Tiba di Jeddah kami ditempatkan di Hotel Grand Saha (kalau tak silap). Di sini Tabung Haji Travel menempatkan suami isteri satu bilik, manakala pengiring seperti ibu atau bapa yang mengikut diletakkan sebilik. Mak saya tingal berempat dalam satu bilik. Tapi bukan nak duduk lama pun kat sini. Kami akan keluar pada jam 3 pagi nanti untuk ke lapangan terbang Jeddah. Di sini hanya untuk transit sahaja. Penempatan bilik sekarang tak mengikut pakej, semua pakej kecuali pakej super mahal (Almas dan Zamrud) tinggal di sini.
Masa mula2 sampai kecoh juga sebab kesilapan penempatan bilik, jadi kami diarahkan untuk makan dulu. Grand juga tempat makannya. Kebabnya pun sedap. Saya ada beli rempah kebab semasa di Madinah. Rasanya memang yummy. Bila rempah kebab dah habis, saya cuba buat sendiri dengan rempah murtabak yang saya beli di Pasar Borong Puchong. Orait jugak la.
Lepas lepak-lepak di bilik, jam 12:30 tengahari kami diarahkan pergi ke terminal menimbang barang. Agak jauh la jugak, kena naik bas dalam 10 minit kot. Rupa-rupanya dekat dengan asrama Tabung Haji yang menempatkan jemaah tabung haji dan pakej-pakej lain yang akan berlepas pulang.
Kami diminta mengambil sendiri beg-beg kami dan bawa ke tempat menimbang. Oleh kerana beg kami banyak, beg mak lagi, sedangkan kami hanya turun berdua, maka kami dapat beratur di belakang sekali. Tak kisahlah belakangpun, bas tu tak akan tinggalkan kami pulak. Ada 6 kaunter timbang semuanya melayan kami lebih kurang 400 orang jemaah. Kalau sorang 3 beg?
Had seorang 30kg. Kami bertiga ada 7 beg, semuanya rupa-rupanya 110kg. Terkelip gak mata kami. Satu kg kena bayar extra SAR10 = RM10. Tapi tak apa, jangan bimbang sebab ada orang yang di depan kami yang bawa balik barang kurang dari 30kg, jadi kami ni kira menumpang berat timbangan mereka. Alhamdulillah, selamat dari kena bayar RM200. Jadi suami saya sedekahkan budak yang timbang barang tu SAR10.
Masa nak datang timbang tadi, saya terfikir malas nak bawa beg tabung haji, baik masukkan je dalam bonet. Jadi 2 lagi beg saya bolehlah jinjing. bila dah balik bilik, baru terperasan dalam tu ada charger handphone. A dui dui dui...... Selamat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan