Bila dah dekat nak balik ni, kenalah berkemas, kan? Antara persiapan yang saya lakukan ialah membuka balik tali2 jemuran saya. Boleh je tinggalkan tali tu kat situ pas tu niat sedekah kat orang2 yang nak guna. Betul ke macam tu? Betul ke tali tu akan digunakan oleh orang2 selepas kita? Kalau kat hutan lipur mana, mungkin kot, orang lain boleh guna, tapi kalau kat hotel, alamatnya kakitangan hotellah kena bersihkan segala dekorasi yang kita dah tambah kat hotel tu. Nak mengemas bilik satu hal, nak buka semua tali2 jemuran yang berbagai ragam yang direka oleh jemaah haji satu hal lak. Kesian kat depa kan?
Kenapa nak jemur kain pulak? Kalau sehari 2 pasang baju, campur tudung dah jadi 6 lai. 6 lai maknanya 6 rial tu. katalah tudung tu pakai 1 lai sehari, nak bayar 5 riyal sehari untuk dobi, perit jugak o. Sorang tak pa, ni datang bertiga, 15 riyal sehari tu. Kalaupun saya rasa nak hantar dobi, mak saya tetap berdegil nak basuh sendiri gak. Orang kampung la katakan, tak puas hantar baju ke dobi. Entah siram entah tak.
Sekali-sekala memang saya hantar dobi, tapi mak saya tak mungkin akan hantar dobi. Maka kitalah jugak yang kena basuh baju mak. Bukn mak tak boleh basuh sendiri, tapi saya pantang tengok kain berendam lama, tak syok. Dah la bilik air sempit, kalau ada baldi kain, menambahkan sempitnya lagi.
Saya biasanya jemur kain kat tangga. Tali jemur tu, setiap sejengkal saya buat buli-buli, saya ikat sikit supaya hanger yang kita gunakan akan tersekat kat situ, jadi kain-kain yang saya jemur tak lah melekat antara satu sama lain.
Kain tu bukanlah kering sangat pun, sejat air jadilah, lepas tu kita gosoklah. Tapi kalau material nipis, OK lah, boleh tahanlah keringnya. Masa dekat-dekat nak haji, pihak hotel buka pintu masuk utama setiap masa. Pintu ke tangga pun dibuka, jadi udara panas dapat masuk ke tangga, cepatlah sikit kain tu kering.
.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan