Saya rasa ramai pengunjung blog ni melawat ke sini kerana terima satu e-mail yang menunjukkan gambar seperti diatas.
Berikut adalah komen dari Ustaz Sapawi Che Mat [sapawi05@yahoo.com]
"pada saya ini adalah mainan syaitan, kerana pada masa nabi saw tidak ada khabar tentang perkara begini" -14/1/2009
"Bagaimana nak beza anatar tipu daya syaitan dengan ajaran agama. Agama ada sumbernya iaitu Quran dan Hadis. Kalau bukan dari keduanya, maka itu syaitan" -9/1/2009
Berikut pula adalah pandangan seorang kawan, ex-journalist & pensyarah sambilan Seni Fotografi di UIA, UM & UITM, Saudara Yusof Ghani
-----------------------------------------------------------
salam,
kita tahu di mekah memang berlaku keajaiban dan segala kebesaran dan beruntunglah kawan-kawan muslimin dan muslimah yang sudah menjejakkan kaki dan mengerjakan ibadah di sana. insya'allah, yang belum tentu sudah berazam utk menyusul pada kadar segara mungkin selagi hayat ini ada.
aku tertarik melihat tompokan hitam itu, terutamanya apabila macam ada satu macam corak pada tompokan itu. itulah kuasa Allah.
izinkan aku berkongsi sedikit dari sudut fotografi (nawi boleh betulkan kalau silap). aku pun percaya doa-doa di sana semestinya diangkat ke langit, namun dengan cara yang hanya Allah yang tahu. pastinya dengan cara yang tidak nampak dilihat oleh mata.
namun, aku berpendapat tompokan putih itu ialah debu-debu halus yang begitu hampir dengan lensa dan terkena simbahan lampu flash camera. cahaya dari tompokan itulah yang dipantulkan utk dirakamkan oleh kamera. ini berdasar pengalaman mengambil gambar malam di mana salji sedang turun (snow flakes) yang mana salji putih halus itu akan menjadi tompokan putih besar pada gambar apabila cahaya flash terpantul pada salji itu, hampir sama dengan pada gambar di mekah itu (cuma seingat aku tak ada corak pada tompokan itu).
di padang pasir mekah pastinya berdebu dan debu itulah rasanya yang dirakamkan oleh setiap kamera yang tidak dapat dilihat oleh mata.
tapi itu pendapat aku yang percaya begitulah gambaran doa-doa diangkat ke langit dari tanah suci tersebut. subhanallah.
walllahu'aklam. 20/1/2009
Saya meminta maaf dan bertaubat atas keterlanjuran ini. Saya harap perkara ini dapat disebarkan.
2 ulasan:
salam,
ada sahabat cina yg bekerja di pejabat cuba menidakkan apa yg digembar gemburkan ttg gambar ini di dlm emel yg diterima. katanya itu hanya debu atau habuk halus. beliau terus menunjukkan gmbar beliau yg diambil pada waktu mlm yg jelas menunjukkan bulatan tersebut.hampir sama. saya juga bersetuju dgn pendapat beliau. harapnya kita dpt memperbetulkan fakta yg salah. kita tidak mahu org yg bukan islam mengaggap kita berfikiran kolot gara2 gambar tersebut.
wassalam.
yup, betul tu. saya pun silap sebab e-mail gambar tu pada kawan2. tak sangka lak satu malaya dah tengok gambar tu. harap semua yang dah terbaca e-mail tu betulkan fakta dan akidah kita. kita ni seronok bila baca benda yang nampak macam pelik sikit. Saya minta maaf pada semua atas kesilapan berkenaan. Tapi penjelasan dari Ustaz Sapawi dan Saudara Yusof Ghani menyedarkan saya atas kesilapan berkenaan dan saya harap ia juga menyedarkan semua orang yang dah tersalah anggap pada gambar berkenaan.
Catat Ulasan