Kami dipanggil untuk menghadiri kursus haji perdana pada 18-19 Oktober 2008 di Masjid Shah Alam. Masa tu banyak jemputan rumah terbuka, tapi semuanya tak dapat dihadiri nampak gayanya.
Kami sampai agak lewat, orang dah ramai, tapi Alhamdulillah ada juga parking. Di sana jumpa dengan kawan masa Degree, Norhafizah dan lecturer Pn Mashitah. Sebelum tu dapat tau Kamariah juga akan berangkat pada 12 Nov. Norhafizah beritahu dia terjumpa Kak Zaleha yang akan berangkat dengan KT6. Maknanya 4 orang classmate semasa degree akan pergi ke Tanah Suci. Kawan2 masa diploma tak ada pula dengar cerita. Seorang classmate di SMTT, Roslina Malek juga akan berangkat tahun ni.
Kami dikumpulkan dalam maktab2 mengikut zon. Zon kami Bangi dan Serdang maktab 73. Kami sepatutnya berkumpul dalam kawasan solat ikut maktab. Oleh kerana masa tu saya bercuti, kami diminta berada di luar kawasan solat. ada skrin besar disediakan di tempat wanita uzur, tapi rupa-rupanya ramai juga muslimin yang berada di kawasan uzur. Mungkin di dalam dah tak cukup tempat. Peserta kursus dianggarkan berjumlah 4,500 orang yang dibahagikan kepada 5 maktab.
Selesai briefing dan ceramah, dalam jam 5:30 macam tu, kami diminta berkumpul ikut maktab untuk aktiviti praktikal tawaf dan saie. Terasa sayu rasa hati walaupun cuma latihan. Bila menyebut Labbaikallaahummalabbaik, MasyaAllah, sayu rasa hati. ada satu kawasan di Masjid Shah Alam tu yang berbentuk bulatan. Tabung Haji letakkan satu binaan kaabah tiruan dan satu tiang hijau diletakkan sebagai penanda penjuru Hajarul Aswad. Kami ni buat Haji Tamattuk kononnya. Jadi, yang ni kiranya tawaf umrah la. Walaupun praktikal tawafnya cuma 3 pusingan je, tapi terasa la juga. Masa tu saya lupa bawa buku doa ibadah haji, payahla juga sebab tak tahu nak baca apa. Tapi terasa juga suasananya sebab orang agak ramai dan berhimpit. Masa tawaf terserempak dengan Haslin, Ahli Majlis Bandaran Sepang. Kami sempat juga mengusik dia yang tawaf dengan baju Melayu.
Selesai tawaf, kami diminta berkumpul di satu sudut menantikan ahli2 lain dari maktab kami. kemudian buat praktikal saie. Saie pun buat 3 kali ulang-alik je. Itupun terasa sakit sesangat tapak kaki saya. wadduh tu baru praktikal, belum yang betul lagi, Huwaaaaa... macamana ni? Ya Allah berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat beribadah sepuas-puasnya di rumahmu Ya Allah. Hindarkanlah aku dari terkena sakit kaki disebabkan beribadah untukMu Ya Allah. Hanya padaMu aku sembah dan hanya padaMu tempat aku memohon.
Lepas saie kami ambil suntikan pneumonia. harganya cuma RM85. Kami dah ambil suntikan influenza masa kursus intensif di ILIM. Masa tu suntikan pneumonia dah habis, jadi terpaksalah kami ambil hari ni. Agak rugilah sikit, sebab influenza RM50, pneumonia RM85. Kalau ambil dua sekali baru RM120, save sikit, kalau ambil 2 serentak. Suntikan ni agak sakit sikit di lengan. Lepas 2-3 hari pun masih terasa sakit di lengan kalau di pegang. tak pegang tak sakit. Masa tu lupa bawa buku kesihatan, jadi dia orang bagi pelekat untuk diletakkan di kad kesihatan.
Aktiviti latihan tawaf dan saie tadi agak memenatkan juga, berpeluh sakan. Mula ingat dah tak nak mandi sebab dah mandi sebelum bertolak, tapi dek kerana lencun berpeluh, mandilah juga. Masa orang solat Maghrib, saya ambil kesempatan untuk mandi. Lepas mandi, makan malam yang dipek untuk setiap orang.
Malam tu ada ceramah oleh Ustaz Ravi. Banyak juga tips2 haji dari Ustaz Farid Ravi. Lepas ceramah dalam jam 11:00 malam kami akan bermalam pula di Muzdalifah dan melontar di Mina. Alamak! saya tak bawa batu. Ramai juga yang mengaku tak bawa batu. Dalam suratpun tak ada cakap suruh bawa batu. Rupa2nya kami akan kutip batu di Muzdalifah. he he... maca real la pulak. Sekali lagi mengikut maktab, kami dibawa ke 'Muzdalifah'. Sesampai di Muzdalifah kami kutipla batu kat celah-celah pokok, kat tempat parking, rupa2nya ada batu dah sedia dilonggokkan untuk kami kutip.
Rombongan terus berjalan ke 'Mina'. Di Mina kami melontar di Jamratul Aqabah, jamrah yang paling hujung. Kemudian ustaz umumkan kami akan melontar Hari Tasyriq, maka kami bergerak ke Jamratul Wula, untuk melontar di Hari Tasyrik, diikuti Wusta kemudian Aqabah. tak payahlah 3 round, satu round pun cukup la kot.
Jam 12:00 malam baru siap semua latihan praktikal. Kami balik ke kereta, mata lom mengantuk, kami rondala gerai2 yang banyak jual barangan di kawasan masjid Shah Alam tu. Macam2 barang ada untuk keperluan haji dan umrah. Balik ke mesjid kol 1:00pg, bentang toto dan tidur dengan lenanya dengan seorang kakak yang tak bawa toto.
Jam 4:30 pagi suami call beritahu kunci kereta dia hilang. Alhamdulillah kami bawa kunci kereta sorang satu. satu hilang, satu lagi ada. Saya beritahu dia tunggu ajelah, jap lagi mesti ada orang buat pengumuman barang hilang. rupa2nya semalam orang dah buat pengumuman, kami yang tak dengar. pagi tu pun ada dibuat lagi pengumuman, sekali lagi kami tak dengar. Dah dekat nak balik baru kawan cerita memang ada pengumuman kunci kete hilang.
Selepas subuh sekali lagi praktikal tawaf dan saie. Yang ni tawaf haji. Kami buat 6 pusingan. kali ni saya bawa buku doa. jadi seronoklah sikit nak tawaf. Puas saya cari suami tapi tak jumpa. tak le cari sangat sebab kita ada buku, tapi toleh kiri toleh kanan memang tak jumpa. Masa saie pun tak jumpa dia. Saie kali ni juga dilakukan 3 kali ulang-alik. Selepas saie ustaz kata kita ucap tahniah kat spouse kita sebab dah berjaya mengerjakan haji. saya call suami, rupa2nya dia ada dalam mesjid, dengar ceramah. Diapun heran kenapa ada 20 orang je dengar ceramah. Sabor je la. Lepas saie, kami breakfast nasi lemak. Sedap lak nasi lemak masa lapar dan letih ni.
Sementara tunggu ketibaan Sultan Selangor untuk majlis penutup, ustaz2 dari Tabung Haji berikan ulasan tentang ibadah kami. Semasa majlis penutup tu, 10 orang dipilih untuk naik ke pentas ambil hadiah dari Sultan. Haslin mewakili Bangi. Bila majlis dah selesai, kami shopping lagi. Bawa duit RM500, habis licin. he he ... tak tahulah apa yang dibeli. dengan tali sarung begnya, dengan singlet, sarung lengan, kopiah, macam2 le kami beli.
Lepas beli barang letak dalam kete, barulah kami teringat nak cari kunci kete. tanya sana tanya sini, Alhamdulillah jumpalah kunci kete yang dipegang oleh urusetia
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan