Hujung minggu lepas saya hadir pelatihan solat khusyuk di Balai Islam TNB anjuran Shalat Centre Kuala Lumpur. Kursus ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bagi saya. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, dalam salah satu kuliah di Mina, ustazah memaklumkan bahawa solat itu ada 4 tahap. Solat orang yang jahil dan lalai tak diterima. Astaghfirullah. Solat orang yang tahu tapi lalai juga tertolak. Solat kita mungkin tergolong dalam 2 golongan ni kot. Astaghfirullah.
Solat khusyuk adalah sau perkara yang terlepas dari saya, saya pernah dapat, tapi saya lepaskan. Masa tu indahnya solat, seperti kata Pak Abu Sangkan, indahnya solat, MasyaAllah. Bila berdiri, rasa nak sujud, bila dah sujud, nak sujud lagi. Dah siap solat rasa nak sujud lagi. Nak solat lagi. Indahnya solat!
Tapi tiba-tiba datang lintasan.... Allah tu macamana rupanya? Adakah macam tulisan kalimat Allah? Macamana hidungnya, macamana matanya? Tingginya? Astaghfirullah! Itu satu hal, kemudian datang satu lagi dugaan, kepala saya mula sakit akibat banyak menangis. Oleh kerana kurangnya ilmu, saya berpisah dari solat khusyuk. Tak tahan daulat, cubaannya amat berat tanpa ilmu. Tapi siapa yang nak ajar, macamana nak dapat solat khusyuk? Tak ada! Kelemahan saya juga agaknya, tak bertanya. Tapi solat khusyuk memang tak pernah dibincangkan. Hanya dikalangan orang yang pernah merasa nikmat solat akan bercakap tentang indahnya solat. Tapi, tak pernah dibincangkan oleh ustaz atau ustazah dalam mana-mana kuliah atau usrah.
Pernah dalam satu forum, seorang bertanya saya, betul ke saya pernah dapat solat khusyuk? Macamana rupa Allah? Dari cara beliau bertanya, saya menjadi faham bahawa dia pernah alami pengalaman yang serupa dengan saya.
Satu ketika saya menjadi ingin untuk kembali mendapat khusyuk dalam solat. Malu rasanya pda Allah bila kita solat, tapi fikiran terbang melayang sampai berpuluh destinasi menantikan siapnya 4 rakaat solat. Malu pada Allah, tapi dah terlupa macamana nak dapatkan solat khusyuk. Dapat sekejap saja, kemudian hilang balik.
Bila Kak Nora bercakap tentang solat khusyuk, Masyaallah! Seronoknya, nak sangat belajar tentang solat khusyuk. Dan hujung minggu lepas terurailah segalanya. Saya rasa bahagia sangat dapat berguru dengan Pak Abu Sangkan.
Sedikit info tentang Pak Abu Sangkan, beliau lahir tahun 1965. Dengan isteri pertama beliau mendapat 3 orang anak. Kalau tak silap anak sulungnya bernama Sangkan, maka beliau menggelarkan dirinya Abu, sesuai dengan saranan dalam buku Pendidikan Anak2 Dalam Islam. Dari isteri keduanya beliau mendapat seorang anak lelaki akan berumur setahun pada Dis 2009. Katanya beliau berasal dari Madura. Beliau gelak bila saya sebut sepatah perkataan boyan pada anak Kak Nora, Mardhiyyah, "Nene!"
Pak Abu mulakan kuliahnya dengan kedudukan tubuh yang betul ketika solat, kerana solat itu sepatutnya memperbaiki keadaan kesihatan kita, bukan memburukkan kesihatan. Keadaan tubuh manusia itu, tulang belakangnya melengkong. Itu adalah bentuk semulajadi badan kita. Oleh yang demikian, kita kena latih badan kita agar sentiasa dalam postur yang betul. Semasa berdiri, hendaklah berdiri tegap. Kalau kita berdiri dengan malas, kita akan terikut-ikut dalam setiap urusan, kita biarkan badan kita dalam postur yang tidak betul, postur malas!
Jadi semasa kita berdiri tegak, tulang belakang kita melengkong, masa rukuk pun kita tegakkan badan dan pastikan tulang belakang kita melengkung, dengan cara turunkan sikit badan kita kemudian tolak naik bahu kita ke atas. Letakkan tangan di lutut dan buka jari-jemari kita. Tolak kepala kita kedepan sebanyak mana yang boleh. Bagi wanita, cepat2 tarik siku ke sisi badan.
Semasa hendak sujud, letakkan kedua2 tangan di sejadah macam nak merangkak, pastikan punggung berada di depan lutut, jangan letakkan punggung di belakang lutut. Bila kita sujud pastikan hujung jari hantu kita separas hidung. Patikan jari mengadap kiblat. Cuba perhatikan, untuk turunkan badan dan untuk naikkan kembali muka ke atas, kita akan menggunakan kekuatan lengan. Bagi lelaki jarak ibu jari dari pipi adalah anggaran boleh letak satu tapak tangan sendiri selebar dari ibu jari ke jari anak dan siku dikepakkan. Bagi wanita, ibu jari hendaklah rapat ke pipi dan siku rapat ke badan. Jatuhkan sedikit tulang belakang, agar ia melengkung, jangan sampai badan kita nampak macam mangkuk yang di telungkup. Cuba lihat bentuk badan kucing bila dia menggeliat ke depan. Dadanya dijatuhkan ke lantai.
Bila saya balik ke rumah dan ceritakan pada suami, dia bagi dua buah buku lagi yang mengajarkan cara postur badan yang sama. Kata suami saya kalau solat jamaah, kalau solat di saf depan memang boleh buat macam tu, tapi kalau solat di saf belakang, memang tak dapat buat. Memang betulpun, bila saya cuba kat rumah, saya akan sujud sepanjang sejadah!
kata Pak Abu, setiap kali kita nak solat, sebenarnya kita nak mengadap Allah, kalau kita tak mengadap Allah, kita mengadap siapa? Jadi maknanya kita solat tu untuk berjumpa Allah. Ada ayat Quran, Yaaa Ayyuhannafsul Mutmainnah - Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Ayat ni bukan untuk orang yang mati, tapi untuk orang hidup. Kita kembali kepada Allah setiap kali kita solat. Jadi setiap kali kita bertemu Allah, tinggalkanlah semua harta dunia, pangkat dunia, nama di dunia. Kita ini mengadap Allah, hormatilah hak Allah setiap kali kita bertemu dengannya. Kita dah angkat takbir, dah masuk mengadap, jangan pergi pasar malam!
Irji'i ila Rabbiki Radhiyatan Mardhiyyah - kembalilah pada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya - setiap kali kita nak solat, pergilah solat dengan hati yang redha, jangan rasa terpaksa. Masuklah dalam solat secara sukarela, dengan hati gembira dan penuh kerinduan. Biarlah Allah pula redha dengan kita, berbangga dengan pengabdian kita kepadaNya.
Bila kita mengangkat takbir, sebutlah kalimah takbir tu, fahami maknanya. Rasakan bahawa, kita ni sekarang nak pergi kepadaNya, nak bertemu Allah, nak berjumpa Allah, nak kembali kepada Allah, nak get connected to Allah.
Bila kita dah connected dengan Allah, teruskan connecting, jangan putuskan hubungan dengan Allah tu, teruskan merasa Allah melihat kita, memandang kita, kita diperhatikan oleh Allah. Bagaikan seorang anak yang telah berbuat salah, datang minta maaf dengan maknya, penuh rasa malu dan nak minta maaf, mengadaplah pada Allah dengan rasa bersalah, malu ingin minta maaf. Kalau tak ada apa yang nak dimaafkan, mengadaplah Allah dengan rasa rindu, terima kasih atas segala nikmat Allah, bahagia connected dengan Allah. Hayatilah asma Allah, kita akan rasa bahagia ada hubungan dengan Allah, berhadapan dengan Allah. Hayatilah Al-Fatihah, kita akan merasa bahagia menyebut setiap kalimat al-Fatihah.
Kecilkan diri kita di hadapan Allah, kerana Allah tu memang besar. Teruskan merasa kerdil dan anda memang ingin untuk sujud kepadaNya. Kita kecik, Allahlah yang Maha Besar. Tunduk perlahan-lahan hingga kita dapat rukuk menghadap Allah. Ikutkan hati anda untuk terus sujud dan sujudlah. Sebutlah nama Allah, dengan penuh kasih-sayang, dengan penuh pengabdian, dengan penuh kerendahan, dengan penuh keinsafan atas segala dosa-dosa kita, atas sikap arrogant kita, atas keterlaluan kita dan atas kedegilan kita melanggar segala laranganNya. Rasakan ketenangan ketika sujud, Tenang setenang-tenangnya bila dah dapat mengadu pada Allah.
