01 Januari 2009

Solat Jenazah

Perkara yang saya baru buat di Tanah Suci ini ialah Solat Jenazah. Di sinilah pertama kali saya solat jenazah. Selama ni kat Malaysia biasanya kaum lelaki je yang solat jenazah. Kat sini semua orang boleh solat jenazah kalau berkeinginan. Rupa-rupanya pahala solat jenazah ni macam dapat satu Bukit Uhud. Bukit Uhud ni satu-satunya bukit di syurga. Besarnya bukit Uhud ni sampai tak masuk dalam kamera, saya terpaksa ambil video untuk rakamkan Bukit Uhud.

Saya memang teruja untuk solat jenazah. Lepas solat fardhu di dua masjid ni, tiada doa lepas solat secara jamaah. Kalau nak solat sunat mengiringi fardhu(ba'diah) biasanya tak sempat. Kadang-kadang orang dah masuk takbir kedua baru kita boleh takbir pertama. Jadi saya selalunya tunggu hingga imam mulakan solat jenazah, lepas solat jenazah barulah saya solah sunat ba'diah.

Solat jenazah ni rupa-rupanya tak lah susah sangat. Tak de rukuk tak de sujud, hanya takbir dan bacaan-bacaannya. Selepas takbir pertama, cuma baca Al-Fatihah. Kemudian kita takbir kali kedua. Selepas takbir kedua tak perlu baca Fatihah lagi, sebaliknya bacalah selawat dalam tahiyyat akhir "Allahummasolli 'Ala Muhammad...." hingga "Fil aalamina innaka hamiidummajiid". Selepas takbir ke-3 baca "Allaahummaghfirlahum warhamhum wa'Afihim wa'fu anhum" Sila rujuk ejaan dalam jawi untuk ketepatan bacaan. Sebaik-baiknya belajarlah dari ustaz/ah, jangan belajar dari bacaan semata-mata. Bacaan pula berbeza untuk jenazah lelaki dan jenazah perempuan. Selepas takbir ke-4 ada doanya, tapi di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram imamnya tak baca doa, lepas takbir terus salam. Ehem salamnya bukan dua tau, satu je. Pertama kali lakukan solat jenazah, saya teringat tazkirah dalam radio IKIM, "Apakah dengan solat satu salam dapat .....".

Kadang-kadang bukan satu jenazah yang disembahyangkan. Saya pernah tengok 7 kereta jenazah di luar Masjidil Haram. Ustaz kata kadang2 ada 2 jenazah dalam satu kereta. Maknanya mungkin 14 jenazah. Ustaz pernah tengok 12 kereta jenazah. Ada hadis mengatakan sesiapa yang dimakamkan di Perkuburan Baqi (di Madinah) akan terus masuk syurga.

Seronoknya jenazah yang disembahyangkan oleh berjuta ummat manusia.

4 ulasan:

Unknown berkata...

meremang bulu roma baca tulisan kak wani yg ni..

Tanpa Nama berkata...

SUBHANALLAH..

memang benar kan kakak, bilamana ada kematian disana maka akan berebut jemaah haji disana untuk turut sama solat jenazah kerana pahalanya amat besar...ALHAMDULILLAH..
Baru saya tau yang disana wanita pun juga boleh turut sama dalam mengerjakan solat jenazah...jahil sungguh saya nie kakak...selama ini ingatkan lelaki sahaja yang boleh solat jenazah..

Salwani berkata...

Kalau letak nama bagus juga kan? Letak nama samaran pun tak pe. kak wani tak boleh disable option Tanppa Nama tu

mummy-ceklla berkata...

satu lagi perkara yang kite org pompuan tak pernah buat di malaysia tapi dapat buat di Mekah dan Madinah ialah solat Jumaat. Saya teruja sekali waktu pertama kali kerjakan solat Jumaat di Madinah...walaupun tak faham khutbahnya...tapi tetap dapat menghayatinya...esp bila duduk di sebelah jemaah timur tengah yang faham bahasa arab...syukurlah saya ada sikit basic bahasa arab...at least dapat hayati kenapa org sebelah menangis waktu mengaminkan doa yang dibaca Imam...