01 Mac 2010

Adakah kita menghayati Maulidur Rasul?

Pada 26 Februari 2010 baru-baru ini saya terpilih mewakili jabatan ke sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya. Bagi sambutan itu, kaum muslimat tidak perlu berarak, sekadar meramaikan majlis di dalam Masjid Putra sahaja.

Ramai peserta dari perlbagai jabatan, agensi kerajaan, swasta dan sekolah menghadiri majlis ini. Memang ramai. Ini dapat dilihat dari pakaian mereka. Kalau yang memakai pakaian yang serupa materialnya, pastilah dari kalangan peserta yang saya nyatakan tadi. Kalau kelompok berkenaan memakai pakaian yang berwarna lain, pastilah orang awam yang hadir kerana nak menyertai majlis berkenaan, bukan di paksa. Kalau diperhatikan, orang ramai ini terlalu sedikit jumlahnya, mungkin 5% sahaja dari jumlah hadirin.

Kalau kita imbas kembali, apa sebenarnya tujuan diadakan majlis ini? Mungkin ramai yang menjawab sebab nak menghayati sunnah dan perjuangan Rasulullah. Dalam pemerhatian saya, objektif program tidak tercapai langsung, sunnah dan perjuangan itu tidak dihayati langsung.

Kenapa saya berkata demikian? Saya cuma ingin menyentuh 2 isu. Yang pertama berpakaian, yang kedua ibadah.

Allah menurunkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir untuk ummat manusia. Yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah ajaran Islam yang syumul(lengkap). Islam itu sudah lengkap dari segi cara hidup, ekonomi, politik, pendidikan, akhlak, pakaian, ibadah. Pendek kata dari segenap segi, sudah lengkap Allah aturkan untuk manusia, kita cuma ikut sahaja.

Allah yang aturkan, yang mengajarkan Islam itu kepada manusia ialah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah.

Islam mengajar kita dari segi pakaian hendaklah kita menutup aurat. Ramai dari kita yang tahu bahawa menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian yang tidak menampakkan warna kulit, tidak menampakkan bentuk badan bagi seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Ramai ulamak yang mentafsirkan tapak tangan bermakna dari pergelangan tangan hingga hujung jari tidak wajib ditutupi.

Ramai dari kita tidak tahu bahawa mengenakan stokin adalah wajib. Anggota yang wajib ditutup adalah sama seperti dalam solat. Kalau semasa solat kita menutup kaki, jika nampak kaki batal solat, kenapa kita tidak tutup kaki semasa bukan solat? Kalau dalam solat kita memakai telekong yang besar hingga tidak nampak dimana terletaknya pinggang kita, kenapa di luar solat kita memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan?

Berbalik kepada majlis maulidur rasul itu, saya perhatikan ramai yang tidak memakai stokin. Termasuk dari kontinjen kami sendiri separuh tidak berstokin. OKlah... mungkin ada yang kata stokin tu perkara kecik je. Bagaimana dengan ayat ini...

"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

Adakah gementar hati kita bila disebut nama Allah? Tidakkah kita merasa takut bila mengingkari satu dari suruhan Allah? Bila Allah perintahkan menutup aurat, kita ikut adat Melayu, nampak kakipun tak apa, kita tak ikut ajaran Rasulullah, tapi kita masih mengatakan kita menyayangi Rasulullah?

Malah ada yang datang tu, kain sudah diberikan oleh majikan, duit upah jahit sudah diberikan untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul, yang ditempah ialah baju ketat senteng paras punggong, kain terbelah menampakkan betis dan memakai tudung nampak leher. Adakah itu menghayati perjuangan Rasulullah? Sedih saya tengok orang yang berpakaian seperti itu. Jabatan2 sepatutnya memantau perkara berkenaan. Alhamdulillah di jabatan kami ada pegawai agama, mereka memanggil sabuah syarikat untuk menjahit baju bagi semua kakitangan yang menyertai acara berkenaan. Tudung yang dibekalkan juga adalah tudung labuh.

Dari segi ibadah pula, saya hanya nampak 4 orang wanita yang melakukan solat Dhuha. Dari seramai lebih kurang 500 peserta wanita yang hadir, hanya 4 orang mengerjakan solat dhuha.

Kita telah mengadakan majlis ini sekian lama, berpuluh-puluh tahun, tapi kesannya tiada. Majlis ini juga adalah satu bidaah(perkara yang tiada dalam ajaran Islam), tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah dan tidak pernah diadakan pada zaman sahabat. Tapi mengenangkan ianya bidaah hasanah (bidaah yang baik), maka saya pergi juga, disamping nak lihat, bagaiamana satu majlis peringkat kebangsaan diadakan bilamana Tn Guru Nik Aziz kata perarakan Maulidur Rasul tidak perlu.

Pada pendapat saya menghayati Maulid Rasul bukan dengan perarakan semata-mata, tapi hendaklah dihayati ajaran yang Rasul Allah bawa. Rasul Allah suruh kita melakukan perkara2 ma'aruf(kebaikan) dan meninggalkan dan mencegah mungkar(perkara2 buruk). Banyak kebaikan yang Utusan Allah itu ajar. Rasul Allah ajar kita supaya menyayangi Allah, takut pada Allah, berharap hanya pada Allah, meminta hanya pada Allah, membesarkan hanya Allah, memuji Allah dengan sebanyak-banyaknya, melakukan ibadah(solat, puasa, bekerja, membesarkan anak, berpolitik dll) hanya kerana Allah.

Alangkah baiknya semua stesen television hanya memenuhi siaran pada hari berkenaan dengan ceramah agama semata2 untuk mengajak ummat manusia mencintai ajaran yang dibawa Rasulullah sehingga seluruh ummah akan berkata "Ya Allah kami mengasihiMu kami sujud padaMu, Ya Rasulullah kami mencintaimu"

Hijjaz

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

...::::::....

::KEKASIH::

Malu rasanya mengatakan cinta,
Kepada dia kekasih Allah,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku insan biasa,
Ku pujuk jua hati dan jiwa,
meluahkan rasa cinta membara,
Di dalam pujian ucapan selawat,
Tanda penghargaan seorang umat,

Selagi upaya ku turuti ajarannya,
apa terdaya ku amalkan sunnahnya,
moga di dunia mendapat berkat,
Di akhirat sana beroleh syafaat,

Kerana budinya aku terpesona,
kerana peribadinya aku jatuh cinta,
rindu ku padanya tiada terkata,
hadirkan lah daku ke taman syurga.

Ya Rasul syafaatkan daku... .
Ya Rasul ku rindu pada mu

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=4021
...:::::...

4 ulasan:

LaN kidA berkata...

Salam Wani,
Lama tak meninggalkan jejak kat blog awok ni. Koi setuju sgt dgn artikel awok ni. Kalau dari apa yang awok beritahu tu kita tgk dari zahirnya pun dah banyak tak betulnya...lahiriah setiap insan itu pulak...Allah swt jer la yg mengetahui.

Koi ni kekadang sedap jer komen tapi koi sendiri pun banyak sesangat nak kena perbetulkan lagi.

Salwani berkata...

ya lah Lan. kalau ikutkan umur purata rakyat Malaysia ni cuma 60 tahun je. kita dah menghabiskan 2/3 dari umur kita, tinggal 1/3 je lagi. itupun kalau sampai. umur 50-an ramai yang meninggalkan dunia yg Allah jadikan sebagai tapak untuk menentukan hala tuju kita. Macam sekolahlah, kalau fail kat sekolah, tak kemanalah kehidupan cari makan kita. ni kita nak menuju carimakan lepas mati pulak

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....alhamdulillah..sememangnya apa yang dicatakan oleh Kak Wani itu benar kenyataan nya...so...siapa yang patut memikul tugas dan tanggung jawab untuk mengembalikan membendung setiap kemungkaran juga kejahilan dikalangan kita semua.....ambo pun jahil lagi ....tapi Kak Wani Hebat.. Teruskan perjuangan Rasullullah...Semoga Allah menjaga Kita sentiasa...Amin

Salwani berkata...

Teringat kata-kata Pak Opick semasa ditemuramah di satu stesen radio sebelum beliau menjayakan konsert Opick di Bangsar pada 22/11/2009

DJ bertanya apakah cabaran yang paling besar yang beliau hadapi.

Pak Opick menjawab bahawa ada pernah orang memanggil beliau Pak Ustaz sedangkan beliau tidak layak bergelar ustaz.

Begitulah juga saya, bila ada yang mengatakan saya hebat, saya terlalu amat takut dengan perkataan tu, panggilan ustazah dah banyak kali saya dengar, sedangkan saya ni tajwid Al-Quran pun tak betul, bahasa Arab pun tak pandai.

Bercakap je pandai...amalan entah ke mana. Allah kata Dia benci orang yang pandai cakap tak buat.

Chow dulu. Ada kelas ni. Oh ya, perkara yang paling berat untuk dilakukan ialah melawan nafsu. Hati kata nak pergi kelas, nafsu kata jangan pergi, shopping lagi best, tidur lagi beast.