14 Februari 2009

Kerjakan 5 Rukun Islam di Tanah Suci

Sebelum ke Tanah Suci saya adakan sedikit jamuan untuk kawan-kawan dan saudara-mara. Bukan apa, ramai yang nak jumpa kita sebelum berangkat, nak berziarah dari satu rumah ke satu rumah, jenuh juga tu sebab kawan ramai, maka kita adakan jamuan dan jemput kawan2 datang ke rumah.

Dan saya selalunya suka adakan sedikit tazkirah. Tazkirah tu dibimbing oleh Kak Kiah Putrajaya. Saya memang suka dengan tazkirah Kak Kiah. Kak Kiah mengingatkan supaya lakukan semua rukun Islam selama di Tanah Suci.

Mengucap dua kalimah syahadah- sentiasa perbaharui shahadah kita dengan mengucapkan dua kalimah shahadah. Hayati makna shahadah tu. "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah" Kita berjanji, kita mengaku, kita bersumpah bahawa dalam hati kita tak ada yang kita sembah melainkan Allah. Kita tidak memperajakan dunia, kita tidak memperajakan harta dan pangkat, kita tidak memperajakan orang kenamaan, hanya Allahlah yang paling besar, maha besar, raja kita dan tuhan kita. Kita juga mengakui dan mengaku bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, dia bukan tuhan seperti Kristian menganggap pada Nabi Isa. Dialah ikutan kita, dialah yang menerima wahyu dari Allah, dialah yang mengajarkan kita Islam dan iman, dia kekasih Allah, makhluk yang paling Allah sayangi.

Solat 5 waktu- kalau boleh tambahkan lagi dengan solat2 nawafil(solat2 sunat). Ustaz Zahazan kata kalau boleh kita solat nawafil 17 rakaat satu hari. 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat sebelum Azar, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya', 2 rakaat Dhuha, 2 rakaat solat taubat, 2 rakaat solat tahajjud dan kita tutup hari kita dengan 1 rakaat solat witir. Cuba teka siapakah seorang pembesar yang solat nawafil 200 rakaat setiap hari. He he... ni kalau sesiapa yang ikuti kelas Ustaz Zahazan setiap pagi jam 6:30 pagi pasti boleh jawab.

Puasa- kalau ada puasa yang belum digantikan, gantilah di Tanah Suci. Kalau boleh habiskan di Tanah Suci. Kalau dah habis, berpuasa sunatlah, sebab beribadah di Tanah Suci ni besar pahalanya.

Keluarkan zakat- kalau ada zakat pendapatan yang belum dibayar, bayarlah di Tanah Suci. Kalau ada dikenakan dam, maka selesaikan di Tanah Suci.

Menunaikan Haji- memang itupun tujuan kita ke tanah suci, jadi, kerjakan haji dengan seikhlas hati, penuh tawaddhuk, merendah diri pada Allah. Banyak dugaannya semasa menunaikan ibadah haji, banyakkan bersabar.

Alhamdulillah lengkaplah Rukun Islam kita di Tanah Suci.

3 ulasan:

kakyong berkata...

salam,

begitu rupernya...

wannor berkata...

Puan Salwani,
I love ur blog. Banyak tazkeerah utk diriku yg imannya turun naik ni.. Doakan saya dpt mengerjakan haji pada tahun ini. Telah menghantar surat rayuan ke tabung haji, sedang menunggu 'kad jemputan' dari Allah ni..

salwani berkata...

Untuk first timer memang mudahlah dapat. Priority. Pergilah semasa masih muda. Seronoknya orang nak pergi haji. Persiapkan diri dari sekarang. Kalau tak dapat, jangan sedih. Tanamkan rasa rindu pada kaabah.

Saya doakan Wannor dipanggil menjadi tetamu Allah ke RumahNya, semoga selamat menunai haji, mendapat haji yang mabrur dan pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.

Iman sayapun turun naik macam molekul dalam cerek. Kita yang kena kerap sedarkan diri sendiri. Orang lain tak jaga syurga kita. Banyakkan hadir ke majlis ilmu