Pak Abu Sangkan juga ada mengatakan bahawaAllah itu tidak berupa. Allah itu ada dimana-mana sentiasa memantau kita.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
3 ulasan:
Assalaamualaikum.
bersyukur kerana dapat membaca catatan puan.Walaupun sedikit tetapi dapat membantu. Memang benar solat itu ada tahapnya. Walupun yang mengerjakannya berkedudukan baik dalam ilmu tauhidnya.Semakin tinggi gred iman seseorang, semakin kuat godaan dan cabaran dalam aktiviti sehariannya terutama di dalam solat.Para ilmuan Islam patut lebih banyak mengkaji rahsia-rahsia solat dari berbagai perspektif umpamanya dari sudut sains, kesihatan, kecantikan , mental dan fizikal dan buat perbandingan dengan pelbagai seni penjagaan kesihatan dari semua bangsa.Buat kajian rahsia solat yang terdapat di dalam sesetengah pergerakan seni mempertahankan diri dan sebarkan kepada khalayak. Dengan itu ia akan menjadi satu aktiviti atau amalan yang amat disukai,dicintai atau menjadi routine tanpa paksaan terutama kepada mereka yang masih meremehkan suruhan ini.Cuba gambarkan solat sebagai satu gerakan yang mudah dilakukan di mana-mana ,tidak kira apa saja kerja yang sedang kita lakukan seperti ketika'shopping', camping, hiking,bertani,bersukan , dalam perjalanan.Mudah di sini sama ada dari segi pakaian,tempat atau kemudahan berwuduk.Kaum wanita umpamanya tidak perlu terkongkong dengan pemakaian telekung putih semata2 ketika melancong atau dalam perjalanan. Penyampai2 ilmu harus sesuaikan ilmu yang hendak disampaikan dengan keadaan semasa agar solat ini tidak dianggap sebgai sesuatu yang menyusahkan, malah menjadikannya sebagai satu amalan yang bukan hanya berkaitan dengan hal-hal masjid, surau ,pak imam, ustaz, ustazah tetapi ia adalah satu perbuatan atau senaman , atau gerak tubuh yang berseni yang menggabungkan jasmani, rohani,kesihatan, kecantikan, penyembuhan spirit dan ketauhidan dan..sehingga kita boleh berkata jika kita hendak melakukan "meditation" ,solatlah.Apabila solat telah menjadi routine barulah datang rasa asyik ketika mengerjakannya..atau dalam istilah solat dipanggil khusu'.Tahniah kerana sudi berkongsi ilmu
Terima kasih Puan.
Berkenaan pemakaian masa solat, sememangnya masyarakat kita terlalu terkongkong dengan pemakaian telekong putih. Saya kurang selesa mengenakan pakaian putih sebab kalau materialnya nipis, atau bila dah lama dipakai, ia akan menampakkan bentuk yang ada di dalam pakaian tersebut dan menampakkan warna yang ada disebalik telekung tu. Jadi, bagi saya ianya boleh mengakibatkan situasi ternampak warna kulit dan ternampak betuk badan.
Sekarang kalau saya keluar rumah agak santai, tanpa perlu membawa telekung bersama, cukup satu lagi stokin dan sarung lengan. Kata ustaz stokin yang dipakai oleh kebanyakan wanita Malaysia sekarang ni nipis, betul kot. Jadi saya pakai selapis lagi setokin bila nak solat. Semua tu saya letak dalam handbag dan dah boleh solat walau dimana kita berada, tapi kena pastikan masa sujud, tak menampakkan betis dan peha kita, mana tahu terlebih jauh jarak antara kaki kita akan menyebabkan aurat boleh terbuka. Elakkan juga dari ternampak bentuk aurat kita, jadi jangan pakai seluar ketat dengan blouse singkat masa solat, takut solat tak sah.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kedudukan-kursus-pelatihan-solat-khusyuk
bang baca ni juga
Catat Ulasan