Bila hari dah cerah dalam sekitar jam 7 barulah kami dapat bas untuk ke Mina. Masa menunggu tadi, kami pandang saja 3 buah bas berlepas. Suami tak suka berebut. Biarlah kita buat kerja haji ni dengan lemah-lembut dan sabar. Memang ramai yang bersikap begitu walaupun ada yang cuba potong barisan.
Alhamdulillah perjalanan kami lancar sahaja. Bila dah meninggalkan Muzdalifah ni dah tak ada lagi talbiah. Sebenarnya kalau tak silap saya talbiah dibacakan sehingga waktu wuquf sahaja. Bila mula wuquf kita sudah tidak bertalbiah lagi.
Perjalanan ke Mina tak lama, saya rasa tak sampai satu jam.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
5 bulan yang lalu
1 ulasan:
byk juga cabaran nak kerjakan haji ni yer kak wani.. tak bleh gopoh2 & rebut2... hmmm
Catat Ulasan