Sebelum bertolak ke Mekah iaitu semasa di Madinah, jemaah dah diingatkan tentang pantang-larang dalam ihram, ada 13 semuanya. Kemudian di Mekah pula jemaah diingatkan untuk
- Masya'er bermakna Arafah, Mina dan Muzdalifah. Masya'il Haram bermakna Muzdalifah
- Jangan niat haji dahulu, tunggu arahan dari THTS.
- Bertolak ke Arafah pada 6 Disember 2008
- Nombor tilam dan nombor khemah di Mina dan Arafah akan diberikan, sila tampal di pas haji.
- Arafah di Kem 86 Street 9, Mina tiang 1/108
- Cukur bulu ari2
- Cukur bulu ketiak
- Andam misai/janggut
- Potong kuku tangan dan kaki
- Kemaskan barang-barnag yang nak dibawa. Jemaah diingatkan untuk bawa barang satu beg sahaja iaitu beg sandang yang dibekalkan oleh THTS. Beg kami dari Selangor warna purple. Bagus beg ni, boleh tarik dan boleh sandang macam beg sekolah. Kena bawa sejadah, tikar Telekom, air mineral (takut terkandas) dan sedikit roti.
- Bermaaf-maafan antara suami/isteri, dengan ibu atau bapa.
- Tunggu arahan-arahan dari THTS untuk waktu turun menaiki bas
- Mandi sunat ihram sebelum bertolak, samada pada paginya atau sebelum zohor
- Jemaah dinasihatkan agar tidak solat zohor di Masjidil Haram pada hari keberangkatan ke Arafah, kerana bas pertama akan bertolak selepas zohor, ditakuti ada yang terlepas bas.
- Jemaah diingatkan agar tidak pergi shopping atau merayau-rayau ke mana-mana ditakuti ditinggalkan rombongan.
- Waktu makan akan dipercepatkan.
- Memakai pakaian ihram selepas solat zohor atau seawal jam 10:30 pagi.
- Astaghfirullahal Adzim. Allazi Laa ilahailla. Huwal Hayyul Qayyum Wa atuubu ilaih (Sila cari ejaannya dalam jawi)
- Mengucap syahadah3 kali
- Berselawat
- Jemaah akan dipanggil mengikut tingkat. Tingkat yang paling atas akan dipanggil dulu. Tingkat lain sila tunggu di bilik. Jangan turun ke bawah untuk menonton jemaah lain berangkat ke Masya'er, kelak akan menyebabkan keadaan kelam-kabut di lobi hotel.
- Kunci bilik bila semua telah keluar
- Serahkan kunci bilik di lobi hotel
- Simpan barang berharga di bilik
- Jemaah hanya dibenarkan membawa SAR300 sahaja
- Ustaz dan Ustazah akan tunggu di lobi hotel untuk mengingatkan jemaah supaya berniat haji.
- Talbiah 3x
- Selawat seperti di Tahiyyat Akhir
- Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah, Wana'uzubika min sakhatika wannar (Sila cari ejaannya dalam jawi)
- Wasallallahu 'ala saidina Muhammad, Wassalamun 'alalmursalin walhamdulillaHi Rabbil 'aalamin (Sila cari ejaannya dalam jawi)
- Jarak antara khemah Mina dan Jamrah ialah 3.7km. Jarak antara Jamrah terakhir dan Mekah ialah 7km
- Jemaah Malaysia akan melontar malam selepas jam 8:30 malam.
- Selepas melontar pada pagi 13 Zulhijjah, jemaah akan bertolak selepas sarapan pagi.
MasyaAllah! Astaghfirullahal 'Adzhim. Subhanallah! Waktu yang ditunggu-tunggu hampir tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan