Saya rasa lebih senang shopping di Madinah berbanding Mekah. Tapi sebab kononnya azam tak nak shopping, saya tak lah beria sangat nak membeli-belah di Madinah. Lagipun kita datang dengan niat mengerjakan haji, jadi tak seronok nak shopping bila hajat kita masih belum terlaksana.
Kedai-kedai di Madinah lebih teratur berbanding Mekah. kalau kedai jubah, semuanya jubah, kalau kedai kasut, semuanya kasut. Di Mekah semuanya macam kedai runcit, kedai kecil tapi semua ada. Ada jugalah yang jual secara khusus seperti di area Masjid Kucing, tapi kebanyakan area, rencam.
Paling senang di Madinah ada Pasar Kurma, belilah semua kurma yang kita nak di sini. Di Mekah kurmanya agak lama, pecah-pecah dan keras. Di Madinah kurmanya segar dan lembut. Ada juga dijual kurma muda. Kurma yang terkenal ialah kurma Ajwa'. Dalam satu hadis Rasulullah menyarankan kita berubat menggunakan ajwa'. Ajwa' ni kecil je buahnya. Harganya ada yang 50riyal dan ada yang 90 riyal. Kalau beli dalam bas 100 riyal. Ada sejenis kurma kalau tak silap namanya Ambar. Kurma ni besar mencecah 3 inci panjang dan lebarnya 1 inci. Makan sebijipun dah kenyang. 1kg harganya 50riyal.
Tapi kita kena perhatikan peniaga bila mereka timbang, kalau boleh pilih sendiri. Yang saya beli dan suruh mereka pilih cuma 10 biji saja kot kurma Ambar, yang lain tu depa campur dengan kurma yang separuh saiznya. Balik Malaysia baru perasan.
Sehari selepas pulang ke tanah air, saya pergi ke Warta Bangi. Kurma Ajwa' dijual dengan harga RM150 dan Ambar RM100.
Buah tangan yang biasa orang beli di Madinah ialah coklat, Pistachio, kacang kuda, buah tin, apricot dan kismis. Kacang kuda, apricot, tin dan kismis, harganya lebih kurang seperti di Malaysia. Coklat memang berbeza. Ada coklat yang dijual secara kilo, RM22 sekilo. Sedap. Ada juga coklat yang terdapat kurma di dalamnya.
Jubah Madinah cantik2. Tapi seperkara pasal jubah ni, dia orang tak jahit tepi untuk bahagian sambungan ke lengan dan bahu. Jadi balik Malaysia kena jahit tepi dulu.
Area shopping di Madinah ialah di depan Masjid Nabawi(ada pasar untuk buah tangan dan jubah), dibawah hotel-hotel dan di setiap pintu pagar Masjid.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 jam yang lalu
2 ulasan:
banyak betui shopping nampaknya..
agaknya kak wani ikut penerbangan awal...saya ikut penerbangan akhir...dari Malaysia kami terus ke Mekah. Lepas siap haji baru ke Madinah...jadinya waktu di Madinah mmg pulun habis lah...kira habiskan wang riyal yang ada...sbb lepas tu nak bali Malaysia dah...tapi waktu transit di Jeddah sempat lagi memborong di
Catat Ulasan