Batu hitam dari syurga yang saya tak pernah lihat dengan mata kasar. Batu hitam dari syurga yang saya tak pernah sentuh. Batu hitam dari syurga yang saya tak pernah berkesempatan untuk menciumnya.
Semasa di Tingkatan 3, dalam Pendidikan Islam saya belajar tentang haji dan tentang batu hitam ini. Dalam hati saya simpan cita2 untuk mengucupnya juga seperti orang lain. Bila berkata tentang Mekah, batu hitam ini dan baitullahlah yang terbayang dalam ingatan.
2008 saya menjejakkan kaki ke Mekah. Saya tak meletakkan harapan tinggi untuk mengucupnya memandangkan kaki suami ada besi. Silap haribulan patah besi di pehanya. Pergi sendiri? Menakutkan. Yang beratur nak mengucupnya kebanyakannya lelaki. Kalau pergi dengan suami sedaplah sikit hati tu, tapi kalau pergi sendiri rasanya tak berani. Kawan saya Azirah kata masa dia pergi masa musim umrah, ayah dia yang protect dia supaya orang tak tolak dia. Keadaan di situ memang berasak-asak.
So, saya memang tak buat any attempt untuk mencium Hajarul Aswad. Dalam hati saya akan datang lagi pada musim umrah. Keadaan masa musim haji memang nampak macam tak mengizinkan. Tambah pula dengan cerita bahawa 4 orang jemaah wanita Indonesia meninggal dunia ketika cuba untuk mengucup Hajarul Aswad.
Sunat mengucup Hajarul Aswad, sunat mengangkat tangan dan meletakkan tapak tangan di dinding kaabah dan sunat meletakkan pipi di dinding kaabah. Semua tu saya belum buat. Nantilah. Suatu hari pasti saya akan dapat lakukannya juga, dengan izin Allah. Ya Allah ya Tuhanku berikanlah peluang Salwani Ali untuk mengucup Hajarul Aswadmu, memegang dinding kaabahmu dan meletakkan pipi disana. Amin. Terima kasih kerana berdoa untuk saya!
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
5 bulan yang lalu
2 ulasan:
Berjaga-jaga dengan warga warga Indon yang ingin membantu untuk mengucup Hajarul Aswad. Ada rakan haji terpaksa bayar 500rial setelah kononnya dibantu warga ini. Ada jemaah wanita juga turut mencuba sehingga tunggang langgang pakaiannya (tudung tercabut kerana berasak) dan dipeluk warga ini semasa menyusur kesudut Hajarul Aswad. Semuanya untuk mengejar sunat sehingga terlupa dosa-pahala.
orang yang bayar sebab nak kucup Hajarul Aswad tu kata ustaz berdosa, sebab potong queue. nak kejar sunat dapat dosa lak
Catat Ulasan