Sepanjang di Tanah Suci, pihak agensi haji, samada Tabung Haji, Tabung Haji Travel dan pakej-pakej swasta akan sentiasa cuba mempastikan para jemaah mendapat haji yang mabrur dengan memperingatkan jemaah perkara-perkara wajib haji, rukun haji dan sunnat haji melalui ceramah-ceramah.
Para jemaah juga digalakkan melakukan ibadah-ibadah sunnat seperti membaca Al-Quran, solat tahajjud, solat tasbih, solat hajat, solat witir, solat ishra', solat dhuha dan solat taubat. Jemaah wanita pula diajar tentang permasalahan wanita seperti bagaimana untuk mempastikan bahawa kita benar-benar telah bersih dari haidh, wudhu untuk orang istihadhah, wudhu orang yang tak tos kencing, menjaga wudhu bagi orang yang banyak keputihan dan mazi.
Solat Tahajjud dilakukan selepas sepertiga malam yang akhir. Bila ya sepertiga malam? Malam bererti bermula waktu maghrib hingga subuh. Katakanlah waktu maghrib masuk lebih kurang jam 5:30 petang(di Tanah Suci semasa saya di sana) dan subuh masuk lebih kurang jam 5:30 pagi. Maka malam tersebut panjangnya ialah 12 jam. Sepertiga malam ialah selama 4 jam, maka sepertiga malam bermula pada jam 1:30pagi. Wallahu A'lam. Ikut suka hatilah berapa rakaat nak buat solat Tahajjud ni, tapi setiap solat dilakukan hanya 2 rakaat. Jadi, maksudnya nak buat berapa kalipun tak apa, asalkan setiap kali tu ialah 2 rakaat. Ada doa khusus untuk tahajjud, carilah di kedai buku, atau lebih baiknya berguru untuk mendapatkan sanad dan sahih bacaannya.
Solat Hajat dilakukan bila kita ada hajat dan ingin memohon dari Allah. Dilakukan 2 rakaat. Pada rakaat pertama saya biasanya baca ayat kursi 5 kali dan di rakaat kedua saya baca surah al-Ikhlas 3 kali. Jangan lupa baca Fatihah sebelum baca surah tu! Berdoa dalam hati semasa sujud yang terakhir. Ulangi doa selepas salam. Sebaik-baiknya belajarlah dengan guru agama. Saya cuma menyampaikan pengalaman sendiri.
Solat Tasbih bolehlah dilakukan sekali seumur hidup, atau setiap tahun, atau setiap bulan atau setiap minggu, atau setiap hari kalau mampu. Solatnya 4 rakaat. Kalau kita lakukan pada waktu malam, kita hendaklah pecahkan kepada 2 solat, iaitu 2 rakaat setiap solat. Kalau kita lakukan pada waktu siang kita kena lakukan 4 rakaat sekaligus. Yang paling tak larat solat tasbih ni ialah masa rukuk. Adoi... tapi kerana Allah, Allah suka kita memujiNya, sudah banyak nikmat yang Allah berikan pada kita, dah banyak dosa yang kita lakukan terhadapNya, terlalu besar dan luas nikmatNya, terlalu indah alamaya yang diciptakanNya untuk kita nikmati, terlalu kompleksnya kehidupan ini menyebabkan banyak pengalaman dan kenangan yang kita tempuhi, maka kita gagahkan badan untuk lakukan solat ini. Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaaha illallah Wallahu akbar, Walahaulawala quwwata illa billahil 'Aliyyil 'Adzim
Solat ishra' dilakukan selepas 15 minit terbitnya matahari. Sila semak waktu syuruk di tempat anda. Selepas 15 minit tamatnya waktu subuh, Ustazah saya di Madinah kata, kita dah boleh melakukan solat sunat Ishra'. Waktunya pendek sahaja iaitu 13 minit. Selepas tamatnya waktu Ishra', masuk pula waktu Dhuha. Dhuha ni pun boleh dilakukan sekali, dua kali, 3 kali atau 5 kali, tapi setiap satu solat tu dilakukan 2 rakaat sahaja.
