30 Januari 2009

Perhimpunan Agung Tahunan




Gambar 1: Arab, Afrika dan Pakistan sedang beri makan burung.
Gambar 2: Mak dengan Chinese. Tepi tu muslimin Iran.

Sesungguhnya ibadah haji setiap tahun mengumpulkan ummah dari seluruh dunia. Berbagai bangsa, berbagai warna kulit. Kita akan berjumpa dengan orang Arab, Afrika, Turki, India, Pakistan, Cina, Eropah, Amerika, Taiwan, Singapore, Indonesia, Thailand, Australia, Palestin, Yemen, Rusia, Kazazhtan, Urbegistan, Hindustan, Kelantan dan banyak lagi. Saya sempat berkenalan dengan jemaah Indonesia, Singapore, Turki, Pakistan, India, China, Taiwan, Arab, Iran dan Yemen. Suami saya sempat berkenalan dengan Palestin. Oleh kerana suami saya boleh berbahasa Arab sikit2, dia berkenalan dengan Pak Arab. Bagi saya pulak, kalau Arab tu boleh berbahasa Inggeris, maka bolehlah saya berkomunikasi, kalau tak ayam ngan itik ajelah. Suami juga ada berkenalan dengan Australian.

Macam2 telatah sebenarnya bila berkumpul berbagai bangsa ni. Bila berbagai bangsa maknanya berbagai mazhab. Saya perhatikan dari segi aurat, kita di nusantara dan Arab sahaja yang menutup penuh aurat semasa solat. Mazhab lain, banyak yang tak tutup kaki. Ada juga yang pakai purdah masa solat di Masjidil Haram, tapi tak pakai stokin.

Afrika - Saya perhatikan ada sesetengah Afrikan, muka mereka bergores. Ada 3 kelaran pada muka mereka. Ada juga jemaah lelaki yang mukanya terdapat kesan kelar. Bukan terkelar, tapi macam purposely mereka kelar muka mereka. Ada sesetengah Afrikan tudungnya labuh sampai ke lutut, tapi kaki tak bertutup even waktu solat. Inilah bangsa yang perempuannya tinggi2. Perempuan negara lain ada yang rendah macam kita, tapi Afrikan, memang tinggi2.

Turki - Bangsa yang paling kelakar. Dia main hantam saja. Ramai yang muka bertatu, 4 titik di pipi kanan dan 4 titik di pipi kiri. Kesan tatu lama. Mereka ni akan pakai coklat muda. Apa saja pakaian yang depa pakai, warnanya mesti coklat muda. Masa kat Madinah saya nampak dia orang berlari nak masuk saf, bila dah masuk saf dia tak ikut imampun, dia solat sendiri2. Ya Allah! Apalah hukum kita yang dok kat kanan dia ni? Dah terputus saf dari imam. Masa di Mekah, dah dekat dengan musim haji, ada satu makcik Turki ni masuk depan saf kami. Kami cuit dia kami cakap kami nak sujud. Puaslah bagi isyarat, dia buat tak paham aje. Lepas tu dia letak sejadah, ingat dia nak duduk, rupa-rupanya dia nak solat. Solatnya mengadap kiri. Kami bantai gelak tepuk dahi. Bila dah siap solat kami tunjukkan dia arah kiblat. dia cakap "As-solatul ikhlas". Pandailah! Memang lawakla makcik ni. Tapi depa ni pakai stokin. Pendekkata masa solat tutup aurat macam kita. Sebelum pergi ada Kak Zaidah (Service Desk) pesan supaya ajarkan mereka mengaji, sebab Turki memang tak pandai mengaji, banyak hukum yang mereka tak tahu. Tapi saya tak tahu camana nak approach dia orang nak mengajar mengaji. Kena berguru lagi dengan Kak Zaidah. Depa tak pandai Arab dan saya tak jumpa satu Turkipun yang pandai berbahasa Inggeris.

Arab - Ada kawan kata perempuan Arab lawa-lawa tapi lelaki Arab tak lawa. Sayapun rasa cam tu. Perempuan Arab kulit dia cantik. Tapi saya perhatikan Arab yang berniaga ramai yang tak solat. Sedihnya.... Macam orang Melayu jugalah, ramai yang tak solat. Rasulullah kata di akhir zaman, umat Islam ramai, tapi macam buih di lautan, bila terhempas hancurlah buih tu. Arab yang saya jumpa di Masjidil Haram semasa solat sunat istisqa - minta hujan. Dia explain kat saya dengan panjang lebar tentang solat sunat istisqa. Beliau datang dengan suami dan anak lelaki. Ada sekali tu masa saya solat di bumbung, sementara tunggu Isyak, saya baca Yaasin. Seorang wanita muda Arab ikut saya baca Yaasin. Lepas baca Yaasin dia suruh saya baca doa. Saya berdoa dalam bahasa Melayu dan dia ajak kawan2 aminkan. MasyaAllah terharu sungguh masa tu. Lepas berdoa kami semua bersalaman. Masa di Masya'er, penduduk Mekah akan dirikan khemah di kawasan2 lapang. Masa musim haji mereka bawa semua ahli keluarga termasuk anak2 yang umur 5 tahun untuk kerjakan haji. Comelnya kecik2 lagi dah pakai ihram. Arab di Mekah cakap bahasa pasar, jadi mak sayapun bantai cakap bahasa pasar ajelah.

Yemen yang saya jumpa cakap Arab buku. Dia dok bercakap je ngan saya dalam Bahasa Arab, sepatahpun saya tak paham. Kalau dia sebut ana tu pahamlah, yang lain... senyum ajelah.

Pakistan dan India paling ramai saya berkenalan sebab sesetengah mereka ni peramah. Kebanyakan India tak pakai stokin. Tudung dia, dia guna selendang besar dia tu lah. Bila nak solat dia orang betulkan selendang tu dan solat. Depa ni tak pakai stokin, tapi depa lumur kaki dengan inai, konon cam tutup warna kulit kot. Yang kelakarnya kengkadang kalau penat solat depa duduk je, rasa nak bangun baru depa bangun. Yang tak pahamnya, ada sesetengah tu, depa takbir dulu sebelum imam. Kalau masa dia orang rukuk imam baru nak takbir, dia orang bangun berdiri dan ikut imam. Itu ajaran mazhab dia orang kot. Dari segi pakaian mereka OKlah. Kebanyakan mereka pakai punjabi suit. Selendang merekapun besar hingga tutup punggung. Pakistan ada yang pakai purdah. Pakistani lawa2.

Indonesia. - fuh! Macam yang saya ceritakan sebelum ni pakaian dia orang memang mengharukan. Mereka berpakaian putih di Mekah. Semuanya putih. Baju kaum wanitanya singkat, tudungpun singkat kalau nak banding dengan kita. Mereka berstokin, tapi sebab baju yang singkat tu bila rukuk dan sujud, keadaan mereka, kita segan nak tengok. kita tertoleh kiri kanan takut ada jemaah lelaki yang pandang. Jemaah Turki, walaupun tudungnya singkat, tapi bajunya besar, jadi tak nampak sangat bentuk badan.

China - Pakaian mereka lebih singkat dari Indonesia, tapi warna pakaian mereka gelap dan berstokin. Mereka juga suka pakai baju dan seluar. Kalau baju wanita Indonesia melepasi punggong, baju wanita China atas dari paras punggong. Suami saya kata selalu jemaah China dan Indonesia kena marah ngan Pak Arab sebab pakaian mereka. "Haram! Haram!" Tapi bagi saya, tak apalah kot, asal mereka nak beribadat. Kenalah mana2 negara hantar lebih ramai ustaz ke China untuk perbetulkan ustaz2 mereka kat sana. Masa pertama kali berjumpa dengan jemaah China, saya excited sangat. Saya sempat bergambar dengan mereka di Madinah. Setakat "Ni hao ma?" dan "Ni zai China ma?" boleh la saya cakap. Kalau mereka terlebih peramah, saya cabut! Dah tak paham!

Taiwan - Berjumpa dengan jemaah dari Taiwan yang tinggal satu maktab dengan kami di Arafah. Saya nak tanya khemah dia kat mana, tapi tak tahu lak perkataan khemah dalam bahasa Mandarin. Saya tanya, "Ni de jia zai nali" ni=awak de=punya jia=rumah zai=dari/di nali=mana. Dia cakap "Taiwan". Saya cakap "bu shi! Ni de jia zai Arafah zai nali?" bu=tak shi=ya bushi=bukan. Dia cakap "Mei you jia. Wo de jia zai Taiwan. Zai Arafah meiyou." Mei=tak you(yo)=ada wo=saya. Ah sudah, apa aku nak cakap ni? ah lantak la. tak payah lah nak cakap mandarin, kalau belajar je tapi tak praktis.

Thailand - ada sesetengah Thailand yang bercakap Kelantan, tapi ramai juga yang tak pandai cakap Melayu. Thailand dan Singaporean pakaian mereka macam kita, pakai telekong.

Mesir - Pakaian orang Mesir ni unik sikit. tudung mereka bersambung dengan baju. Sama corak. Ada dijual di kedai-kedai dengan harga 20 riyal hingga 25 riyal. tapi bajunya besar.

Iran - jemaah Iran lawa2. Pakaian mereka juga cantik2. Masa mula2 tu, perempuan dia semua pakai hitam. Masa mereka nak tawaf, kaum muslimin mereka kepong kaum muslimat. Saya nampak ada muslimat lain yang ambil kesempatan dan masuk dalam kepungan Iran ni. Bukan apa, nampak macam selesa sangat bila kita tawaf tak berasak dengan kaum lelaki. Dalam kepunya muslimin Iran tu semua perempuan. I wish, TH akan buat macam tu untuk jemaah haji wanita Malaysia.

Kita sebenarnya boleh bezakan jemaah haji dari saru negeri ke satu negeri dengan pakaian mereka. contohnya jemaah wanita Malaysia akan pakai tanda "Malayzia" di telekong. Jemaah Indonesia pula serba putih tapi di Madinah mereka berpakaian ikut daerah. Selalunya pengenalan mereka adalah selendang yang berbagai warna ikut daerah. Saya suka satu daerah tu menggunakan warna biru muda kehijauan. Cantik betul. China pakai seluar hitam

Pergilah haji! Seronok bergaul dengan berbagai bangsa. I wish I can communicate with them. MasyaAllah macamana kat padang mahsyar agaknya? Seperkara yang nak diingatkan, kalau kita lihat amalan mereka tak sama dengan kita, jangan ikut. Kita kena belajar mazhab mereka dengan mendalam dan paham betul2 baru boleh ikut. Jangan ingat nak senang je, fokuskan kepada keredhaan Allah pada kita. Tiada yang lebih penting dalam hidup ini selain dari keredhaan Allah. Apalh gunanya harta bertimbun, pergi haji 10 kali, tapi Allah tak redha syurganya untuk kita.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kwani..
lucu pulak baca entri kwani yg ni.. nak link ke blog saya yg 1 lagi, boley la yer,,

Tanpa Nama berkata...

boleh je