27 Disember 2008

Raudhah


Misi saya yang pertama setelah sampai di Madinah ialah memasuki Raudhah - Taman Syurga. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Antara rumahku dan masjidku adalah taman-taman syurga." Ini adalah antara tempat mustajab doa.

Hari Ahad yang cerah, selepas breakfast di Anwar Madinah Movenpick jam 7:00 pagi saya terus ke Masjid Nabawi. Saya ada ajak mak dan rakan sebilik, tapi mereka semua kepenatan. Mungkin saya makan Proviton dan vitamin C kot, sebab tu tak sangat rasa penat. Ha ha ha... atau saya cukup tidur.

Memasuki Raudhah di Masjid Nabawi memang mudah bagi muslimat. Ada petugas2 yang mengawal kemasukan muslimat ke Raudhah. Semua petugas tu walaupun dalam kawasan muslimat memakai burqa sepanjang masa. Bahagian belakang masjid Nabawi dikhaskan untuk muslimat, jadi banyak pintu untuk masuk ke masjid. Tapi untuk memasuki Raudhah, kenalah masuk ikut Babun Nisa' - Pintu Wanita. Sampai disana, carilah papan tanda bertulis "Bahasa Melayu". Di situ mereka kumpulkan semua rumpun Melayu - Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunai. Bagi yang bercakap Bahasa Hindustan, mereka dikumpulkan di satu tempat iaitu dari negara India, Pakisatan dan Bangladesh. Untuk Bangsa Afrika juga mereka dikumpulkan di satu tempat.

Bila habis semua orang dalam kumpulan yang sedang berada di Raudhah keluar, kumpulan yang di belakang Raudhah akan memasuki Raudhah. Kumpulan yang dibelakangnya akan menggantikan tempat mereka, dan begitulah seterusnya. Untuk sampai ke Raudhah kami harus bertukar tempat sebanyak 3 atau 4 kali. Seronok juga begini, sempat berbual-bual dengan jemaah dari tempat lain. Kadang2 diadakan kuliah sementara menanti giliran kami bertukar tempat. Masa berkumpul tu kami tak dibenarkan berdiri. "Duduk ibu, duduk!" Itulah kata-kata petugas di Masjid Nabawi sambil tangannya menunjukkan isyarat suruh duduk. Tapi itu ajelah yang dia orang tahu. Ada seorang jamaah tanya "Lepas ni kita mau kemana ibu?" Sepatahpun dia tak faham, dia cuma jawab "Duduk sini ibu, duduk". Kalau jemaah degil sangat "MasyaAllah ibu! Astaghfirullah!"

Lain halnya dengan para muslimin, mereka masih terpaksa berebut untuk memasuki Raudhah, tiada siapa yang jaga.

Jika tidak ada kuliah buatlah akiviti sendiri. Sempatlah juga saya habiskan ma'thurat sementara menanti giliran. Kalau dah tak tahu nak buat apa lagi berzikirlah. Buku-buku doa yang diberikan oleh TH banyak gunanya, malangnya saya tak bawa. Semangat punya pasal terlupa semua buku. Tapi keihlasan dari hati dan ilmu juga penting semasa beribadah. Saya buat keputusan buat aktiviti sendiri. Istighfar banyak-banyak, bertasbih banyak-banyak atau baca doa nabi Adam dan doa nabi Nuh dalam perut ikan nun. Kita ni semua datang ke tanah suci dengan dosa kan? Maka mengakulah pada Allah dosa kita. Minta ampun dariNya. Boleh juga kita banyakkan berdoa untuk Nabi Muhammad s.a.w memandangkan kita ni nak berziarah maqam baginda sama.


