Saya berangkat ke Tanah Suci dengan penerbangan ke 26, maka kumpulan kami dipanggil KT26 - Kapal Terbang ke 26. Kami diminta lapor diri di Kelana Jaya jam 9:30 malam 7 November 2008.
Saudara-mara mula datang pada malam 6 November lagi terutama untuk bertemu dengan mak. Kawan-kawan yang datang alamatnya kena kerah tolong kemaskan barang.
Kami bertolak ke Kelana Jaya selepas asar. Saya menaiki kereta Abang Kassim yang dipandu Hamka. Anak-anak naik bersama kami. Mak naik kereta Azran. Jihan tinggal di rumah, tolong kemaskan rumah. Ucu dan Melek ikut di belakang dengan Pak Tam dan Jamali. Samura dengan familynya. Wati & keluarga dan Elli & keluarga tunggu di Kelana Jaya. Sampai di sana kami berkelah di khemah yang dah disediakan. Nampak A Samad Said tiba dengan isterinya.
Pendaftaran, kami diberikan beg sandang hitam ehsan Astro Oasis, tag nama dan tikar sumbangan TM. Selepas timbang bag dan diberikan passport, ada sedikit penerangan dari THTS. Kami kemudian keluar dari dewan mengikut barisan. Barisan yang paling depan keluar dulu, petugas tabung haji kemudiannya tolak kerusi kedepan bagi memudahkan kami keluar. Very systematik. Kami naik bas ikut mana yang boleh dipenuhkan. Sebenarnya dalam perjalanan haji ni kami diberikan nombor bas, tapi ada masanya menaiki bas tak perlu ikut nombor bas. Ada 14 buah bas semuanya, diiringi kereta peronda polis dan ambulan. Sempat terlelap dalam bas.
Tiket kami ikut nombor, biru, kuning, hijau dan merah. Ini ikut area dalam kapal . yang merah kerusinya di belakang, jadi mereka masuk dulu. yang biru rasanya kerusi mereka di tingkat atas dan depan(first class). Kami pemegang tiket hijau kena masuk kemudian sebab kerusi kami di depan. Masa menunggu kami diarahkan menyerahkan hand luggage sebab tempat letak barang dah penuh. Terkilan juga sebab semua barang untuk keperluan sehari ada kat situ. Tapi nak buat macamana, dah arahannya bergitu. Kami dijangka bertolak jam 1:30 pagi 8 November dan tiba di Madinah jam 5 pagi waktu tempatan.
Selepas setengah jam masuk ke pesawat, kami dihidangkan dengan jus mangga. Eh! Curiga juga sebab kapal belum bergerak. Tapi jus sedap punya pasal, minum ajela. Jus mangga dia sedap! Jenama Ceasar(Sin Ya Sin Alif Ra). Kat Ben Daud botol kecil 2riyal, botol besar 5.50 riyal. Selepas 1 jam kapal masih belum bergerak. Ah sudah! Betulpun tekaan, kami diarahkan keluar dari perut kapal, sebab kapal mengalami sedikit kerosakan. Kami dijangka bertolak jam 4 pagi. Maka melepaklah kami di ruang menunggu. Ada yang bentang tikar dan tidur di situ. Masuk subuh kami dimaklumkan bahawa kami dijangka berangkat jam 7 pagi. Suami kata syarikat penerbangan ni pandai sebab kalau melebihi 8 jam mereka terpaksa hantar kami ke hotel. Jam 7 pagi kami dimaklumkan bahawa kami akan dihantar ke 4 hotel berasingan. Kami diminta beratur untuk menaiki bas. Dari dalam bilik menunggu saya nampak sayap kapal terbang sedang dibetulkan.
Kami dihantar ke Palace of Golden Horses. Ada yang dihantar ke Mines Resort, Allson Kelana Nilai dan Pan Pacific KLIA. Makan pagi disediakan oleh hotel. Bila lagi nak merasa stay kat POGH. Kalau tak kes macam ni, tak merasa la. Malangnya Hotel 6 bintang macam ni tak dak sistem room booking. Mana2 syarikat komputer pergilah approach dia orang untuk betulkan sistem room booking depa. 3 kali kami dapat kunci bilik, 2 kali bilik tu dah ada orang lain, jemaah haji macam kami juga. Kali yang ke-3 saya suruh dia orang call dulu bilik berkenaan. Kalau dah tak ada orang angkat telefon baru kami naik ke bilik. Rupa-rupanya dia orang register manually. Jam 11 pagi baru dapat lelapkan mata. Huwaaaa tanpa dapat salin baju sebab hand luggage dah masuk kapal. Alhamdulillah pantyliner ada dalam beg sandang.
Jam 5 petang kami bergerak meninggalkan PGH dengan bas yang kami naiki tadi. Kapal dijangka berangkat jam 8 malam. Kami dinasihatkan agar tidak solat dulu sebab kami dijangka menaiki kapal jam 7:30 malam dan dijangka tiba jam 11 malam waktu Madinah. Boleh solat jamak ta'khir di airport. Jam 7 saya tengok kapal belum sampai, cepat2 saya berwudhu. Ada 2 orang didepan saya untuk menggunakan bilik air. Bila saya siap berwudhu, ruang dah penuh dengan orang solat, tak boleh mencelah langsung. Selesai orang solat saya ambil tempat dicelah escalator, tu je tempat yang ada. Suami dan mak berniat untuk solat seperti yang dinasihatkan.
Kami menaiki pesawat jam 8:00 malam dan bertolak jam 8:30 malam. Setelah terbang selama 6 jam kami dimaklumkan bahawa kapal akan berhenti di Riyadh selama sejam untuk mengisi minyak. Suami buat keputusan untuk solat dalam kapal terbang. Mak tak selesa sebab tak biasa dan buat keputusan untuk solat di Madinah juga sebab kami dijangka tiba jam 12:00 malam. Selepas makan di Riyadh saya tertidur. Bila terjaga suami kata dah lebih 4 jam di Riyadh dan kami masih di situ. Ha? terkandas lagi? Kapal mula terbang tak lama kemudian dan tiba di Madinah jam 5:00 pagi. Mak masih belum solat Maghrib dan Isyak. Inilah ujian dari Allah dan pentingnya kita mengutamakan Jamak Takdim bila keadaan mengizinkan.
Alhamdulillah urusan pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Madinah terlalu mudah. Selepas 1/2 jam kami sudah mula menaiki bas. Agaknya merekapun kesihan sebab kami lama terkandas. Bas baru bergerak sikit, azan sudah mula berkumandang dari masjid Nabawi. Mutawwif beritahu bahawa, kami akan sempat solat di masjid nabi. Sampai di hotel saya cepat2 berwudhu dan bergegas turun untuk solat di Masjid. Nampak ada orang solat cepat2 saya sambung saf di rakaat ke-2. Alhamdulillah. Selesai solat ada seruan untuk solat lagi. Saya tak tahu nak tanya siapa, kita tak pandai berbahasa Arab. Rupa2nya solat jenazah dilakukan selepas setiap solat fardhu di Masjid Nabawi.
2-3 hari kemudian suami beritahu semasa di Riyadh banyak kereta bomba sedang menunggu. Ada seorang pakcik tu pulak mengalami sesak nafas dalam kapal terbang. Pakcik tu dah berumur 79 tahun.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
17 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan