03 Februari 2009

Mengisi Masa Lapang

Seperti yang kita ketahui, satu ibadah yang dilakukan di Mekah, pahalanya berganda 100,000. Tapi jangan lupa, jika kita melakukan kemungkaran, dosanya juga berganda 100,000. Oleh yang demikian bila berada di sana, sebaik-baiknya kita penuhi masa lapang dengan melakukan ibadah sebanyak mungkin, agar kita terhindar dari maksiat.

Kemungkaran itu mungkin dah sebati dengan kita hingga tanpa kita sedari kita dah melakukan kemungkaran. Suami tanpa sengaja dah terbiasa perli isteri, merendahkan isteri dan memarahi isteri depan orang-ramai. Isteri pula dah terbiasa menipu suami (sebab tak nak kena marah akhirnya kena juga), tak minta izin dari suami dan window-shopping seorang diri tanpa ditemani mahram. Dah terbiasa bercakap bertentang mata antara lelaki dan perempuan dan tersenyum pada bukan ahli keluarga kita. Perkaranya nampak remeh, kecik je, tapi tanpa kita sedari ianya membawa kepada perkara maksiat yang lebih besar, contohnya peniaga Arab mungkin dengan mudah akan cuba memegang bahu puan semasa shopping.

Kita dah terbiasa mengumpat orang. Alasan yang kita berikan ialah bersembang atau ambil teladan atau berhati-hati. Walau apapun alasan ianya tetap mengumpat namanya. Mengumpat adalah sesuatu yang menyeronokkan macam baca buku cerita. Kat Mekah tak ada TV Melayu, maka dengar cerita real mengurangkan rindu kita pada cerita-cerita.

Atau mungkin bergaduh dengan orang tua kita. Berbalas-balas perli dengan mak yang mungkin cuma bermula dengan bergurau.

Untuk mengelakkan perkara2 berkenaan, penuhilah masa kita dengan ibadah. Bergaul dengan rakan semaktab, boleh, tapi kalau boleh hadkan pada masa makan, 15 minit satu sesi cukuplah. Kalau kita berjumpa kawan cuma 15 minit, tak sempat nak mengumpat kot.

Ibadah yang biasa dilakukan ialah solat sunat di Masjidil Haram, membaca Al-Quran yang banyak terdapat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan tawaf sunat. Mungkin ada yang kata "saya period, tak boleh nak buat ibadat".

Ibadat bukan hanya solat, tawaf dan mengaji, zikir juga ibadah, sapu bilik juga ibadah, tolong cuci bilik air juga ibadah, basuh baju mak, kemas katil mak, bawa mak ke mana dia nak pergi. Kalau nampak orang berkerusi roda yang ditolak oleh keluarga sendiri, tolonglah tolak atau tarik kerusi tu supaya yang menolaknya tak lah teruk sangat. Masa saya tak ada di khemah atau di bilik, kawan2 selalu tolong bawakan nasi untuk mak saya atau belikan barang yang mak saya nak. Thanks to all.

Bersedekahlah sebanyak mungkin, tapi tak digalakkan kita bagi pada peminta sedekah yang banyak berkeliaran di Mekah. Berilah sedekah pada sesama jemaah haji yang kita nampak makan biskut cicah air zamzam atau pada pekerja am masjid. Pekerja ni sedang dicam kerana mereka memakai pakaian seragam.

Ada masa-masanya orang-orang Arab akan tunggu di tepi-tepi jalan menanti jemaah haji melintas depan mereka dan mereka berikan makanan seperti roti, pisang, air dan macam-macam lagi. Saya pernah kena panggil oleh minah Arab sebab dia nak bagi pisang. Malu juga rasanya sebab kita bukanlah tak mampu, tapi oleh sebab saya puasa masa tu, saya ambil je dengan niat orang tu bersedeqah untuk orang puasa dan beliau meraikan jemaah haji. Pernah juga orang panggil nak bagi roti, tapi sebab kita tak reti makan dan saya perhatikan ramai jemaah yang nampak macam susah, tak pakai seliparpun, jadi saya tak ambil. Ada sekali tu, bila keluar dari masjid, ada seorang jemaah wanita dari Pakistan, berikan Surah Yaasin. Mak saya pula dapat tasbih tawaf, tasbih yang ada 7 biji je, khas untuk tawaf. Kitapun boleh buat macam Arab dan Pakistan tu. Plan betul-betul kalau kita teringin nak buat cam tu.

Kalau tak dapat mengaji, bacalah terjemahan Al-Quran. Seronok baca terjemahan Al-Quran ni sebenarnya. Saya habis 10 juz baca terjemahan yang saya bawa dari Malaysia. Sepatutnya boleh dapat lebih dari tu, kan? Rajin punya pasal dapat 10 juz je. Tapi rasa seronok sangat dapat baca terjemahan, puas. Masa di ITM Pahang dulu saya gila baca Tafsir Azhar karangan Prof Hamka. Dah sampai 15 juz masa tu saya baca. Bila pindah ke ITM Shah Alam, saya beli sendiri untuk koleksi sendiri dari Naqibah saya Kak Oya (Kak Noriah) yang sekarang buka Kedai Buku Syabab di Bangi (asalnya di Shah Alam). Bila dah beli buku tu daaaaaaah... tak baca pulak, terperap kat rumah. Dua minggu lepas abang saya Samura, dah bawa balik ke Johor, anaknya Safiyyah nak guna.

Tentang zikir, apa lagi nak zikir ya? Takat Subhanallah, alhamdulillah Allahu Akbar, tu dah biasa sangat, sampai tertidur kalau asyik nak zikir tu je. zikir ni kalau boleh setahun sebelum pergi ke sana kita dah amalkan supaya kita dah cair dengan bacaannya, tak tersekat dan supaya kita tak rasa terbeban dek terlalu banyak perkara yang nak diamalkan sedangkan sebelum ni tak pernah amalpun, antaranya ialah Al-Ma'thurat. Al-Ma'thurat ialah zikir pagi dan petang amalan Imam Hassan Al-Banna dan menjadi amalan juga Persatuan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Sekarang ianya bukanlah asing di Malaysia. Buku Al-Ma'thurat banyak terjual di Malaysia. Tapi awas. Kalau nak amalkan, kenalah berguru. Nak berguru ngan saya? Meh lah! Janganlah kata Ma'thurat ni ajaran sesat. Zikir-zikir yang terdapat dalam Ma'thurat ni diambil berdasarkan hadis-hadis sohih. Mak saya kalau dalam ceramah Ustazah ajar baca zikir tertentu, nanti dia toleh kat saya, ni yang nko amal, tu yang nko amal. Abih tu camno? Zikir tu memang famous, bukan saya je yang selalu baca.

Kalau boleh janganlah putus kita ucapkan istighfar Nabi Adam dan istighfar Nabi Nuh dalam perut ikan nun.

Amalkan juga Istighfar Kubra(Istighfar yang paling besar). Istighfar ni adalah antara zikir Ma'thurat.

Semasa beristighfar, istighfarlah dengan sepenuh hati. Istighfar ialah pernyataan memohon ampun kita kepada Allah. Kita mengaku bahawa kita ni lemah, kita banyak dosa, kita telah melakukan kesilapan, maka kita minta ampun dari Allah. Kalau boleh fahamkan makna istighfar yang kita baca. Kalau nak lagi bagus, kita cuba fahamkan setiap patah perkataan, huruf demi huruf. Contohnya: Allahumma anta Rabbi (Ya Allah Engkau Tuhanku), faghfirli(ampunkan aku). Itupun kalau boleh, kalau tak sempat nak buat macamana kan? Semasa kita beristighfar, bayangkan semua dosa yang telah kita lakukan, bayangkan pembalasan api neraka yang akan kita hadapi, bayangkan betapa kita terpinggir dari syurga Allah sedangkan rakan2 kita, mak, ayah, adik, kakak semua Allah bawa masuk ke syurgaNya, sedangkan kita tertinggal di neraka. Mohonlah kepada Allah sepenuh hati, sepenuh hati, sepenuh hati, agar Allah ampunkan segala dosa kita. Dosa kita lambatkan solat, dosa kita malas nak tutup aurat, dosa kita bersolek di depan orang yang bukan muhrim, dosa kita bergaduh ngan suami, dosa kita bermasam muka dengan kawan, marah kat mak, marah kat ayah, marah kat adik, tengking anak, tuang kerja. Ingat bahawa hanya Allah yang boleh tolong kita, hanya Allah yang berkuasa mengampunkan dosa kita. Kalau Allah tak ampun kita, apalah ertinya kehidupan kita?

Di Tanah Suci ini banyakkan berdoa. Doa untuk diri sendiri, mak, ayah, suami, abang, kakak, adik, ipar, anak2, kawan internet, kawan sekerja, kawan sekuliah, kawan sekolah, saudara-mara. Doakan supaya semuanya menjadi muslim mukmin/mukminah soleh dan solehah. Supaya kita semua hidup dalam Islam, mati dalam Islam dan iman, kaya dunia dan kaya akhirat. Supaya kita semua rajin beribadah untuk akhirat kita dan rajin bekerja untuk dunia kita. Sentiasa bacakan doa yang mereka kirimkan.

Selalulah baca Allahumma inna nas aluka ridhoka waljannah, wa na'uzhubika min sakhotika wannar. Tanyalah sebutan yang sebenar dari imam, ustaz atau ustazah. "Ya Allah ridhakanlah aku syurgaMu, dan hindarkan aku dari nerakaMu". Ucapkanlah dengan sepenuh hati dan sepenuh pengharapan. Menangislah semasa meminta agar hati kita cair. Jangan biarkan hati kita terus keras. Kalau hati kita keras seolah-olah kita tak heran samada Allah nak bagi atau tidak. Bacalah doa ni semasa pandang kaabah. Allah janjikan 20 rahmat untuk orang yang pandang kaabah. Manalah tahu masa kita baca ni, Allah terima dan Allah masukkan kita dalam syurganya. MasyaAllah! Beruntungnya. Sememangnya banyak doa yang dimakbulkan di depan Baitullah.

Semasa kita berjalan, basahkanlah lidah kita dengan zikir. Semasa berseorangan, basahkanlah lidah kita dengan zikir. Masa shoppingpun kalau boleh, berzikirlah.

Semasa di beberapa checkpoint dan lapangan terbang, pihak berkuasa Arab Saudi akan berikan buku2 untuk bacaan kita. Bacalah! Kedai-kedai buku pun ada juga di Mekah. Buku dalam Bahasa Malaysiapun ada. Quran terjemahan dalam BM pun ada dijual di Mekah.

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam..
alamak, terasa byk nyer kejahilan diri.. byk juga yg dah tak amal.. aduhai, masa bujang dulu mcm2 dok hafal & belajor.. bila dah sibuk dgn anak2 ni.. Ya Allah.. byk benor dugaan.. manjang tak sempat.. huhu..

Salwani berkata...

kena berlatih time management. mana masa untuk family, mana masa untuk kerja dan mana masa untuk Allah.

Alhamdulillah sejak keje di Menara Telekom ni, banyak sangat kelas pengajian, rajin ngan idak je. kat surau tu ada yg rajin solat dhuha, jadi satu inspirasi untuk kita. kelas pengajian muslimat bawah bimbingan Ustazah Mariam tiap2 hari khamis memang best

Kene sentiasa ingat kak yong, dari mana kita datang, kenapa kita berada di atas muka bumi ini dan kemana kita akan pergi lepas ni. Jawapannya cuma 1, Allah! Bila kita dah tahu matlamat kita, semua yang kita lihat kiri dan kanan hanya hiasan dan dugaan