Masjid Nabawi yang asal kecil sahaja, cukup untuk menampung penduduk Islam Madinah pada waktu itu. Masjid berkenaan kemudiannya dibesarkan semasa pemerintahan Saidina Omar hingga menggunakan rumah-rumah Ummul Mukminin (isteri-isteri Nabi). Maqam Rasulullah terletak di rumah Aisyah. Masjid tersebut kemudiannya diperbesarkan lagi oleh pemerintah selepasnya. Maka Raudhah yang ada sekarang ini sebenarnya terletak dalam kawasan masjid. Semasa menonton siaran langsung solat Jumaat dari MAsjid Nabawi, sya lihat ada jamaah yang berpeluang solat Jumaat di Raudhah. Wah cemburunya! Of course itu adalah jamaah lelaki.



Gambar diatas adalah gambar mak saya di luar Masjid Nabawi, Kubah hijau adalah Maqam Nabi. Kubah ini terletak di bahagian hadapan masjid. Hotel kami terletak di belakang masjid.

Maqam Rasulullah terletak di bahagian hadapan sekali. Jika kita masuk dari Babun Nisa', mula-mula kita akan tempuh rumah Fatimah, kemudian Maqam Saidina Omar, diikuti Maqam Saidina Abu Bakar dan diikuti dengan Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Berilah salam kepada Saidina Omar dan Saidina Abu Bakar. Ada diberikan panduan dalam buku yang dibekalkan TH atau mana-mana buku doa ziarah Madinah. Akhir sekali berilah salam kepada Rasulullah. Semasa memberi salam, pandang ke bawah, sebab jasad mereka berada dalam kubur bukan pada kubah. Ada beberapa pantang-larang ziarah maqam baginda, antaranya kita dilarang meminta syafaat Nabi.

Siapa yang tak bahagia berpeluang memasuki Raudhah. Bercucuran air mata bila keluar dari Raudhah. Saya keluar dari Raudhah jam 10 pagi selepas solat hanya dua rakaat. Di Raudhah ni kita tak dapat solat lama-lama. Kalau nak berdoa semasa kita sujud. Sujudlah lama-lama. Bila kita dah salam, petugas akan suruh kita keluar "Keluar ibu, keluar!" "InsyaAllah makbul ibu, Keluar ibu!".

Hajat hati esok nak datang lagi, malangnya esoknya dah period. Saya sentiasa berdoa agar dapat memasuki Raudhah sekali lagi dan Alhamdulillah sebelum berangkat ke Mekah, sempat memasuki Raudhah sekali lagi. Kali ni saya sempat solat 4 rakaat.

7 ulasan:

LaN KidA berkata...

Salam Wani,
Nanti saya promo cerita ni kat blog budiMaN yer. Boleh lah dia orang baca kat sini nanti.

Salwani berkata...

ok... thanks kida

kakyong berkata...

kak wani, tersentuh hati baca tulisan kwani yg ni. airmata nak menitik.. tahan, sbb suami ade, hihi.. doakan semoga saya pun bpeluang ke sana..

Salwani berkata...

Ya Allah Ya Tuhanku mudahkanlah laluan sahabatku Habibah Yahya dan suaminya untuk sampai ke masjid NabiMu dan seterusnya ke Mekah untuk menunaikan Haji hingga selesai semuanya dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Ustaz kata doa para hujjah, makbul hingga 4 bulan. he he he

zarina berkata...

Salam Kak Wani,

Masa kak wani citer nie .. tergelak pun ader sedih pun ader ..
Terkenang apa yg berlaku dulu, wpun begitu saya bersyukur kerana sudah sampai disana dan hajat hati nak tunai umrah pada bulan ramadhan insha Allah.

Salwani berkata...

Semoga Allah mudahkan perjalanan amoy. Doakan k wani murah rezeki, boleh pergi umrah pulak.

Semalam baca Star ada dua orang pemain Man U ke apa buat umrah. Semakin ramai yang kembali kepada Islam, semoga bertambah pencinta Allah.

mummy-ceklla berkata...

waktu saya tunaikan haji tahun 2007 ada jemaah wanita yang mati di raudhah kena pijak di tengkuk waktu sujud....apa pun punca kematiannya....subhanallah mulianya tempat dia menghembuskan nafas terakhir...lagi pula waktu sedang dalam sujud...moga kita semua mendapat husnul khatimah...insyaallah...