13 Januari 2009

Tawaf

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, 60 rahmat diturunkan untuk orang yang tawaf. Kami digalakkan melakukan tawaf sunat sebanyak mungkin. Dalam Masjidil Haram ni tiada solat Tahiyyatul Masjid, maka tawaf sunat adalah penggantinya.

Semasa saya tawaf umrah wajib, saya dapat habiskan tawaf dalamasa 25 minit, Alhamdulillah. Saya bertawaf dengan mak yang bertawaf umrah sunat. Masa tu lebih kurang jam 2:30 ptg. Panas? Entahlah... tak terasa pulak. Tapi lepas solat sunat tawaf saya 'kehilangan' mak saya. Lepas asar saya sa'ie. Malamnya saya pergi ke Tanaim untuk niat umrah sebab esoknya saya nak temankan mak untuk bersa'ie sebab petang tu dia belum sa'ie. Dan malamnya saya tawaf sekali lagi. Seronok rasanya tawaf.

Tawaf saya yang pertama tu, kami dekat sangat dengan kaabah, tapi saya cuba elakkan dari terlalu dekat sebab takut tersentuh kaabah atau Hijir Ismail. Kalau tersentuh kaabah atau Hijir Ismail, maka terbatallah pusingan berkenaan. Hijir Ismail merupakan sebahagian dari Kaabah. Tapi oleh kerana terlampau dekat, sebanyak 3 pusingan kami masuk di kawasan antara Multazam dan Maqam Ibrahim. Kawasan situ memang pack. Kami letih kena kepit bukan sebab letih bertawaf. Jadi pada pusingan ke-4 saya beritahu mak supaya lalu belakang Maqam Ibrahim. Multazam adalah kawasan antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah.

Tawaf saya yang pertama ni, oleh kerana cepat sangat, doa yang disarankan dibaca untuk setiap pusiangan tu tak pernah habis. Masa pusingan ketiga saya terperasan saya tersepak sesuatu selepas Maqam Ibrahim, tapi nak jengok ke bawah takut kena langgar dek orang, jadi saya biarkan je. Bila dah sampai rukun Yamani baru mak saya perasan beg sandang dia dah hilang. Saya kata rileks, jangan cari dulu, nanti batal tawaf. Bila lalu selepas Maqam Ibrahim baru terjumpa beg mak. Alhamdulillah. Bimbang takut pusingan tadi terbatal sebab dalam kepala kami masa tu berkejar nak ambil beg tu, kami tambah satu lagi pusingan. Alhamdulillah tak ada apa pun yang hilang walaupun beg mak terbuka sedangkan sebelum tu dia tutup.

Selepas tawaf, saya tenung Baitullah. Disinilah Nabi Ibrahim pernah tawaf, Nabi Ismail pernah tawaf, Siti Hajar pernah tawaf, Nabi Muhammad pernah tawaf, Abu Bakar pernah tawaf, Umar pernah tawaf, Aisyah pernah tawaf, Fatimah pernah tawaf, Ali pernah tawaf, ulama'2 terkenal, kekasih Allah, bakal ahli syurga. Mungkin saya dah letakkan kaki di tapak yang mereka yang dijanjikan syurga pernah letakkan kaki.

Perlu diketahui bahawa ada beberapa tempat yang mustajab doa dalam Masjidil Haram iaitu
a. di belakang Multazam
b. di belakang Maqam Ibrahim
c. di Pancuran Emas
d. di Hijir Ismail

Dua hari kemudian saya cuba mengintai peluang untuk tawaf sunat, tapi nampak macam jemaah semakin ramai. Setiap hari saya cuba mengintai peluang untuk bertawaf, tapi orang semakin ramai nampaknya. suatu hari seorang kawan saya yang baru sampai, Kak Nora ajak saya melakukan tawaf sunat. Alhamdulillah gembira tak terperi. Memang masa tu orang ramai, kami dalam lingkaran yang paling luar. Saya tak ingat berapa lama saya tawaf.

Kaabah berbentuk 4 segi yang mana panjang dan lebarnya lebih kurang 12meter. Kaabah mempunyai 4 penjuru yang dinamakan rukun. Rukun dimana terletaknya Hajarul Aswad dipanggil Rukun Hajarul Aswad. Pergerakan tawaf adalah mengikut arah lawan jam. dimulai dengan niat sebelum Sudut/Rukun Hajarul Aswad dan istilam Hajarul Aswad kemudian cium tapak tangan berkenaan(tak perlu berbunyi cup masa cium tapak tangan tu ya!). Rukun kedua yang ditemui dalam tawaf ialah Rukun Iraqi sebab ia mengadap negeri Iraq. Antara Rukun Hajarul Aswad dan Rukun Iraqi terletak Multazam, pintu kaabah dan Maqam Ibrahim. Rukun yang ketiga ialah Rukun Syammi kerana ia mengadap negeri Syam. Antara Rukun Iraqi dan Rukun Syammi ada Hijir Ismail yang melengkong dan Pancuran Emas terletak di tengah-tengah bahagian atas. Rukun yang terakhir ialah Rukun Yamani. Kenapa? ........ Pandai(kalau jawab la)! Semasa melintas Rukun Yamani, disunatkan kita menyentuh Rukun Yamani, kalau sukar kita cuma perlu istilam iaitu mengangkat tangan melambai kepada Rukun Yamani. Jangan kucup tapak tangan pula, itu fly-kiss namanya. Istilam bukan fly-kiss.

