26 Disember 2008

Ujian Pertama

Kami dijangka berangkat pada hari Jumaat 7 Nov 2008. Hari Isnin jam 3 ptg, saudara dari Kelantan telefon kata mak saya tak dapat bercakap. Bila keadaan dah agak reda, saya telefon mak tanya keadaan sebenar dia. Mak bagitau bahawa kejadian tersebut merupakan kejadian kedua pada hari berkenaan. Lidah mak tiba2 kelu tak dapat bercakap. Perkara berkenaan terjadi dalam 5-10 minit. Mak kemudian akan pulih seperti sediakala. Saya suruh mak pergi ke klinik dengan segera. Saya syak stroke. Kalau dapat rawatan segera, saya yakin mak akan pulih.

Malam tu masa abang saya telefon, mak diserang penyakit berkenaan sekali lagi. Pagi esoknya masa abang telefon sekali lagi, mak diserang penyakit berkenaan. Pagi berkenaan mak dah plan untuk datang ke rumah saya. Mak datang dengan menaiki teksi saudara ayah tiri saya. Sepanjang perjalanan mak diserang penyakit berkenaan sebanyak 3 kali. Mereka bertolak jam 12 tengahari dan sampai di rumah saya jam 10 malam. Pemandu memandu dengan agak perlahan, takut mak stress.

Selepas setengah jam di rumah, mak diserang sekali lagi. Saya memang dah siapkan GL. Saya terus bawa mak ke Hospital Serdang. Selepas mendaftar kami duduk di kerusi menunggu, mak nampak OK je. Mak ajak balik sebab penat. Ye lah saya pun penat. Kami tanya orang sebelah, jam berapa dia sampai. Katanya dia sampai di situ dari jam 10 malam, belum lagi dipanggil. Masa tu jam menunjukkan jam 12:05 malam. Kami ambil keputusan untuk pulang.

Pagi esoknya banyak urusan yang perlu diselesaikan. Saya bawa mak update buku sebab buku TH mak dah habis mukasurat. Bawa mak ke dispensari TNB kot-kot doktor kat situ boleh rawat. Rupa-rupanya TNB hanya cover untuk rawatan di Hospital, ibubapa pekerja tidak boleh dapatkan rawatan di dispensari. Jihan telefon ada beberapa benda yang dia perlukan untuk memasak, jadi saya singgah di kedai. Sampai di rumah jam 12:30 tengahari. Jihan kata takut Hospital tutup masa tu, baik pergi jam 2 ptg. Jadi kami makan dulu dan solat. Alhamdulillah sepanjang setengah hari tu mak OK je. Jihan bagitau nenek dia makan Intra dan Alhamdulillah OK. Saya sms kat ustaz yang dah sampai Madinah supaya doakan mak sihat dan boleh ke tanah suci. Saya sms dan e-mail kat kawan2 minta mereka solat hajat supaya mak sihat dan boleh ke tanah suci.

Jam 2 petang kami pergi ke Hospital Serdang sekali lagi dengan ayah tiri. Mak OK je sepanjang waktu menunggu. Saya sempat ke sana-sini menguruskan beberapa perkara dan kembali ke Hospital Serdang. Jam 5 petang barulah mak dipanggil masuk. Selepas 1 minit masuk ke bilik doktor dan terangkan masalah kepada doktor mak diserang penyakit berkenaan. Wadduh! Macam caught red handed. Sepanjang hari tak kena, depan doktor baru dia nak tunjuk belang. Selepas 10 minit, mak kembali OK. Dr merujuk kepada doktor yang lebih pakar. Beliau meminta kami tunggu di luar.

Jam 5:30 petang kami diminta masuk kembali. Sekali lagi selepas duduk mak diserang penyakit berkenaan. Doktor memaklumkan bahawa beliau menjangka mak diserang mild stroke. Mak diminta membuat keputusan samada nak ke tanah suci atau tak. Mak bermati-matian nak teruskan hajat ke tanah suci. Puas doktor pujuk supaya batalkan penerbangan. Akhirnya kami buat keputusan untuk solat Asar dulu dan kembali berjumpa doktor selepas solat.

Jam 6:00 petang kami kembali ke tempat doktor. Sekarang doktor pakar yang turun. Lagi sekali, bagaikan diatur, mak diserang stroke. Doktor kata dia terpaksa tahan mak di hospital. Alhamdulillah GL semua dah siap. Saya masukkan mak ke wad 4 katil walaupun beliau layak wad 1 katil. Wad 1 katil dah penuh. Saya beri mak minum Intra yang saya dah beli. Ayah jaga mak di wad malam tu. Alhamdulillah nurse tak halau ayah. Azran yang sampai malam tu kata sepanjang dia di situ mak tak boleh bercakap elok. Abang saya Samurapun cakap macam tu.

Esoknya saya sms Kak Nora dan Kak Nora ajar baca Asma-ul-Husna dan tiupkan ke air dan minum serta baca Ya Latif sebanyak yang mungkin dan yakin Allah akan sembuhkan. Mak saya amalkan yang ni. Hari Khamis doktor dah buat appointment untuk mak untuk buat CT Scan dan ujian cecair berwarna. Banyak mak potong queue. Satu apek di depan berang bila sebaik saja mak sampai terus masuk ke bilik ujian. Nurse kat situ suruh attendan tolak mak naik atas. Rupa-rupanya trick je supaya orang tak bising. Bila dah naik atas, kena tolak turun balik sebab ada satu lagi ujian. Sepanjang saya temani mak tu, mak OK je sejak mak amalkan zikir Ya Latif.

Saya teruskan bagi mak minum Intra. Malam tu saya tak jengok mak. Dah minta Zahidah jaga mak sebab orang lelaki tak boleh jaga pesakit wanita. Alhamdulillah masa kami riuh mengadap makan malam mak call suruh ambil. Mak dah boleh discaj.

Penatnya mak ai. Cadangnya ambil cuti nak buat persiapan, tapi kecoh dengan penyakit mak pula. Tapi sepanjang masa saya tetap ingat bahawa ini adalah ujian Allah. Kawan2 yang datang ziarah bakal haji saya kerah jahit tanda Malaysia kat telekong dan tolong saya kemaskan barang. Kesian dia orang.

Alhamdulillah doktor benarkan mak ke tanah suci atas risiko sendiri. Dan Alhamdulillah terima kasih kepada semua, yang doakan, yang bagi tips yang solat hajat. Sepanjang di tanah suci mak langsung tak diserang stroke. Dia komplen dia rasa macam nak diserang stoke setiap kali minum Intra. So, saya berhentikan Intra. Beberap hari sebelum balik dia teringin nak minum, jadi saya bagi. Setengah jam lepas tu dia kata dia terasa nak kena serangan stroke. Tapi Alhamdulillah agaknya doa kawan2 tu power sangat, mak tak diserang stroke!

Esoknya, Jumaat hari yang kami dijangka berangkat, saya keluar untuk mencari laksa, memang teringin nak makan laksa Kelantan. Laksa Kelantan tak ada, yang ada cuma laksa kering. Tak nak lah. Saya pergi ambil Jihan sebab suaminya Zam guna kereta ke ofis. Bila nak start enjin tengok2 enjin berasap. Aduhai. Terpaksalah suami saya tarik kereta tu ke workshop.

Tiada ulasan: