Nampak macam tak ramai orang, tapi bila nak ke Kaabah, tu dia! punyalah ramai orang dok tawaf!
Kami cuba masuk ke dataran kaabah untuk tawaf, tapi dihalang oleh polis. Jadi, kami tawaf dari dalam masjid di tingkat bawah. Bila nampak ada ruang kosong, dengan perlahan2 jaga bahu kiri supaya tak lari dari arah kiblat, kami masuk ke dataran kaabah. Punya ramai manusia. Saya berjalan belakang suami sambil pegang tali pinggang ihram dia supaya tak terlepas.
Alhamdulillah selesai tawaf haji. Letih. Bukan letih tawaf tapi letih kena himpit.
Selesai tawaf haji kedenganran azan Maghrib. Alhamdulillah, dapatlah saya solat Maghrib di dataran kaabah sekali lagi. Kali pertama selepas selesai tawaf umrah dengan mak.
Selepas solat jenazah, saya terpisah dengan suami. Kami saling cari mencari. Dah lama tunggu barulah saya rasa terlalu letih. Mungkin baru terasa letih berjalan dan yang kedua letih kena himpit. Saya cari selipar di tempat letak selipar, tak jumpa. Saya tunggu lagi suami di tempat letak selipar, tapi tak ada. Nak call h/phone kat hotel. Akhirnya saya balik ke hotel. Masa berjalan tu rasa sedih sangat sebab hilang selipar, hilang suami. Selipar saya yang warna biru merah tu la yang ada dalam gambar kat album picasa saya.
Bila masuk Isyak, saya tak larat nak pergi Masjid, solat Isyak di hotel ajelah. Bila saya call suami dia kata dia dah selesai saie. Dia kata selepsa berpisah tu dia pergi dekat selipar, tapi selipar saya tak ada. Selepas saie dia pergi sekali lagi kat tempat selipar, selipar saya dah ada balik. Lepas dia solat Isyak selipar saya hilang balik. Macam Choc Fudge! Alhamdulillah suami dah tahallul thani. Saya yang belum tahallul thani.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
2 ulasan:
kak wani, polis tu berjaga utk apa?
akhirnya selipar tu dpt balik ker?
Selipar kalau dah hilang kat Mekah @ Madinah, wassalamu bil khairi ajmain - he he ucapan lepas mengaji masa kecik2 dulu.
Alamat selamatlah selipar tu.
Polis tu berkawal sebab tak bagi masuk Masjidil Haram kot, sebab orang terlampau ramai.
Catat Ulasan