Sesampai di Mekah, pihak THTS akan bimbing kami untuk tawaf Selamat Datang dan tawaf rukun bagi yang mengerjakan umrah. Info terakhir adalah semasa taklimat di Madinah. Selain itu, kami akan di bawa ke miqat untuk niat tawaf sebanyak 7 kali. 1 kali di Ja'aranah dan 6 kali di Tanaim. Semua aktiviti di Mekah sudah tertera dalam brosur haji yang dibekalkan kepada kami. Peta kedudukan hotel pun ada disertakan. cantik petanya, kertas kilat lagi, color lagi.
Pakej yang kami pilih, pakej Delima di hotel Barakah menempatkan lebih kurang 1000 jemaah. Di hotel kami disediakan kemudahan perubatan dan pengeluaran wang. Makanan adalah secara buffet. 5 meal sehari, minuman free flow.
THTS ada juga tunjuk pakej2 lain yg ditawarkan, seperti pakej Zamrud 50K+, hotelnya mengadap kaabah, nampak kaabah setiap masa. Orang yang melihat kaabah, pahala sentiasa mengalir. Pakej Al-Maas, wow! Pakej untuk kerabat diraja, RM102K untuk 16 hari. Bilik dia tok sah cakap la, segalanya bernilai emas. Ustaz cakap, harga hotel kat Mekah tu je THTS bayar 80K.
Pada 8 Zulhijjah, kami akan bertolak selepas zohor ke Arafah. Waktu wuquf adalah selepas zohor 9 Zulhijjah sehingga separuh malam 10 Zulhijjah. Sebaik2nya berada di Arafah sedikit dari 9 Zulhijjah dan sedikit dari 10 Zulhijjah. Di Arafah THTS akan sediakan khemah yang bertilam. Pakej kami akan bertolak ke Muzdalifah selepas Maghrib. Selepas Maghrib tu dah kira 10 Zulhijjah. Tarikh untuk kalendar Islam bermula selepas Maghrib. Di sini tempat berkumpul untuk naik bas diletak dalam satu kurungan. 40 orang dalam satu kurungan. Dalam tu siap ada kerusi untuk kita duduk sambil tunggu bas.
Sampai di Muzdalifah, kalau kena turun, kita turunlah, kalau tak boleh turun kita terus ke Mina. Sistem yang sepatutnya ialah, bas dari Arafah akan berpusing antara Arafah dan Muzdalifah sahaja. Selepas hantar orang ke Muzdalifah, bas tu akan patah balik ke Arafah untuk ambil orang lain. Mabit di Muzdalifah ialah selepas tengahmalam 10 Zulhijjah tu (the same night kita di Arafah tadi) hingga terbit fajar - maknanya sampai Subuh. Sekejap pun tak pe, sekadar sekelip matapun tak pe, kita kena berada di Muzdalifah. Tapi kalau ada halangan, kita tak leh pergi ke Muzdalifah, ada raksaksa ke mengacau di Muzdalifah, haji kita tetap sah, tapi kena bayar dam. Di Muzdalifah kita tak tidur, maka tak ada khemah. Kita cuma melepak sambil kutip batu.
Dari Muzdalifah ke Mina, kalau kita kena naik bas lain, kita kena beratur la pulak. Dah tak ada kandang macam di Arafah. Tapi tempat beratur ni ada palang setakat paras pinggang. Palang tu di kiri dan kanan jemaah, setakat muat 40 orang. Bila dah cukup bilangan untuk naik bas, dia akan letak penghadang. Di sini pun sistem basnya sama iaitu, bas akan berpusing-pusing antara Muzdalifah dan Mina. Yang ni no rushing, cuma kita nak gi melepak kat khemah kita je. Di Minapun khemah kita bertilam. Ada nombor tilam. Kita carilah khemah kita dan tilam kita. Sesetengah orang tu dia nak sedap, dia akan ambil tilam orang lain. Jangan buat macam tu!
Kita akan berhari raya di Mina. Tapi tak ada lah pulak nampak acara solat raya tu dalam jadual. Kita akan melontar di Jamratul Aqabah pada sebelah malam bermula 9 malam. Jemaah THTS akan dibawa oleh kakitangan THTS untuk melontar. Melontr di 3 jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah juga pada jam 9 malam. Jemaah akan dibawa oleh kakitangan THTS. PAda 13 Zulhijjah, kita akan melontar pada sebelah pagi dan meninggalkan Mina jam 11 pagi.
THTS akan menyediakan kemudahan internet di Mekah. Tak taulah samada saya sempat nak ke internet cafe atau tidak. Kalau sempat saya akan update kawan2. Kalau tak, balik Malaysia baru saya upload dari h/phone saya.
Balik ke Malaysia nanti melalui Jeddah. Perjalanan ke sana jangkanya 1-2 jam. Di sana kami akan diberikan hotel untuk berehat, sementara menunggu barang kami ditimbang dan proses passport semuanya selesai.
Jangka tiba di Malaysia pada 22 Disember 8:30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan