Tengahari tadi ada ceramah di surau Menara Telekom. Tajuknya Pahala Berganda. Saya tak pasti ustaz yang menyampaikan ceramah berkenaan. Bila saya siap berwudhu' ustaz dah sampai ke point yang ke-2.
2. Melakukan kebaikan di mesjid2 tertentu. siapa yang melakukan kebaikan, solat dsb di Masjid Aqsa mendapat 500 kali ganda pahalanya, di Masjid Nabawi 1000 kali ganda pahalanya dan di Masjidil Haram 100,000 ganda pahalanya. Bayangkan 100,000 ganda macam 20,000 hari, equivalent to 54 tahun ++. MasyaAllah. Itu baru satu fardhu. Kalau kita beribadat 5 waktu je = 270 tahun. Kalau kita tinggal disana 10 hari? MasyaAllah besarnya pahala. Macam nak pengsan rasanya mengingatkan ganjaran orang yang kesana. Seronoknya bagi yang beribadat dengan ikhlas dan tak lalai sewaktu solatnya. Macamana agaknya ganjaran bagi yang rajin solat sunat.
3. Orang yang beribadat pada malam Lailatul Qadar mendapat ganjaran seperti 1000 bulan. MasyaAllah, ganjarannya seperti beribadat selama 83 tahun ++. Tapi bukan senang nak dapat Lailatul Qadar. Siapa yang tahu bila malamnya Lailatul Qadar itu? Hanya Allah yang mengetahui kerana ianya adalah rahsia Allah. Jadi beribadatlah sebaik mungkin untuk mencari Lailatul Qadar. Beribadat ni perlu diingat bukan solat semata-mata. Mengajipun ya, berzikir juga ibadat, sedeqah juga ibadat. Beribadatlah sejak dari masuk waktu Isya' pada malam Lailatul Qadar.
4. Orang yang mengeluarkan belanja yang banyak untuk beribadat. Kata ustaz orang yang pergi menunaikan haji secara pakej, belanjanya lebih banyak, maka pahalanya lebih besar. Tak tahulah kenapa ustaz menggunakan contoh haji pula. Agaknya ustaz dah tau saya nak menulis dalam blog malam ni. Ustaz just bagi idea kat saya. TQ ustaz! Orang yang bagi sedeqah yang lebih banyak kepada mangsa kezaliman di Palestin, akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi. Bab mengeluarkan belanja untuk Allah ini sebenarnya ujian yang amat berat. Duit yang kita boleh beli lobster besar untuk makan anak-beranak, sedapkan tekak kita, penuhkan tembolok kita, kita kena bagi kat orang lain pulak, mana boleh! Sesungguhnya perbelanjaan ke jalan Allah ini menuntut pengorbanan perasaan yang bukan sedikit.
5. Orang-orang yang terpaksa bersusah-payah untuk beribadat kepada Allah. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w berkata kepada Saidatina Aishah bahawa pekerjaan haji yang kamu lakukan ini mendapat ganjaran yang besar kerana kesusahan yang kamu alami. Ada ustaz sebut perawinya tadi, tapi saya dah lupa, dah 9 jam berlalu. Orang yang menunaikan haji secara muasasah lebih besar pahalanya dari sudut kesusahan berbanding dengan orang yang pergi dengan pakej. He he sekali lagi ustaz guna contoh haji, really! Orang yang solat Tahajjud lebih besar pahalanya dari solat dhuha, sebab nak bangun tidur tu lebih susah dari perut dah kenyang.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan