Mengingati balik apa yang telah saya lalui kebelakangan ini
8 zulhijjah (Sabtu) bertolak ke Arafah selepas Asar dan sampai hampir masuk Maghrib. Pada masa ini kami sudah berihram haji. solat Jamak Tamam di Arafah.
Masuk Maghrib maka masuklah 9 Zulhijjah tapi belum masuk waktu wuquf. Jam 4 pagi(Ahad) kami diminta bangun untuk tahajjud. Selepas sarapan pagi kami digalakkan tidur sebentar. Jam 10 pagi kami harus bangun untuk bersiap2 untuk wuquf.
Masuk waktu zuhur maka masuklah waktu wuquf, kami solat jamak tamam iaitu Zohor 4 rakaat dan Asar 4 rakaat. Selesai solat kami makan. Sewaktu menanti waktu makan kami terlihat tulisan di langit dari awan, sedangkan awan terlalu payah untuk terbentuk di sini. Waktu afdhal wuquf ialah 10 minit menjelang Maghrib hingga Maghrib.
Bila masuk maghrib maka tarikh berubah ke 10 zulhijjah, masih ada waktu wuquf dan kami mula bergerak ke Muzdalifah untuk mabit di Muzdalifah. di Muzdalifah ternampak tulisan kalimah, berbagai kalimah disebalik bulan dan di dalam bulan sendiri. MasyaAllah! Cantik!
Kami mabit di Muzdalifah hingga luput Subuh. Alhamdulillah dapat solat Subuh berjemaah di Muzdalifah seperti yang Nabi sendiri lakukan. Pagi tu (Isnin) kami bertolak ke Mina.
Tengahari 10 Zulhijjah (Isnin) selepas makan, kami bertolak ke Jamrah untuk melontar di Jamrah Aqabah, kemudian ke Mekah untuk tawaf. Hanya suami yang saie, saya belum saie. Rupa-rupanya hari ni di Malaysia orang sedang berhari-raya haji. Masa tu saya sedang tawaf pada bukan waktu untuk jemaah Malaysia tawaf. Walau bagaimanapun ramai jemaah Malaysia yang tawaf kerana mengejar masa.
Selepas Maghrib, masuklah 11 Zulhijjah, kami harus mabit di Mina, maka kami pulang ke Mina, sampai di Mina jam 10 malam dan sampai ke khemah jam 12 malam.
Pagi 11 Zulhijjah(selasa), mak ceritakan pada saya pengalaman dia melontar semalam. Dia riuh bercerita bahawa dia terjumpa sepupu saya tapi di tak tahu di khemah mana. Alhamdulillah saya dah bekalkan mak dengan satu uncang batu. Pagi tu tak ada apa-apa aktiviti sangat, hanya melepak, baca tafsir dan menjamu mata. Kalau nak mandi, masa ini lah sebab tak ramai orang di bilik mandi, tapi kami dinasihatkan jangan mandi banyak, takut tak cukup air. bilas badan ajelah.
Tapi air di sini laju. Kalau tandas di Arafah cuma ada satu paip iaitu paip bawah sahaja untuk tadah dlm cebok atau ketur, tapi di Mina ada paip dan ada shower.
Cuma ada satu bilik air wanita untuk satu maktab. Untuk maktab 86, ada 5 tandas di bahagian depan dan ada 10 tandas di bahagian belakang. Kalau waktu puncak, 10 orang akan beratur depan tandas. Kalau jam 9 pagi cuma 2 orang beratur depan tandas pada satu masa. Jemaah dinasihatkan untuk masuk ke tandas untuk urusan rasmi sahaja. Kalau nak gosok gigi atau berwudhuk, lakukanlah di luar tandas.
Kami difahamkan bahawa kami akan makan nasi bungkus seperti Muasasah, tapi itu tak terjadi, kami makan secara buffet, dengan air free flow, sentiasa ada air mineral dan air kotak dalam peti ais sepanjang masa. Buah dihidangkan masa makan sahaja. Buahnya sedap MasyaAllah!
Masa ni saya ambil kesempatan untuk ziarah kawan-kawan di khemah lain. Masa ni lah nak ziarah Kay iaitu isteri arwah Azman, Kak Hasnah dan Kamariah di Maktab 85. Saya cuba cari Wan Rosnani di Maktab 84 tapi tak jumpa di Mina.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan