Semalam hadir ke Taklimat yang disampaikan oleh TH Travel & Tours di Masjid Wilayah. Majlis bermula kol 9 pagi dan berakhir selepas zohor. Breakfast dan lunch disediakan.
Kami diminta tiba di Kelana Jaya 2 jam sebelum waktu pendaftaran. Maknanya pendaftaran kami nanti jam 9:30 malam, kami kena sampai di sana jam 7:30 malam. Maknanya kena bertolak dari rumah kol 6 petang lagi. alamatnya anak2 dah kena pontengkan sekolah hari Jumaat tu. Dalamasa 2 jam tu, kami masih dibenarkan berjumpa dengan saudara mara. Masa di Kelana Jaya tu la mereka akan serahkan passport haji, visa, beg sandang. pas tu beg kita semua akan diperiksa, ada bawa cecair ke, budu ke, acar ke dan semua la barangan yang tak dibenarkan bawa. Nombor bilik di Madinah, kalau tak silap akan diberikan masa di Kelana Jaya lagi. Lepas cek semua tu, dah timbang beg semua, satu taklimat akan diberikan. Lepas taklimat kami akan dibawa menaiki bas ke airport. Perjalanan kami akan diiringi oleh raider sebab bas yang kami naiki tu bas Kooperasi Polis.
Oh ya, THTS ada berikan satu beg galas untuk kami letakkan barang2 yang nak dibawa naik ke dalam kapalterbang. THTS nasihatkan supaya letakkan sepersalinan pakaian, telekong dan ubat-ubatan dalam beg tu tak melebihi 5kg. Baju tu semua supaya kalau beg besar lambat sampai, bolehla kami gunakan pakaian dalam beg galas kami tu. Beg tu canggih juga. ada tempat untuk galas dan ada roda untuk senang tarik dan pemegangnya agak panjang, bolehlah kot nak sangkut tudung masa kat mina nanti. My hubby dah berniat nak bawa untuk kursus haji perdana nanti.
Pakej kami tu akan mendarat di Madinah. Alhamdulillah, Allah mudahkan sedikit perjalanan. Kalau mendarat di Jeddah, masalah juga tu memandangkan kami terpaksa naik bas pula ke Madinah selama 8 jam. Kami dimaklumkan urusan pemeriksaan barang2 dan passport biasanya memakan masa 3 jam, maklumlah jemaah ramai, ayam dan itik pulak tu yang bercakap.
Selepas itu beg kami akan dibawa naik lori untuk dihantar ke bilik2 kami di Anwar Movenpick. Kalau boleh kita tunggu dulu kat dalam untuk berkumpul ahli keluarga, sebab kalau kita dah keluar dari airport, pihak Arab Saudi tak suka kita lepak di luar airport, kena cepat2 naik bas. Jadi kalau nak naik bas sama2, kena tunggu dalam airport la. Bila dah keluar tu terus naik bas untuk ke hotel. Masa ni naiklah bas mana2 pun.
Masa di Madinah nanti hari pertama kami tidak dibawa ke mana2. Hari kedua ziarah dalam masjid seperti Baqi, hari ketiga ziarah ditempat2 yg dah ditetapkan Masjid para sahabat, Masjid Kuba, Masjid Qiblatain dannnnn pasar kurma. Kami dinasihatkan beli kurma di Madinah sebab kurma Madinah lebih segar. Semasa program ziarah, jamaah diingatkan supaya melantik orang yang di depan sekali sebagai ketua bas. Jemaah diingatkan hanya turun bila bas dah betul2 parking. jangan turun dulu dan biarkan bas cari parking. Bahayanya takut kita tak jumpa bas bila nak balik, sebab bas semuanya nampak sama. Kelebihan Bukit Uhud ialah ianya adalah satu2nya Bukit yang berada di Syurga. Kita juga akan dibawa ke Medan Peperangan Khandak, tapi tak berhenti, cuma lalu sahaja. Di sini terdapat masjid 7. semasa peperangan khandak, ada 7 panglima yang utama, di setiap lokasi mereka, mereka akan dirikan solat berjemaah. sebab tu dinamakan masjid 7.
Masjid Nabawi Madinah ditutup dari jam 10 malam hingga 4 pagi. Lelaki boleh memasuki Raudhah pada setiap waktu, tetapi jemaah wanita ada waktu2nya. kalau tak silap saya dari jam 7pg-11pg dan 1ptg-3ptg. hari jumaat jadualnya berbeza. Raudhah dikenali dengan lantainya yg putih dan tiangnya juga putih. Rasulullah bersabda "Antara rumahku dan masjidku adalah taman-taman syurga".
Sehari sebelum ke Mekah, beg-beg besar kita akan diangkat dengan lori dan dihantar terus ke Hotel. Pada hari kita akan berangkat ke Mekah, kita kena naik bas yang telah ditetapkan kerana dalam bas berkenaan terdapat passport kita. Ketua rombongan mesti mengingatkan jemaah supaya berniat ihram samada ihram haji ifrad atau ihram umrah sebelum meninggalkan Bir Ali. Bir Ali terletak 1/2 jam perjalanan dari Madinah.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan