Bila nak ke tanah suci samada untuk umrah atau haji kita pasti tertanya-tanya cara berpakaian yang terbaik. Cara berpakaian yang terbaik of course menutup aurat. Syarat menutup aurat mestilah
. Tidak menampakkan bentuk badan
. Pakaian tidak melekat di badan
. Tidak menampakkan warna kulit
Pakai seluar menutup aurat tak? Soalnya seluar yang bagaimana. Kalau seluar jeans tentulah menampakkan bentuk badan. Seluar yang kain lembut pastilah melekat di badan.
Warna pakaian apa yang terbaik? Adakah putih yang terbaik atau hitam yang terbaik?
Pakaian yang paling menyedihkan ialah pakaian jemaah haji Indonesia. Mak dan suami saya memang geleng kepala. Dan lebih menguatkan hujjah kami bila Rakan Arafah kami memberikan pendapat yang sama semasa pengenalan Rakan Arafah di Dewan Makan. Beliau mengingatkan jemaah haji wanita supaya jangan meniru pakaian jemaah haji Indonesia. Jemaah Haji Indonesia di Madinah cantik, pakai telekong macam kita, tetapi di Mekah mereka memakai seluar putih, baju putih setakat separuh peha, tudung dah pendek takat pinggang. Bila mereka rukuk (minta maaf cakap) nampak punggong bulat, bila mereka sujud Astaghfirullah (minta maaf cakap) u/w pun putih jugak. Saya minta maaf banyak2 kalau perkataan saya menyinggung mana2 pihak, cakap salah tak cakap salah, tapi kena cakap juga. Nanti ada yang buat ibadah macam perkara main2 pulak.
Semua orang nak markah 10/10 untuk ibadah mereka, tapi kalau aurat tak jaga, boleh ke kita dapat 10/10, lebih-lebih lagi pakaian kita mengganggu jemaah lain beribadat. Perlu diingat bahawa di Madinah, jemaah lelaki dan wanita diasingkan, tapi di Mekah keadaan agak tidak terkawal. Ada ruang khas untuk wanita, tapi sesetengah orang degil, nak solat sebelah suami juga atau jemaah lelaki nak solat sebelah isteri juga. Pernah saya depan seorang muslimin saya cuit pipi saya dengan jari 2 kali sebagai isyarat malu dan saya kata "Haza Muslimah!" Hantam sajalah labu. Suami saya pun dengan pak-pak Arab selalu halau muslimat dari kawasan muslimin.
Bukan apa, nak solat sebelah lelaki, sungguh tak selesa. Bila tak selesa kebanyakan dari kita akan menjauhkan diri. Berlaku pula saf tak rapat, terputus. Lagipun kita nak jaga pandangan juga mak-mak aji yang pakai seluar ni. Depa ni rajin sungguh solat sunat. Masa solat sunat orang lain tak solat, so perbuatan depa solat tu orang lain dok pandang je, ish satu pemandangan yg... hmmmm..... entahlah.
Sebelum balik ada sekali saya ternampak jemaah Malaysiapun dah terikut. Dia solat depan saya, bila dia sujud nampak loket.
Saya nak nasihatkan muslimat yang nak ke sana. Memanglah tak praktikal untuk pakai kain yang kita selalu gunakan masa solat kat Malaysia ni. Kita baru sampai, orang keliling dah ramai, takkan kita nak sarungkan kain. Mata semua memandang kat kita lak kang. Kalau jenis getah tak apa, kalau jenis nak kena ikat tak ke haru tu? Ustazah selalu ingatkan pakai setokin semasa solat. Setokin pulak, kalau kat Malaysia yang warna coklat tu, yang tu nipis. Kenalah lapiskan satu lagi supaya tak nampak warna kulit kita. Kenalah pastikan solat kita nanti sah. Kalau pakai kain atau jubah, masa kita sujud, pastikan betis dan peha kita tak kelihatan, caranya pakailah seluar. Supaya punggong kita tak ketara masa sujud dan rukuk, pakailah baju yang agak besar atau telekong yang agak labuh. Saya prefer pakai jubah setiap masa. Mak saya pakai baju kurung dan seluar nipis di dalamnya.
Solatlah dengan cara yang betul iaitu merapatkan dua peha dan rapatkan lengan ke badan.
Berapa helai telekong nak bawa? Untuk musim haji 3 helai memadai, 4 pun OK. Telekong ni tak perlu beli awal2. Kalau pilih pakej, biasanya pihak pakej akan berikan sehelai telekong. Saya berkursus di UPM, jadi ADUN Serdang berikan sehelai telekong. Oleh kerana saya tinggal di Sepang, Ahli Parlimen Sepang panggil untuk berikan hadiah bakal haji, tapi kami tak sempat nak pergi. Majikan dan Persatuan Pekerja Islam juga bagi. Kawan2 pun bagi hadiah telekong. Masa kursus haji Intensif dan Kursus Haji Perdana ramai orang jual telekong, macam2 pilihan dan fesyen. Malam nak berangkat jenuh menjahit tanda "Malaysia" kat telekong.
Masa berangkat dan balik, saya tak pakai telekong, walaupun semua orang lain pakai telekong. Saya dan mak pakai tudung labuh warna hitam yang saya tambah bahagian dagu. Saya beli di Taman Melewar, Gombak.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan