31 Januari 2009

Makan


Di Anwar Movenpick, Madinah, makan memang mewah. Taklah semewah macam kita makan lunch buffet RM89++ kat Malaysia. Tapi bolehlah... pencuci mulutnya sedap, saladpun sedap. Lauknya 4 macam lauk je.

Di Madinah saya cuma sempat rasa kebabnya. Huwa..... sedapnya. Kebabnya daging lebih banyak dari sayur. Kalau kat Malaysia, sayur yang banyak. 4riyal satu kebab. sedap! Air mangganya pure, pekat giler, 3 riyal satu gelas. Yang lain saya tak rasa sebab makanan kat hotel dah complete.

Di Mekah, macam2 ada. Macam kita dah sampai ke seluruh pelusuk dunia Islam la pulak.

Gambar di atas tu suami dan kawannya di D'Saji Felda. Kebetulan pengurus D'Saji adalah rakan kami, Ismail Samingin orang Labohan Dagang, Sepang. Ada roti canai, 4 riyal 1 set(2 keping). Ada nasi lemak 10 riyal 1 set, Nasi Briyani 15riyal satu set, mee (spaghetti) goreng 5 riyal kalau tak silap. Satu2nya tempat kita boleh cari teh tarik di Mekah.

Nasi Mandy Chicken ada dijual di Hilton. 24riyal 1 set dengan seekor ayam. Boleh makan 4 orang, tapi saya ngan suami makan berdua je. Punya sedap, sampai tak tersedar dah habis. The best nasi I've ever tasted. Ustaz Sapawi kata Nasi Mandy yang paling sedap ialah di Aziziah. Apa ke nama restorennya. Lupa la pulak. Masa buat tahlil sebelum ke Arafah, pakej kami order nasi mandy kambing. Fuh punya terangkat. Kalau di Malaysia ni orang kata nasi mandy yang paling sedap di Rawsha Restaurant. Tahlah, saya belum cuba lagi. Plan ngan hubby nak pergi one day.


Ini gambar Pizza di Hilton. Sedap... cheesenya banyak! Kalau pizza cheese saja 14 riyal. saya order cheese n vege 18 riyal, kalau tambah daging 20 riyal. Ni saiz kecik, kalau saiz besar (triple the size kot), yang ada daging tu 50 riyal. Yang saiz kecik ni sebesar pinggan nasi yang leper tu. Syok je tengok dia buat pizza depan kita. Satu orang buat roti, dia bakar 1/2 masak, sorang lagi letak topping. Sambil pandang tu liur dah kecur. Lepas tu dia letak kat rak atas, rak tu berjalan je, sampai kat hujung dah masak. Ketuhar dengan rak bergerak!

Nasi Briyani ada di mana2. 10 riyal sebekas dengan seketul ayam, rasanya sama je ngan kat Malaysia.

Di tepi Hilton ada dijual murtabak sayur dengan harga 5 riyal. Kena makan panas2, baru sedap, garing.

Air mangga di Mekah 5 riyal satu gelas. Ada satu jenis air mangga di Hilton yang diletakkan macam2 buah potong didalamnya, harganya 10 riyal. Saya cuba cari kebab di Mekah tapi tak jumpa. Suami bawa ke satu kedai Turki berdekatan Masjid Kucing, tapi masa tu kol 10 pagi, belum buka lagi. Masa saya bawa mak makan di restoran Turki berkenaan, ada satu pakcik Labenon tengah makan sepinggan terung dengan ayam. Ghalib saya tengok pakcik tu makan. Dia kata sedap. Dia bagi saya makan sikit. Yummy memang sedap. Apa ke nama makanan tu, sayapun tak tahu, ada rasa rempah dan ada rasa cheese.

On the way nak ke Elaf Quds ada satu kedai kecil jual ayam pusing 14 riyal seekor, 7 riyal 1/2 ekor dan ayam panggang(garam kunyit ++), dibelah tengah kemudian dikepakkan, 18 riyal seekor, 9 riyal 1/2 ekor. Ayam panggangnya sedap. Sebelum kedai berkenaan, ada satu kedai menjual roti tempayan panas2 1 riyal sekeping dengan kuah kacang dal, juga 1 riyal sebekas (bekas plastik bulat yang selalu kita beli tau fu fah kat pasar malam tu). Saya percaya, dikawasan2 lain di Mekah seperti Janadriah pasti ada kedai2 yang macam ni. Mungkin rakan2 yang dah ke Mekah boleh berkongsi cerita. Silakan!

Kebanyakan kedai makan kat sini berkonsepkan outlet. Hang beli lepas tu hang makanla kat mana2 no! Tak ada tempat duduk. KFC pun outlet je. McD saya tak pernah pergi. Yang ada tempat duduk cuma beberapa tempat je, cam di Safwah Plaza iaitu setentang dengan Pintu 1 - King Abdul Aziz Gate dan Restoren Turki yang setentang dengan Pintu Marwah. Kat tepi2 kedai dalam bangunan Hilton tu ramai orang bentang tikar dan makan bersila kat situ.

Roti di sini murah2. di Ben Daud boleh jumpa roti nipis cam capati 6 keping 1 riyal. Roti hot dog 5 buku 1 riyal.

Makanan dan kuih selera Malaysia ada di semua hotel yang menempatkan jemaah muasasah.

Ramai orang memperkatakan tentang aiskrim Mekah. Pada masa biasa harganya cuma 1 riyal, tapi di Mina harganya mencecah 2 riyal. Saya pernah sekali je makan aiskrim, iaitu semasa di Mina. Saya makan separuh dan berikan separuh lagi pada Nurul Izzati Batrisha, anak kawan kami dari Sabah berumur 8 tahun. Takut batuk!

Makanan pakej semasa Masya'er sedap. Masih teringat-ingat epal Mina dan oren Mina. Sedapnya..... Seminggu sebelum balik dapat makanan yang paling best, ikan masin goreng berlada dari Malaya. ummppph... diberikan oleh kawan yang nak balik Malaysia penerbangan pertama. Masa mulut sakit di Madinah, ikan masin pemberian sepupu Abang Aziz juga yang jadi pembuka selera. Serunding daging memang mak pack kecik2. 2 hari sekali buka satu bungkus.

Orang muasasah untung kot, sebab makanan mereka tak banyak, jadi mereka berpeluang merasa macam2 makanan. Kalau jemaah pakej, harga makanan kat hotel dah bayar, kalau beli kat luar rugi la pulak.

Dalam pada kita sedap mencuba pelbagai makanan, Kay(isteri arwah Azman) cerita, beliau pernah ternampak satu pakcik makan biskut kering cicah air zamzam. Ish sedihnya.

5 ulasan:

kakyong berkata...

Masya Allah kak wani.. apsal citer pasal makan-makan ni.. terliur saya..

Salwani berkata...

nama lagi blog bercerita. habis semua nak cerita. kalau jumpa tu, tak habis nak citer semua. dalam blog datang je idea nak bercerita.

Jom, kita dating kat Rawsha! Bib rasa sendiri keenakan Nasi Mandy. KAt situ kalau ikut website dia mandy chicken RM17 satu pinggan, Mandy Kambing RM22.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana menemui blog ni. tahniah pada salwani. saya juga baru pulang dari tanah suci(belumpun sebulan lagi......... kira barulahkan). memang seronok membaca blog salwani sambil mengingat-ingat peristiwa yang dilalui. restoran nasi mandy di aziziah ialah restoran hadra maut. memang sedap.........

Salwani berkata...

Ya betul tu Hadramaut. Tapi kami tak pernah sampai ke sana sebab suami tak excited sangat pada mulanya. 3 hari sebelum balik barulah kami merasa Nasi Mandy. Tu pun bukan boleh dipujuk, kena buat secara spontan, "Jom kita try nasi mandy"

Salwani berkata...

KT berapa tu tuan haji/puan hajjah?