08 Februari 2009

Lautan Manusia





Kalau tak silap jemaah haji tahun 2008 mencecah hingga ke 3 juta orang. Memang ramai. Kami sampai di Mekah 3 minggu sebelum wuquf. Masa tu boleh tawaf dengan senang lenang lagi. Selepas seminggu mula terasa ramainya orang.

Pada hari Jumaat, jemaah wanita Malaysia tak digalakkan solat Jumaat, untuk memberikan keselesaan jemaah lelaki solat. Tapi kami perhatikan jemaah wanita negar2 lain tetap pergi solat Jumaat. Pendapat peribadi saya, jemaah wanita tak perlu pergi, bagi memberi laluan kepada jemaah lelaki memandangkan solat Jumaat tidak difardhukan bagi wanita. Kalau musim umrah bolehlah kot. Bagi mengelakkan kaum wanita pergi ke masjid pada waktu Jumaat, pihak TH biasanya mengadakan ceramah khas untuk wanita pada waktu itu.

Hari Jumaat memang hari yang sesak memandangkan penduduk Arab dari kampung2 akan datang untuk solat Jumaat di Masjidil Haram, tambahan pula hari Jumaat adalah hari cuti di Saudi Arabia. 2 minggu sebelum wuquf, adik kawan saya yang tinggal di Hijjaz Palace, 80 m dari dataran Masjidil Haram, keluar jam 9:30 pagi masih boleh masuk ke Masjid. Kawan dia yang tertinggal barang dan masuk semula ke hotel, hanya boleh solat Jumaat di lobi Hilton.

Seminggu sebelum wuquf kawan2 kata jemaah solat Jumaat melimpah hingga ke depan hotel kami yang jaraknya 480m dari dataran Masjidil Haram. Dataran masjid tu lebar, boleh buat 30 saf lagi kot dari bangunan utama masjid. Sehari sebelum berangkat ke Arafah saf melimpah hingga ke terowong nak ke Aziziah, 1km dari dataran masjid.

Saya sempat puasa sebelum wuquf. Dapatlah 7 hari. Jam 4:50 pagi saya akan turun ke Dewan Makan untuk bersahur. Jam 5:10 saya akan bergegas ke Masjid. Memang saya tak akan dapat masuk ke dalam masjid. Saya cuma dapat tempat di luar masjid. Kebiasaannya saya akan solat di Tingkat 1, jadi biasanya saya akan solat subuh di jambatan meuju ke tingkat 1. Pada permulaannya Ok lagi, 3 kali solat di jambatan. Mula kat depan, makin lama makin ke belakang. Ada sekali tu saya lihat ada yang terpaksa solat di atas tempat yg selalu burung makan, ish tak sanggup saya. Kalau lihat posting sebelum ni, yang gambar jemaah Afrika tengah bagi makan burung tu, ha sampai kat situ orang solat Subuh.

Beberapa hari sebelum wuquf, saya kena solat di luar dataran, di hadapan pintu masuk istana. Ni dia kedudukan saya, betul2 mengadap gate. Ada 10 saf didepan saya tu.



Masuk ke Hilton 2 hari sebelum berangkat ke Arafah memang meletihkan. Orang terlalu ramai macam pameran matafair. Di dataran masjid tu pada hari Jumaat sebelum ke Arafah, manusia di mana2 setiap masa. No complaint, tapi seronok tengok lautan manusia. Macamana keadaannya di Mahsyar ya?

2 ulasan:

Aku Comel berkata...

suka dengan blog ni..
membuat saya tersangat rindukan Tanah Suci...

Tanpa Nama berkata...

Salam... Sekadar berkongsi...

Saya sampai di Mekah 10 hari sebelum wukuf. Manusia memang dah ramai. Untuk mengelakkan bersolat didataran atau mana-mana luar bangunan Masjidil Haram, saya keluar dari hotel sekurang-kurangnya 1jam 30min sebelum masuk waktu terutamanya waktu Zuhur dan Asar kerana diluar masjid kita akan terkena panas matahari. Kalau Subuh, masuk waktu pukul 5.15am, selewat-lewatnya 3.30am saya dah bertolak. Walaupun dalam musim sejuk, bahang cahaya matahari tetap panas jugak. Tetapi elok juga, boleh kita buat solat2 sunat, zikir n mambaca Quran.