17 Jun 2009

Perginya sebutir permata

Petang semalam dalam lebih kurang jam 7:00 malam saya menerima panggilan dari Kak Sarkamah memaklumkan bahawa suaminya Abang Nazri telah meninggal dunia di Hospital Seremban jam 6:15 petang. Saya segera sms kepada rakan2 lain.

Saya dan suami terkedu mendengar perkhabaran tersebut. Anak-anak bertanya siapa yang meninggal? Saya ceritakan bahawa rumah mereka menjadi persinggahan saya semasa bujang dahulu. Hinggakan Kak Mah kata saya anak sulungnya. Rumah mereka juga kerap menjadi persinggahan suami saya semasa masih bujang. Tapi kami tak diperkenalkan oleh mereka berdua, tapi oleh orang lain. Tapi di rumah merekalah kami berta'aruf selepas diperkenalkan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Dr Fatah.

Baru2 ini Abang Nazri menerima anugerah Jasamu Dikenang dari PAS kawasan dan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Nizar baru2 ini, Kak Sarkamah pula menerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Abang Nazri adalah pencinta PAS tulen. Kalau ada rakan-rakan yang guna kereta warna biru, InsyaAllah Abang Nazri tak akan naik kereta tu. Masa dia sihat dulu, jam 12 malam Abang Nazri akan keluar rumah meronda kawasan perumahan beliau. Jika beliau terjumpa pasangan muda-muda yang sedang bercanda, beliau akan tegur dan suruh pemudinya pulang ke rumah.

Kebelakangan ini kesihatan Abang Nazri memang merosot, maklumlah dah berusia. Dalam congakan saya, usia Abang Nazri mungkin 70an. Selepas balik dari menunaikan haji, kami mengunjungi Abang Nazri. Suami saya ada belikan jubah untuk Abang Nazri. Satu2nya kawan yang suami belikan jubah, jubah lain semua untuk saudara-mara. suami duduk di sebelah Abang Nazri, tapi Abang Nazri dah tak nampak, kabur sangat2. Dalam pada kesihatan yang tak seberapa itu, Abang Nazri masih menunjukkan kecintaannya pada Islam. Kak Nora beritahu beliau sering nampak abang Nazri membonceng motosikal Hj Habizal sambil memegang bendera PAS. Bukan musim pilihanraya, tak ada pilihanraya walaupun PRK, tapi Abang Nazri tetap kibarkan bendera PAS. Sayangnya Abang Nazri pada PAS. Betapa Abang Nazri yakin bahawa janji Allah itu benar.

Kini tiada lagi.... pergilah abang kami bertemu Tuhanmu. Tuhanmu lebih menyayangimu. Dia yang memilikimu. Pulanglah menuntut janjiNya padamu. Pasti kau akan lebih bahagia di sana.

Ya Allah! Ampunkan segala dosanya, terimalah taubatnya, lapangkanlah kuburnya, hindarkanlah dia dari siksaan kubur dan siksaan api neraka. Kurniakanlah dia jannahMu.

Anak Abang Nazri 4 orang. Anas Nazsarman, Anas Nazsarmas, Anis Sarnazni, Anis Sarnazmi yang bertugas di Harakah. Semuga Kak Sarkamah dan anak-anak sabar serta redha menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Takziah buat keluarga yang kehilangan walaupun daku tidak kenal.

susah juga nak sebut nama anak2 nyer.. tergeliat lidah..

k wani berkata...

tu le... ada satu ketika tu pasangan2 ni suka letak nama anak ikut cantuman nama mak bapak. So kak sarkamah kata dia dan suami antara yg terpengaruh dengan idea tu.

So letak nama guna cantuman nama suami dan isteri. anak2 perempuan semua ada dengan Sar dan Naz, anak2 lelaki ada Naz dan Sar. Sarkamah dan Nazri! he he

Anis Sarnazni Ahmad Nazri berkata...

Salam Kak Wani,

Baru hari nie terbaca Blog akak. Saje-saje google nama sendiri...

Menitis airmata membaca kisah akak tentang Arwah Ayah... Memang PAS kehilangan sebutir permata...

Semoga segala usaha dan perjuangan Ayah untuk Islam mendapat ganjaran dari Allah swt di sana...

Al-Fatihah...

Anis Sarnazni Ahmad Nazri berkata...

Berulang kali baca cerita nie...

Your beautiful words about Ayah brought tears to my eyes...

Thanx a lot...

Agak-agaknya kalau saya meninggalkan dunia nie nanti...ada tak sesiapa yg nak tulis macam nie tentang saya...?

Kak Yong : I'm proud to carry that name. Memang susah nak sebut. Tapi dlm dunia nie ada sorang je nama mcm nie... ;)