Ada orang tanya mandi berapa kali sehari di sana? Doktor yang beri ceramah kata mandi sekali sehari pun cukup. Saya tak boleh, tak cukup sekali sehari, badan rasa gatal, sakit kepala. Saya mandi macam biasa, 2 kali sehari gak. Alhamdulillah sihat walafiat. Masa di Madinah saya cuba juga mandi sekali sehari, tapi memang tak boleh. Dah biasa mandi 2 kali sehari. So, saya mandi macam biasa.
Sabun orang kata jangan gunakan sabun dari Malaysia. Saya rasa perkara tu betul. Kawan saya bawa sabun biasa dari Malaysia, in the end badan dia gatal-gatal. Saya beli sabun khas untuk haji, namanya Umrah. Sabun ni ada dijual dimana-mana kedai yang menjual kelengkapan haji. Suami saya guna Sebamed.
Masa di Arafah saya mandi sekali, jam 1:30pagi 9 Zulhijjah. Itupun pintu kena ketuk. Masa di Mina saya mandi selepas habis waktu Subuh, dalam jam 8:00 pagi. Masa tu orang dah tak tergesa-gesa nak solat. Alhamdulillah pada 11 dan 12 Zulhijjah ada bilik air yang rosak, paip bawah tak boleh tutup, jadi 2 bilik air tersebut digunakan khas untuk mandi sahaja. Oh ya di Arafah, satu bilik air ada 1 paip sahaja, iaitu di bawah, kalau nak mandi kena tadah air. Di Mina ada 2 paip. 1 paip bawah dan satu lagi paip air mandi dari atas kepala. Kalau buka yang tu memang basah lencun.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan