Beberapa hari sebelum ke Mekah pihak pakej telahpun memberi taklimat tentang haji dan umrah. Oleh kerana semua orang dalam kumpulan kami iaitu KT26 memilih untuk melaksanakan haji secara Tamattuk, maka pihak THTS menekankan tentang ibadah umrah, sebab sebaik sahaja masuk ke Mekah, kami akan melakukan ibadah umrah dulu, bila sampai masanya baru kami berniat haji.
Sehari sebelum bertolak, beg-beg kami yang besar dihantar ke Mekah menggunakan lori. Jadi pada malam sebelum bertolak, kami cuma ada hand luggage yang berisi 3 pasang pakaian.
Sedih rasanya nak meninggalkan kota Nabi, mengucapkan selamat tinggal pada Nabi Muhammad tercinta. Terasa ingin datang lagi dan menatap Masjid dimana bersemadinya jasad Kekasih Allah itu lagi. Wahai Rasulullah, wahai ahli Rasulullah, Wahai Abu Bakar yang benar, Wahai Omar al-Khattab, wahai sahabat2 Nabi, selamat tinggal!
Bangun pagi kami digalakkan mandi sunat ihram. Sebelum itu kami digalakkan memotong dan mencukur semua bulu-bulu yang mengotorkan, potong kuku, memendekkan kumis bagi lelaki dan mendandan janggut. Sebelum bertolak kami digalakkan memakai pakaian ihram dan berwangi-wangian(bagi lelaki). Kami bertolak selepas solat zohor. Mana yang belum solat akan melakukan solat yang ke-40 di Masjid Nabawi, atau mungkin lebih dari itu. Pihak pakej menyediakan makan malam yang dibungkus. Ada 3 roti, satu minuman manis dan sebotol air mineral 600ml.
Selepas zohor kami berangkat menuju ke Masjid Bir 'Ali untuk solat Asar dan berniat umrah. Kami digalakkan memberikan tips sebanyak 3 riyal seorang kepada driver agar perjalanan kami lancar. Driver ni banyak ragamnya, kalau tak diberikan tips, nanti mereka akan jalan perlahan ke atau matikan air-cond bas. Payah kita nanti kalau terganggu dalam perjalanan. Jadi baik kita bagi tips awal-awal. Sepanjang jalan kami bertalbiah. Muslimin bergilir-gilir mengetuai talbiah. Kadang-kadang driver baspun ikut sama mengetuai talbiah. Sebutan orang Arab, of courselah sedap didengar, makhraj dan tajwid semuanya tepat.
Satu pemandangan yang menakjubkan, bukit gondol tanpa pokok, cantik sangat! Bukit batu semuanya. Sepanjang siang, saya tak tidur, asyik menikmati pemandangan yang tak ada di tempat kita.
Driver akan singgah di satu restoran untuk makan. Jadi bolehlah kita solat jamak Maghrib dan Isyak di situ.
Sepanjang perjalanan ada 2 checkpoints. Kedua-dua checkpoints tu sekejap je dan Alhamdulillah di setiap checkpoints kami dapat hadiah dari kerajaan Arab Saudi. Hadiah berupa makanan dan buku2 dalam Bahasa Indonesia. 3 kotak semua sekali makanan yang kami bawa ke hotel.
Sampai di Mekah lebih kurang jam 10:00 malam. Terubat kesedihan meninggalkan Madinah dengan tibanya ke tanah kelahiran Rasulullah, tanah yang akan menerima kunjungan berjuta ummat mengerjakan haji.
Sesampainya kami di hotel, kami dibawa ke dewan makan untuk jamuan makan malam. Laaa... ada makan malam rupanya, patutpun mereka cuma bekalkan roti je, rupa2nya alas perut je. Alhamdulillah! Saya tinggal di bilik 313 bersama mak dan Kak Bariah dari Perlis. Mak dan Kak Bariah mengerjakan tawaf dan saie malam tu juga. Saya, 4 hari kemudian. 2-3 hari selepas sampai, barang-barang makanan yang 3 kota tu, habis saya sedekahkan kepada peminta sedekah yang menunggu sepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
6 bulan yang lalu
5 ulasan:
kak wani,
ganti le slideshow dgn pics haji.
thanks bib. kak wani dah letak dah beberapa picture. yang lain tu dok dalam laptop. kena sambung hari lain pulak
Salam,
Khusyuk membaca setiap patah perkataan yang akak aturkan..Sungguh besar kurniaan ALLAH kepada umatnya kan akak..SUBHANALLAH...Semoga keberkatan akak sekeluarga ke tahah suci akan melimpah keberkatan tersebut kepada saya sekeluarga serta seluruh umat islam yang lain ..INSYAALLAH..
Putera_mka,
Pada mulanya k wani menulis hanya untuk menceritakan pengalaman di tanah suci kepada rakan2 yang jauh dan tak sempat bersua tapi bertanya tentang pengalaman haji kak wani. Kawan kak wani ramai, nak bercerita satu-persatu penat juga, sementara ada blog ni, kita letaklah kat blog.
kemudian teruja pulak nak bagi pandangan sebagai panduan kawan2 yang akan mengerjakan haji tahun ini.
rupa-rupanya tulisan k wani ni dah sampai kepada sapa2 entah. tapi tak apalah semoga menjadi panduan untuk semua. silap haribulan k waniboleh jual buku, kan? LOL
Salam Kak Wani..
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman kakak ke tanah suci...ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat ILAHI kerana kakak diberi kekuatan serta kesungguhan untuk menulis pengalaman kakak ke tanah suci..
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR..
yang baik datang nya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri..
**Teruskan niat murni kakak..INSYAALLAH hanya ALLAH ynag dapat membalasnya..
Dari:
putera_mka..
Johari Bin Isahak
johari@interpac.com.my
putera_mka@yahoo.com
Catat Ulasan