29 Julai 2009

Kembali ke Mina

Jam 9 malam saya dan suami dah turun ke lobby untuk kembali ke Mina. Nak dapatkan kenderaan memang susah, semua orang nak ke Mina. Tapi tak ada satu kenderaanpun yang sanggup hantar hingga ke khemah kami. 2-3 kenderaan kami tanya hanya sanggup hantar ke Aziziah. Tambang ke Aziziah biasanya 5 riyal seorang tapi malam tu semua minta 20 riyal. Suami kata kita naik ajelah. Jadi kami dapat satu van dan kami duduk di depan.

Sampai di Aziziah pemandu van tunjukkan arah ke Mina. Alhamdulillah jam 10 malam kami dah sampai ke kawasan Mina. Entah manalah khemah kami jalan ajelah. Jumpa polis Arab kami tanya arah ke khemah Malaysia. Entah apalah yang kami tanya dan entah apalah dia cakap kamipun tak faham. Perkataan khemah tu yang tak de dalam vocab kami. Kami cuma tanya "Aina Malaysia?" "Mana Malaysia?" Nasib baik dia tak jawab "O! Malaysia dekat dengan Indonesia dan Singapura, naik kapalterbang 8 jam baru sampai"

Kami tercari-cara manalah jamrah, mana terowong Muaissim, tapi tak paham tanda arah.

Jumpa jemaah Indonesia barulah dia tunjukkan jalan ke khemah Malaysia. Alhamdulillah khemah Indonesia dan Malaysia tak jauh. Jauh tak jauhpun 2jam jugaklah kami jalan dari mula masuk Min sampai ke khemah.

Dalam lenguh kaki enjoy jugaklah tengok macam2 jenis rupa, dengan lampu terang-benderang, ramai lak jemaah ke sana ke mari, di tanah suci Mina, di tengah-tengah jemaah yang sedang mengerjakan haji, di tengah orang ramai yang dalam semangat mengerjakan ibadat, mengabdi pada Ilahi, datang ke sini dengan satu tujuan. Ish, bila kenang balik seronok perjalanan malam tu.

Kadang-kadang bila kaki dah lenguh saya berhenti. Nak nangispun ada. Siang tadi dah jalan 7km, pas tu dah tawaf berhimpit-himpit, pas tu kena jalan kaki lak lagi dalam 5km. Waddush! Mana tak nangis...... Demimu ya Allah! Banyak kalilah juga saya berhenti duduk lepak. Sesekali suamipun ikut duduk melepak tepi jalan macam saya.

Tetiba ternampak jemaah Malaysia. Alhamdulillah, dia tunjukkan jalan ke khemah. Alahai lagi 100meter ja lagi. Alhamdulillah. Sampai di khemah jam 12 malam, bentang tilam, bum!

Bangun pagi esok, rupa2nya red flag dah naik. Alhamdulillah dah tawaf. Allah makbulkan doa tangguh period hingga tawaf.

Tiada ulasan: