Peta di atas diambil dari Laman Web TH Travel
Kedudukan bandar Madinah agak teratur, hotel kita tak jauh dari Masjid Nabawi.
Masalah utama jemaah berusia ialah sesat di Mekah.
Bagi orang muda, perkara pertama bila kita sampai di satu2 tempat ialah memahami peta tempat berkenaan. Yang kedua kita cari kedudukan Masjidil Haram di Mekah kemuaidan kita cari kedudukan hotel kita dari Masjidil Haram. Yang ke empat kita memahami kedudukan bangunan2 penting atau kawasan penting di Mekah, seperti Masjid Kucing, Hotel Hilton, Pintu Marwah, Istana Raja.
Kemudian kita ambil tahu Hotel2 lain yang menempatkan jemaah Malaysia seperti Janadriah, Hassan Khazindar, Elaf Sud, Sevilla Barakat, Firdous Tower. Semasa di sana saya berjalan ke hotel2 berkenaan. Jalan-jalan cari kawan. Sepupu saya tinggal di Sevilla Barakat, Dua Pupu saya tinggal di Elaf Sud. Pejabat Tabung Haji terletak di Janadriah. Saya sangka kawan saya tinggal di Hassan Khazindar dan jumpa makcik dari pakej saya yg sesat kat sana, Kay dan Kak Hasnah tinggal di Firdous Palace.
Seterusnya kita kena tahu bahawa untuk masuk ke Masjidil Haram, ada lebih kurang 60 pintu besar dan lebih dari 90 pintu kecil, menjadikan kesemuanya 150 pintu. Setiap pintu itu ada nombor. Pintu nombor 1 menghadap ke Safwah Hotel atau menghadap Jalan Ajyad atau sebelah selatan Masjidil Haram. Nombor pintu semakin besar ke arah kiri atau arah jam. Pintu terakhir adalah di sebelah pintu nombor 1.
Bila kita dah faham peta, dan faham pintu masjidil haram, kita kena sentiasa ingat nombor pintu kita dan bila kita keluar dari pintu berkenaan, arah mana kita bergerak samada sebelah kiri atau kanan untuk pulang ke hotel.
Bila kita dah faham semua ni, barulah kita terangkan kepada orang tua yang kita iringi. Terangkan banyak kali, jangan merasa letih atau putus asa kalau orang tua berkenaan tak faham. Kena terangkan kalau boleh berpuluh kali. Kalau boleh berikan peta, letak dalam beg mereka (samada mak kita, atau ayah kita atau sesiapa saja yang berumur lebih dari 60 tahun). Di peta berkenaan kena bulatkan merah, kedudukan hotel kita. Bukan apa, nama hotel pun mereka kadang2 tak ingat.
Kita kena ingat, orang tua ni kadang2 (maaf cakap) berlagak, aku lebih dulu makan garam dari kau. Tapi Allah jadikan mereka sudah dihinggapi penyakit lupa. Janganlah marah dengan keadaan ini(berlagak, pelupa), sebab inilah apa yang Allah beri pada mereka bila dah mencecah satu usia. Sikap berlagak mereka itupun sebab mereka nak cover rasa rendah diri. Tak perlu marahkan mereka atau perli mereka, cuma fahami keadaan mereka.
Kalau bawa orang tua, jangan lepaskan mereka dari pandangan. Kalau terlepas pandang, memang haru-biru jadinya. Kita jadi makan tak lalu tidur tak lena, kalau orang tua hilang. Maklumlah hilang dalam lautan manusia. Kena pulak orang kampung dari Kedah ke Kelantan ke Negeri Sembilan ke Sarawak ke Sabah ke. Bahasa mereka je yg mereka faham, bahasa Melayupun tak betul, Arab tak faham. Haru! Kena pulak yang jenis pemalu, suara perlahan, cakap sikit tunduk. Waddush! Nak mencari mereka satu hal, nak dengar leteran mereka selepas mereka hilang satu hal. Sebab tu nak bawa orang tua ni, memerlukan kesabaran yang tinggi, pahalanya pun besar.