18 Januari 2009

Pakej mana?

Mungkin ramai yang confuse, nak pergi haji ikut rombongan mana? Pakej atau muasasah. Kalau pakej, pakej mana yang paling bagus.

Dalam menentukan rombongan ni perkara yang perlu diambil kira ialah

i. Jarak ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
ii. Keselesaan di Masya'er
iii. Pembimbing pakej.
iv. ziarah
v. Umrah

Dari segi bayaran, jemaah muasasah pada tahun 2008 kalau tak silap cuma bayar RM8445.00 sahaja. Jemaah pakej bermula dari semurah RM14,000.00 hingga RM102,000.00.

Jemaah muasasah makan nasi bungkus manakala jemaah pakej makan secara buffet. Pakej kami ada 6 jenis lauk iaitu sup, ayam atau daging, ikan, sayur, salad, ulam dan sambal belacan. Teh, kopi dan roti tak pernah putus. Kadang-kadang ada bubur dan maggi cup. Untuk breakfast sentiasa ada bubur nasi. Yang lain ialah samada bihun, mee(spaghetti) goreng, nasi lemak atau mee sup. Tapi apalah sangat gahnya makan buffet, kalau balik-balik tengok lauk tu, macam kita di asrama dulu. Lebih baik beli bungkus, tiap2 hari boleh rasa makanan yang berlainan. Jemaah muasasah makan 2 kali sehari, tapi pakej 3 kali sehari. Tapi untuk jemaah muasasah sentiasa ada jualan di tempat mereka. Laksam 2 atau 3 riyal(bergantung kepada hotel), bihun, nasi lemak, nasi himpit, karipap, pulut manis, roti jala, jala emas, pulut panggang, lengkong, bun. Pendekkata macam2 ada di hotel muasasah! Di hotel pakej, tak ada jualan macam tu.

Untuk jemaah Tabung Haji tak kira pakej atau muasasah, di Madinah jemaah akan ditempatkan di Hotel Anwar Madinah Movenpick. Hotel ni 5 bintang, 4 orang sebilik. Movenpick ada 2 bangunan. Jemaah pakej ditempatkan di bangunan depan yang berdekatan dengan masjid Nabawi, manakala jemaah muasasah di tempatkan di bangunan belakang sikit. Pakej-pakej lain di hotel yang lebih belakang. Pernah saya ziarah saudara saya, hotelnya agak buruk. Pakej mahal yang berharga lebih dari RM50,000.00 di hotel yang lebih kelas. Untuk pakej TH di Hotel Oberoi.

Di Mekah keadaan jadi terbalik. Untuk sesetengah pakej Tabung Haji tinggal di hotel kecil 3 bintang tak ada almari taraf Chow Kit, manakala jemaah muasasah tinggal di hotel besar 4 dan 5 bintang ada almari. Pakej Tabung Haji ada pilihan untuk tinggal 2 orang sebilik, 3@4 orang sebilik dan 5@6 orang sebilik. Bagi jemaah muasasah mereka tiada pilihan, terserah pada nasib samada dapat 2 orang, 3 ,4 ,5 atau 6 orang sebilik.

Untuk pakej tabung haji dan pakej-pakej swasta yang lain, harga pakej terletak pada jarak dari hotel dan bilangan orang sebilik. Ada yang 50 meter dari masjid, 100m, 200m, 300m dan 480 meter dari Masjidil Haram. Lagi ramai orang dalam bilik lagi murah. Kawan saya yang tinggal di Hotel Hijjaz, 80 meter dari Masjidil Haram, yang pada masa menghampiri hari wuquf, solat fardhu melimpah hingga ke lobi hotel beliau, tinggal 6 orang sebilik, Pasaraya Bin Daud terletak antara hotel beliau dan masjid, ada almari, beliau perlu bayar RM22,000.00. Pakej saya 480meter dari masjid, 3 orang sebilik, RM17,490.00. Saya tak pernah melawat hotel pakej swasta, tapi pakej swasta lebih murah berbanding Tabung Haji.

Hotel muasasah paling dekat ialah 600meter dari masjid, Hotel Cordoba. Paling jauh 1km. Saya tak pasti hotel mana, tapi Hotel Janadriah pada anggaran saya agak jauh, tapi di sini satu2nya hotel Tabung Haji yang ada kemudahan internet. Antara hotel muasasah yang saya dah sampai ialah Janadriah(cari sepupu saya, tak jumpa tapi mereka semak dalam komputer dimana sepupu saya), Hotel Sevilla Barakat (sepupu saya di sini), Hassan Khazindar (cari kawan saya di Firdous Tower tapi rupa2nya tersalah jalan, laksamnya sedap), Hotel Elaf Suds (ziarah dua pupu saya, on the way ada ayam panggang sedap dan roti tempayan 1 riyal) dan Durratul Quds (cari laksam). Hotel Janadriah ialah pusat operasi TH, manakala Hotel saya iaitu Hotel Barakah pula ialah pusat operasi TH Travel.

Jemaah pakej dibawa untuk ziarah ke Arafah, Mina, Muzdalifah, Jabal Thur dan Jabal Nur di Mekah manakala di Madinah pula dibawa ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, kilang Al-Quran dan Pasar Kurma. Semuanya telah termasuk dalam harga pakej. Saya rasa muasasah tak ada ziarah. Entahlah, saya tak pernah tanya.

Jemaah pakej juga dibawa untuk ke miqat untuk berniat umrah sebanyak 7 kali. Sekali ke Ja'aranah semasa ziarah dan 6 kali dibawa ke Tana'im. Jemaah muasasah kena pergi sendiri ke miqat. Kadang2 bas dah disediakan oleh pakej, tapi pada hari berkenaan tak ramai jemaah yang nak ke miqat, maka jemaah dari KT lain akan naik bas berkenaan untuk ke miqat. Jadi jemaah pakej ada yang buat umrah sekali je(umrah wajib) dan ada yang sampai 10 kali bergantung pada kemampuan. Tentang umrah ni ada berbagai pendapat. Ada yang kata lebih afdal buat tawaf sunat sahaja. Terpulang kepada masing2. Tepuk dada tanya iman dan kaki, sebab kaki yang akan bawa kita bersa'ie.

Semasa di masya'er(Arafah dan Mina, Muzdalifah-tak tidur) jemaah muasasah tidur atas karpet, kalau tidur mengadap2 tersentuh hidung(kata orang) dan kena tidur mengiring, tanpa bantal. Untuk jemaah pakej, disediakan tilam bujang, selimut dan bantal. Jadi, agak selesa kerana ruang ktia agak besar. Pada waktu siang, tilam tu dilipat untuk dijadikan tempat solat pula. Khemah pakej ada air-cond, saya tak pasti khemah muasasah ada air-cond atau tidak.

Toilet di masya'er memang kena tunggu lama sikit. Di Arafah OK sikit, tapi di Mina, nak masuk toilet pada waktu subuh kena tunggu 1/2 jam hingga 1 jam. Kita dah prepare mental sebelum pergi, jadi hal menunggu tu tak ada masalah. Kalau selepas jam 8 pagi, tak ada masalah sangat. Dengar cerita toilet muasasah teruk juga.

Saya tak tahu makanan untuk jemaah muasasah macamana, tapi di masya'er jemaah pakej makan secara buffet. Kami yang menunggu untuk makan nasi bungkus macam orang Muasasah tak kesampaian.

Jemaah zamrud dan nilam, jangan ceritalah, hotel 5 bintang, bilik mengadap kaabah. Makan di Arafah pun kerusinya berbalut kain warna emas, guna meja bulat. Suasananya macam nak jamu anak raja.

Semasa di Arafah khemah kami bersebelahan dengan pakej Rayhar. Saya suka dengar bimbingan dan tazkirah dari pakej Rayhar. Mak dan suami sayapun suka pakej Rayhar. Ooops ni saya tak dapat apa2 dari pakej Rayhar tau, saja sebut je. Jiran saya ikut satu pakej dari Negeri Sembilan. Dia kata bimbingan dan ceramah 1st class. Saya lupa nama pakej. Agaknya kalau khemah kami bersebelahan dengan pakej Utas, saya pun akan suka kepada pakej Utas. So, sebaik2nya bertanyalah kepada orang yg pergi menggunakan pakej2 berkenaan. Bagi jemaah yang mengikuti pakej swasta saya alu2kan untuk menceritakan pengalaman masing2 dengan pakej mereka.

Semua hotel muasasah dan hotel THTS yang mempunyai lebih dari 500 jemaah haji Malaysia ada kemudahan mengeluarkan wang dari Tabung Haji, kemudahan Pos Malaysia dan kemudahan klinik. di hotel pakej swasta tiada kemudahan ini. Kalau nak hantar barang meraka akan panggil Pos Malaysia atau Nationwide Express. 2 orang kawan saya hantar barang seminggu sebelum wukuf guna Pos, balik 1 Jan 2009 belum sampai juga lagi barangnya, saya pos barang 2 hari selepas pulang dari Mina guna NWE, barangnya sampai dalamasa 3 hari.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Blog saya ni bukan blog iklan, tapi memang pure berkongsi pengalaman. Tak ada niat nak burukkan sesiapa.

Conslusionnya, buatlah pertimbangan sebaik2nya sebelum pilih rombongan haji mana yang kita nak ikuti. Bila dah pilih tu, janganlah pula merungut. Ingatkan macam ni ingatkan macam tu. Jangan main ingat2.

13 ulasan:

mummy-ceklla berkata...

Subhanallah. Tahniah kak salwani kerana selesai menunaikan rukun Islam ke-5. Alhamdulillah. Moga diterima segala amalannya.
Saya dan suami juga sempat menunaikan haji pada tahun 2007 mengikut pakej Rayhar. Spt yg kakak katakan pakej Rayhar bimbingan dan ceramahnya mmg 1st Class. Ustaz Zulkifli (Kalam Suci- Astro Oasis) is one of penceramah yang bersama sama kami waktu mengerjakan haji. Ramai lagi ustaz2 mereka yang bagus bagus semuanya. Ada masa saya kongsikan pengalaman haji bersama rayhar, insyaallah.

Salwani berkata...

MasyaAllah... dapat juga berkenalan ngan jemaah Rayhar. Jiran mak mertua di Keramat suh cerita how good is Rayhar. Tak reti a nak citer sbb kita tak ikut pakej tu. Tafaddal! Ceritalah

kakzie berkata...

arwah bapak saya dan pakcik pernah menunaikan hj mengikut pakej Rayhar..menurut cerita mereka pakej Rayhar mmg bagus dan terbaik..masa tu tahun 2002 baru RM13,000++

mummy-ceklla berkata...

nak cerita yang tak pandai tu....kakak tanya apa yang kakak nak tahu insyaallah sy jawab...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kakak..

sekadar ingin bertanya...
Benarkah ada yang mengatakan bahawa jika seseorang itu berharta (ada kemampuan material) dan jika masih belum mendapat SERUAN ILAHI,samada untuk menunaikan umrah mahupun haji maka orang itu tak akan sampai ke sana....maksudnya berharta dan berkemampuan tak semestinya orang itu akan menjejakkan kaki ke sana..betul ker kakak?ada yang tak berharta tetapi mendapat rezeki berupa tajaan dari orang lain...untuk ke tanah suci...

johari bin isahak

putera_mka@yahoo.com
johari@interpac.com.my

Tanpa Nama berkata...

ni kira sampai seru le ni?

bila mana kita dah belajar 5 rukun Islam, dah sampai le seru tu. kalau belum nak pergi tu maknanya hati belum terbuka. Serunya dah sampai, hatinya je yang belum terbuka.

Hati tak terbuka ni mungkin sebab rasa cam, kalau dah naik haji nanti tak boleh nakal lagi. Camne kalau gi haji tapi tak nampak kaabah sebab dosa banyak sangat. kalau gi haji camne kalau tertayang semua dosa2 kita kat MEkah nanti.

Ini semua adalah pemikiran orang yang baca Mastika atau mejalah yang sealiran dengannya. Pergilah ke Tanah Suci untuk melaksanakan perintah Allah untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-5, yang lain2 tu serahkan pada Allah.

Semua orang buat dosa. Siapa yang tak buat dosa? Sayapun buat dosa, selalu gaduh ngan mak, selalu gaduh ngan suami. Maklumlah orang ketegag. Berdoalah pada Allah supaya kita ni jadi orang yang lebih baik. Berdoalah depan kaabah sebab di sana tempat paling mustajab doa. Kita ni nak mengaku bersalah pada manusia malu, jadi mengakulah pada Allah sebab dia pencipta kita.

Tanpa Nama berkata...

zie & cekla,

mungkin boleh cerita aktiviti2 sebelum haji, semasa di Arafah dan Mina, pengisian2, cara ustaz berceramah, lawatan2.

cekla cerita la dalam blog cekla, nanti bagitau kak wani, nanti kak wani letak link ke blog cekla

mummy-ceklla berkata...

Insyaallah kak wani...saya akan usahakan untuk menulis pengalaman haji saya...mmg waktu di Mekah lagi dah terdetik nak buat begitu...tapi sampai kini belum terlaksana impian tu....mungkin dengan dorongan kak wani...insyaallah saya cuba membuka langkah...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, sebagai pengalaman untuk perbandingan saya pergi menunaikan fardhu Haji tahun 2006 secara muassasah. Semuanya berjalan dengan lancar. Di Mekah saya menginap di Hotel Habiba HQ Tabung Haji seramai 7 orang 600 - 750 meter dari Masjid

1) Makan - bungkus lobi lif digunakan sebagai tempat makan siap ada tempat pemanas ada petugas nak makan baru kita minta maknanya sentiasa panas. semua orang akan dapat. Kalau pakej kadang2 timbul masalah kalau sape datang lambat makanan habis itu yang saya dengar maklumlah orang M'sia kalau ambil byak2. Sarapan kena cari sendiri.

2) Ziarah/umrah sunat - Sama dengan pakej cuma kena bayaran tambahan pada sape yang nak pergi.

3)Umrah - selalunya saya pergi dengan isteri ke miqat dengan bas 2 rial rasenya. Stesyen pun berdekatan dengan masjid dataran pintu 1 King Abd. Aziz kot klu tak silap berhampiran Hilton. Balik naik mana-mana van.

3) Arafah - ok ada khemah sempit sikit tak ape sedikit pengorbanan.

4) Mina - ok ada khemah ada aircond bilik air pun banyak cuma jauhlah sikit dari tempat melontar tapi jalan ramai2 tak rase jemaah Malaysia melontar lepas isya'

5) Ceramah pun ada dijalankan ustaz/ustazah pun ada di pejabat untuk mendapatkan nasihat .

Salwani berkata...

Assalamualaikum Abu Iqbal

Sepanjang pengalaman saya bersama pakej, rasanya makanan tak pernah berkurang. Untuk lunch dari kol 12 tengahari hingga kol 3 petang masih ada lagi. Untuk dinner dari kol 6 hingga 9 mlm masih dibuka satu kaunter.

Mungkin mereka improve dari pengalaman silam kot.

Saya tak tahu conclusion orang lain, tapi conclusion saya ikut muasasahpun OK. Kalau nak kira makan, katakan satu hari
b/fast 10riyal
lunch 15riyal
dinner 15riyal

baru 40riyalx45hari= 1800

kalau beli nasi mandi kat hilton tu 24riyal, boleh makan 3 orang. dalam tu ayam sekor.

hotel kami 480m dari masjid. saya dan suami turun berat badan 5kg

Tanpa Nama berkata...

І have fun with, lеad to I disсoѵered exactly whаt Ι used tо be lоοking foг.
Yоu have endеd my 4 day lеngthy hunt!
God Βleѕs you man. Ηave a great day. Bye

Αlso visit mу web page :: rocket spanish ipad
My site - rocket spanish language software

Saaidon Hj Mohd berkata...

Salam bakal-bakal tetamu Allah.

Kini anda bolih menabung sebulan sebanyak RM250 dan dapat pergi harga ikut package swasta dalam masa 5 tahun.

Kini tak perlu lagi tunggu giliran lama-lama untuk mengerjakan Haji.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Saaidon 017-330 3304
saaidon@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

yakinlah.. rezeki tuhan bagi
sekadar kongsi apa yang telah saya lalui pd bulan saaban yg lepas
terdahulu saya ke siek kolam tok adeh ada jamuan makan kenduri, di situ saya jupe seorang kawan lama, kata dia nak ajak saya gi umrah, saya pon sengehlah sambil makan.
masa tu satu apapon tak tahu nak buat berkaitan umrah ni, memang jahil tukel. lepas tu ada sekali dua jupe kawan tu kat bandar kt, dia ada tanya dah belajar ke cara cara nak buat umrah, saya kata ada la sket sket dok google.
satu hari saya nampak ada iklan kursus umrah dlm kwsn masjid pengadang baru, saya pon hadir tiga sesi, moderator ustaz bukori org losong pekat teganu, tak lama lepastu kawan lama talipun suroh buat pasport dan suntik nak gi umrah. dengan izin Allah berangkatlah saya bersama group kawan lama dalam sembilan orang.
sayapon tak tahu berapa kos sebenar duabelas hari musafeer itu, kawan lama bagitahu kitani makan sehari tiga kali hotel dalam 200meter ke pintu masjid mekah dan madinah, awak tak perlu bayar apa apa, cuma kalau nak berbelanja beli barang bawak sedikit duit. sepanjang musafeer itu di dalamnya sempat mengerjakan empat kali umrah dan tawaf tawaf sunat Alhamdulillah.
kali pertama melihat kaabah di depan mata walaupon saya dah cuba sedaya upaya kontrol tapi saya tak sedar air mata tetap keluar.
Alhamdulillah.. kalau tanya saya apa komen mengerjakan umrah.
ianya sangat menyenangkan, harap ada peluang nak pergi lagi, kalau ada rezeki nak bawa mem sekali insyaAllah