Hotel kami terletak di belakang Masjid Nabawi Al-Shariff iaitu di sebelah kanan masjid, sejauh hanya 30 meter. Bucu pintu pagar masjid terletak di tengah-tengah bangunan hotel. Hotel ni dah dipajak selama 10 tahun oleh TH, maka semua jemah TH akan menetap di sini.
Hotelnya 5 bintang. Ada TV dengan 30 channel termasuk RTM1 dan TV3, ada cerek letrik, fridge, kitchennette dan safety box. Biliknya agak panjang, 50' kot. Kami tinggal berempat di sini. Saya tinggal di tingkat 3. Bilik kami menghadap masjid. Setiap waktu solat masa saya tak boleh solat, saya akan jengok keluar, melihat orang keluar masuk masjid menjadi satu keseronokan buat saya.
Di tingkat bawah ada banyak kedai-kedai. Setiap hotel di sini mesti ada kedai emas. Emas di Madinah, designnya cantik2. Kelabu mata memandang. Eksklusif Madinah. Malang bagi mereka, sebab saya tak minat barang kemas. Selain dari itu di hotel ini juga terdapat Pasaraya Ben Daud, pasaraya yang paling famous di tanah suci.
Kedudukan hotel2 di Madinah agak tersusun. Satu hotel terletak di belakang hotel yang lain dan lebarnya adalah sama sampai ke belakang. Di antara hotel Movenpick dengan hotel sebelahnya ialah pintu pagar masjid, jadi selepas setiap waktu solat peniaga2 kan buka barang jualan mereka atas tanah. Malangnya saya perhatikan semasa saya tak boleh solat, ramai peniaga ni tak solat. Masa orang solat mereka cuma menunggu masa untuk menyambung perniagaan. Perlu diingat di Madinah dan Makkah, semua perniagaan wajib ditutup semasa solat fardhu.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
17 jam yang lalu
1 ulasan:
Anwar Madinah Movenpick mmg best kak wani....saya dan suami masih ingat lagi dgn manager restoran dia...sy paling suka manisan yang diorang buat waktu lunch & dinner buffet...perh!manager restoran tu siap bungkuskan saya untuk bekal bawak balik bilik lagi...macam lah saya ni mengandung...he hehe...waktu di Anwar Madinah Movenpick kami dpt bilik suite di Haram tower....satu suite 2 bilik...ada ruang tamu dan dapur (tapi kami tak dibenarkan masak). Mmg best.
Catat Ulasan