Siapa yang tak punya keinginan untuk melihat Rumah Allah? Saya rasa dalam hati setiap umat Islam teringin untuk melihat Rumah Allah yang dibina sebelum Adam diturunkan ke bumi ini lagi, dibangunkan kembali oleh Nabi Adam kemudian dibina kembali oleh Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim yang hidup sebelum ditimbulkan Kristian, sebelum lahirnya Kaum Yahudi telah mendirikan kembali Baitullah ini mengikut panduan yang diberikan Jibrail. Berdekatan dengannya ada maqam Ibrahim, tempat Nabi Allah Ibrahim berdiri semasa meletakkan bahan pada bahagian yang tinggi pada binaan berkenaan.
Binaan tertua yang masih wujud dan terus dikunjungi. Pernah dikunjungi oleh Nabi Allah Ibrahim, pernah dikunjungi oleh Nabi Allah Ismail, pernah dikunjungi oleh Nabi Allah Muhammad, pernah dikunjungi oleh para ulamak dan cendikiawan Islam.
Perkara pertama bila masuk ke Masjidil Haram tentulah saya mencari Kaabah ini. Tapi Astaghfirullah saya tak nampak Kaabah! Puas saya pusing saya tak nampak Kaabah! Astaghfirullah apa dosa saya? Lepas tu saya cari arah kiblat, sebab dalam masjidil haram ini, dan di Mekah ini, kiblatnya ialah kaabah bukan arah matahari jatuh. Saya letakkan kaki di tempat yang menandakan arah Kaabah. Dan...... Alhamdulillah! Saya dah nampak Kaabah! Dari Tingkatan 3 saya dah tanam cita2 untuk mengucup Hajarul Aswad dan sekarang saya dah nampak Kaabah. MasyaAllah! Subhanallah! Laa ilaaHa illallah! Allahu akbar. Menurut Ustaz Farid Ravi, doa kita yang pertama semasa pertamakali melihat Kaabah akan dimakbulkan. Jadi saranan ustaz Ravi, berdoalah agar semua doa kita selepas ini dimakbulkan.
Hadis dari Ibn Abbas r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda maksudnya, Bahawa Allah SWT menurunkan 120 rahmat ke atas rumah ini (Kaabah) setiap hari dan malam. 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan sembahyang dan 20 bagi mereka yang memandang Kaabah." Jadi kalau sempat saya cuba untuk melihat kaabah setiap hari. Setiap kali melihat kaabah saya pasti tersenyum. Seronok tengok kaabah, seronok sangat. Sekarang menangis rindu.
Tapi bukan setiap masa dapat tengok kaabah. Saya cuma tengok kaabah selepas solat subuh. Saya tak terus balik, saya tunggu waktu dhuha. Lepas orang semua pulang selepas subuh, saya akan turun ke tingkat bawah. Tingkat bawah ni payah nak masuk sebab sentiasa penuh, saya selalu solat kat tingkat 1. Saya akan turun ke bawah, tengok kaabah, senyum, cari Quran. Masuk waktu ishra', solat ishra', tunggu dhuha, solat dhuha, tengok kaabah dan balik. Waktu lain saya terus balik lepas solat sebab temankan mak dan suami makan.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
6 bulan yang lalu
4 ulasan:
bergambar-gambar dalam ihram memang tidak digalakkan langsung..
kalau dengar ceramah datuk daud che ngah... siap jangan bawak kamera, tempat untuk beribadat, sepatutnya ditumpukan dgn perbanyakkan ibadat, tapi dok fikir nak mengambil gambar.. macam pergi melancong... dah jauh dari matlamat pergi haji..
ya sheikh nizam,
itulah yang dok org Arab marah sangat kalu dia tau org yang bawak kamera atau tepon..
wow, macam mana rasanya dok depan Kaabah tu? MasyaAllah dekat sangat rasanya tu...tak bule bayangkan kalau kita kat Malaya nie.. jauh sangat.
org yang pi Haji, mesti seronok dapat tengok dekat-dekat.
SUBHANALLAH..
Kakak, betul ker gambar yang diambil tu..bilamana saya amati dengan jelas seperti ada kalimah didalam bulatan tu..ibarat seperti DOA-DOA mereka yang berdoa diangkat naik ke langit...ALLAHUAKBAR
salam,
bulatan atau orbs itu sebenarnya adalah kotoran debu dn sbgnya yg hanya dapat dilihat melalui kamera yg berkualiti tinggi.ada byk contoh gambar yg pernah di rakam pada waktu mlm yg memperlihatkan bulatan ini(orbs.
bukan menidakkan apa yg dipanggil kuasa Allah,tapi kita sbg umat islam tidak seharusnya menganggap ianya adalah suatu keajaiban, di tambah pula ianya diambil di tanah suci Mekah.
Wallahualam.
Catat Ulasan