Solat sunat taubat dilakukan 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah bacalah surah al-Kafirun sebanyak 3, 5, 7 atau 10 kali. Rakaat kedua bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3, 5, 7 atau 10 kali. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua bacalah doa taubat Nabi Nuh dalam perut ikan nun sebanyak 3, 5, 7 atau 10 kali. Berdoalah samada semasa sujud berkenaan atau selepas solat. Semoga allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Bagi wanita yang istihadah atau orang yang tak tos kencing, hendaklah sentiasa guna pad atau pantyliner. Satu wudhu hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu dan beberapa solat pengiringnya atau satu tawaf, solat sunat ihram dan solat sunat selepas tawaf. tidak boleh dicampurkan solat fadhu dan tawaf menggunakan satu wudhu. Hanya solat sunat yang boleh mengiringi kedua-dua ibadah tersebut. Itupun solat sunat yang mengiringi ibadah berkenaan sahaja. Maknanya kalau sedang tawaf, tetiba masuk waktu solat, kena berwudhu sekali lagi.
Sila sahihkan perkongsian ilmu ini dengan ustaz atau ustazah yang bertauliah.
Semasa dalam haidh, oleh sebab tak dapat mengaji, saya suka baca terjemahan al-Quran atau baca buku yang saya bawa. Majalah Anis keluaran November 2008 dah berapa kali khatam. Kadang-kadang saya bertasbih, menggantikan solat sunat tasbih.
Saya pernah lakukan solat sunat istisqa' iaitu solat minta hujan semasa di Mekah. Masa tu saya pun tak tahu saya sedang solat sunat istisqa'. Saya cuma berniat "Sahaja aku solat sunat sebagaimana imam ini sebagai makmum" Balik ke hotel saya tanya ustaz dan dia kata sah lafaz niat yang macam tu. Sebenarnya malam sebelumnya saya ada baca tentang orang yang berniat haji "Sahaja aku berihram seperti si polan". Jadi kalau si polan tu ihram haji, orang berkenaan juga sedang berihram haji, kalau si polan berihram umrah, maka diapun dalam ihram umrah. kenalah ikut semua apa yang polan buat. Solat ni macam solat raya. Ada banyak takbir dan ada khutbah. The best part is, saya tak pasti berapa kali takbir pada satau2 rakaat, ustaz kata 7 kalau saya tak silap, saya kurang dengar; saya cuma ikut apa yang imam buat dan apa yang makmum sebelah saya buat, he he he. Solat ni dilakukan pada waktu ishra'.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
2 jam yang lalu
4 ulasan:
Salam,
akak nie kali pertama mengerjakan haji ke?Sebelum tu pernah tak mengerjakan umrah..
apa perasaan akak bilamana balik dari mengerjakan haji...mesti rasa tenang dan akan sentiasa patuh akan suruhannya kan..SUBHANALLAH..
YA ALLAH kau limpahkan lah rahmat serta pengampunanmu kepada kami sekeluarga serta kepada seluruh umat islam..AMINNN
Memang inilah pertama kali kak wani pergi ke Tanah Suci. Selepas pulang rindu-rinduan. Patutpun orang yg dah pergi haji pasti akan pergi lagi umrah, pergi lagi macam tak de tempat lain nak pergi
ALHAMDULILLAH AKAK...
pengalaman pertama ke tanah suci akan membuat hati kita sentiasa disana kan..
kenangan dapat beribadat di Tanah Suci membuat hati kita sentiasa meronta untuk segera kembali kesana ..seperti yang saya baca ..menyatakan bahawa banyak tempat-tempat yang makbul DOA disana..betul kan kakak..?
INSYAALLAH..saya serta keluarga juga memang ada memasang niat untuk ke sana.mungkin rezeki masih belum mengizinkan saya sekeluarga..
Dari..
putera_mka
Johari Bin Isahak
johari@interpac.com.my
putera_mka@yahoo.com
Kota suci Mekah dan Madinah mempunyai impak yang sangat kuat. Not only bcoz Allah dah janjikan tempat2 yang mustajab doa, tapi auranya teramat kuat sebab Allah yang panggil kita ke sana ke rumahNya. Kita pergi sebagai tetamu Allah, bukan tetamu Pak Lah atau tetamu King Abdullah.
Kalau ada seseorang yang rasa bertuah sebab Tuan Guru Nik Aziz, ulama terkenal dan seorang Menteri Besar menjemputnya ke rumah, ini pula adalah jemputan dari Allah. MasyaAllah. Satu kelainan yang amat sangat bila masuk ke kota suci ini.
Catat Ulasan