Kawasan yang paling sendat semasa tawaf ialah
a. sebelum rukun Hajarul Aswad, sebab orang yang nak memulakan tawaf, mereka akan masuk di situ
b. selepas rukun Hajarul Aswad sebab jemaah yang siap 7 pusingan akan keluar dari lingkaran tawaf. Yang sadisnya, mereka ni keluar main cross country je, main potong orang, bukan keluar step-by-step.
c. dekat Multazam
d. menuju ke Hijir Ismail
e. sebelum pancuran emas. Saya rasa ramai yang memperlahan perjalanan di situ sebab nak berdoa. Di sinilah yang paling sendat walau sejauh manapun lingkaran kita.

Antara Rukun Syammi dan Rukun Yamani adalah kawasan yang paling lega semasa tawaf.

Semasa melakukan tawaf haji pada 10 Zulhijjah kami mengambil masa 1 1/2 jam, begitu juga tawaf sunat yang saya lakukan 2 minggu kemudian. Kawan saya Anizah bercerita bahawa kawannya yang tawaf di tingkat 1 mengambil masa cuma 1 jam. Jadi untuk tawaf wida' saya lakukannya di tingkat 1.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bercakap-cakap.. beritahu mak pun dah kira tak sah.. patutnya dok baca ayat2 masa tawaf.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

kak bawak telefon masuk kaabah ye? wow, memang bernasib baik la kak ye.. depa tak jumpa semua tu.. kalau ikut, memang tak bule bawak masok pon...

masa mak n bapak saya pi tahun lepas jugak, depa tak bawak masuk kamera la.. tepon pon dia tinggai kat malaysia.. bawak pi kamera ja ke makkah. ada la jugak gambaq sikit2 masa kat maktab dan tempat melawat kat sana..

mak n bapak saya naik KT 09...

Seri Nuang Shah Alam berkata...

kak,

pasai apa tak bule sentuh kaabah tu? saya dok tengok org dok cium hajarul aswad tu bule?

ada syarat-syarat ka?
maklumlah saya belom pi haji lagi... mak saya pon tak cherita pasai apa tak bule pegang aswad tu..

Salwani berkata...

sunat sentuh Hajarul Aswad bila kita melintasinya semasa tawaf, tapi dinding kaabah yang lain tak boleh sentuh, nanti terbatal pusingan berkenaan. Biasanya selepas selesai tawaf baru orang pergi sentuh kaabah.

Sunat memegang kaabah dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan di dinding kaabah dan meletakkan pipi ke dinding kaabah. Perbuatan ini dilakukan oleh Rasulullah dan diikuti oleh para sahabat. Ada hadis mengenai perkara ini dalam buku2 panduan haji (buku yang agak detail).

Semasa tawaf pada musim haji ni memang impossible sangat nak pergi cium Hajarul Aswad, orang terlalu ramai. Jadi mereka akan beratur bermula dari Rukun Syammi, bergerak perlahan2 ke Rukun Yamani kemudian ke tuju ke Rukun Hajarul Aswad.

Pada musim haji 2008 yang saya dengar ada 4 orang jemaah wanita Indonesia meninggal semasa nak mencium Hajarul Aswad. DENGAR CERITA mereka ikat antara satu sama lain, jadi bila sorang jatuh keempat2 jatuh.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

alhamdulillah..

terima kaseh atas penerangan tu..
satu lagi saya tertarik dengan psoting kak nie yang ada tulih lagu ni:

Senarai ini di edarkan oleh pihak Tabung Haji semasa saya menghadiri kursus haji bagi tahun 2002




jangan ambil/beli kain kelambu Kaabah

jangan ambil sijil dari orang Mekah dengan tujuan menukar nama
asal ke nama lain selepas selesai haji

jangan ambil kerak nasi di Mekah/Arafah dengan tujuan buat
tangkal penerang hati

jangan peluk tiang jin di Masjidil Haram

jangan ambil 7 biji batu di Arafah untuk dibawa balik


jangan tinggalkan separuh sebutan ayat syahadah di rumah
(disebut oleh keluarga yang tidak pergi) dan separuh lagi disebut
oleh bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah

jangan pakai/bawa tangkal/azimat

jangan suruh bomoh buat tolak bala dirumah
(buat kenduri doa selamat sahaja)


isu jangan ambil sijil dari org Mekah, apa maksud dia?
masa mak saya pi melawat rumah mak mertua saya kat Sekinchan, depa ada tanya apa nama selepas dia buat haji tu? mak saya pon heran la, pasai apa kena tukaq nama plak..

Salwani berkata...

Sekarang ni dah tak dak benda2 tu kot. Tapi dulu pernah dengar la. Ada setengah-setengah orang bila dah habis kerja2 haji tukar nama. Camna dia tukar nama wallahu a'lam. Rasulullah pun tak tukar nama selepas mengerjakan haji, buat apa kita nak tukar nama?

putera_mka berkata...

ALHAMDULILLAH..

Melihat mereka yang telah mendapat panggilan ILAHI ke tanah suci..BERSYUKUR rasanya dan hati ini melonjak-lonjak untuk kesana juga beribadat kepada ALLAH..insyaallah

Seri Nuang Shah Alam berkata...

betul la tu, apa rasional depa tukaq nama pon tak tau la...

Unknown berkata...

salam
kak wani.. dah tukor layout blog.. cantik.. more presentable.. ade lagi ke citer haji...

Salwani berkata...

sibuk sket la bib, kalau nak update blog selalunya tido kol 12. Kalau update tiap2 malam sakit gak kepala. nanti weekend kak wani update ya

Tanpa Nama berkata...

Salam Wani

Teruja benar membaca catatan anda nih.Tak sabar rasanya menunggu giliran untuk menjadi tetamu Allah SWT.