Baru sekejap ni saya berchatting dengan kawan lama semasa di Form 1 Sekolah Menengah Kompleks Tentera, Jalan Gambang, Kuantan, Mohd Muslihat Ismail. Saya pun dah lupa apa nama sekolah tu sekarang.
Ni antara isi chat saya dengan Mus
Md
ni kalau amik spm mau lingkup
10:53pmSalwani
HA HA HA
tapi proven SPM BM A1
tu je penyelamat, yg lain hancus
Geografi 6
10:53pmMd
awak orang pandai..dari dulu lagi
Salwani
geografi 6 apa ke pandai nya
10:54pmMd
saya ni orang sederhana jee
10:54pmSalwani
tu yg membuatkan I yakin sangat dengan Allah
bila Allah kata kun fayakun
masa sekolah I rasa I pandai
sambil main I boleh score
Tiba-tiba Mus Off-line. Alahai... Tak apalah saya sambung celoteh saya sorang-sorang, hopefully Mus akan baca kemudian. Tapi tulisan saya ini bukan saya tujukan kepada Mus sahaja, saya nak berkongsi dengan semua rakan.
Sememangnya sekarang saya lebih faham tentang Allah. Bahawa kalau Allah kata Dia nak buat, Dia boleh buat, apalah daya kita sebagai manusia. Bahawa apa yang kita dapat selama ini bukan kerana kita pandai, atau kita berusaha lebih dari orang lain.
OK, mari saya mulakan balik cerita saya.
Masa darjah 1, semasa peperiksaan akhir saya cuma hadir periksa 1 hari sahaja, 2 hari ponteng EXAM sebab saya demam. Saya tak tahu bahawa peperiksaan itu penting, makpun mcam lupa alam peperiksaan tu macamana. 2 subjek yang saya ambil tu, saya dapat markah 90 lebih (lupa exact mark). Tapi itu antara result yang terbaik, ada seorang lagi yang dapat markah macam saya. Tapi oleh kerana saya cuma dapat markah 180++, saya diletakkan di Kelas B.
Semasa saya dalam eklas yang sama dengan Mus, kami ada 5 orang scorer, Man, Ishak Hashim, Koh Lee Ching, Zanariah(orang kata muka dia macam muka saya) dan saya. Mus selalunya dapat no 8, kan Mus? Tapi Mus pun ada degree gak.
Kemudian saya pindah ke SMKAA, masuk kelas C. Form 2 masuk kelas A. Saya duduk di belakang dengan Aisyah. Saya ngan Syah selalu main. Bila exam, saya dapat no 4, Syah dapat no 20, sedangkan sebelumnya saya dapat no 1, Syah dapat no 2.
Masa di tingkatan 4 di Teknik Terengganu, saya kaki dorm, bukan kaki bilik prep. Masa orang sibuk study, saya dengan Na dan Yas melepak di bilik. Bila result SPM keluar saya dapat Pangkat 1, dapat offer pergi oversea lagi, tapi Yas dan Na dapat Pangkat 3.
Allah bagi kepada siapa dia nak bagi.
Kalau orang tanya apa rahsianya, senang je jawapan saya, concentrate dalam kelas masa cikgu mengajar. Baca sebelum cikgu mengajar, lepas tu lepak. Subjek yang saya tak suka ialah Geografi, sebab kita akan gunakan 50% dari masa kita untuk concentrate menghafal subjek tu sedangkan dia cuma menyumbang kepada 1 matapelajaran je, 50% lagi untuk 8 subjek lain. Masa tu perasan study smart, kononnya.
Pergi interview utk jawatan Programmer di Telekom selepas grad dari Diploma, saya tak dapat post tu sedangkan kawan-kawan saya yang lebih rendah CGPAnya dapat. Allah bagi kepada siapa yang dia nak bagi dan Allah tak bagi kepada sesiapa yang Dia tak nak bagi! Result saya mungkin baik semasa belajar, tapi Allah kata rezeki saya untuk dapat result yang baik, tapi bukan kerja yang baik. Saya menganggur selama 6 bulan selepas tu.
1990 saya diterima bekerja dengan kerajaan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree. Semasa interview untuk jawatan System Analyst, kawan saya kata saya antara top 10 dari kalangan 100 candidate kalau tak silap. Saya pun tak tahu macamana, tapi Allah kata Dia bagi kepada sesiapa yang Dia nak bagi. Setahun kemudian saya pergi interview di TNB, Alhamdulillah juga dapat. Interview bagi saya pada masa tu kacang sangat.
Pada usia 42 tahun, saya masih stuck sebagai Senior Executive, sedangkan kawan-kawan saya dah lama naik Manager. 8 tahun saya masih di takuk ini. Paling awal dalam TNB ni 3 tahun, lewat-lewatpun 5 tahun, ni saya dah 8 tahun. Top management pun hairan. Setiap kali saya hadiri interview, jawapan saya mengecewakan mereka. Allah bagi kepada siapa yang dia nak bagi dan Allah tak bagi kepada sesiapa yang Dia tak nak bagi!
MasyaAllah, hebatnya kekuasaanMu ya Allah. MilikMulah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Maha Kaya Engkau ya Allah, Engkau Maha Berkuasa sedangkan kami ini amat lemah. Engkau maha kaya sedangkan kami ini sangat miskin. Engkau Raja di langit dan di bumi dan semua yang ada di dalamnya. JanjiMu benar, pertemuan denganMu benar, syurga neraka benar, hari kiamat benar. Ampunilah segala dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan dosa yang aku nampakkan dan dosa yang hanya Engkau mengetahuinya.
Dalam meniti kehidupan, saya berjumpa dengan kawan yang memiliki sebuah Porche dan sudah berpangkat Dato'. Wah! Masih muda, handsome, Dato'! Dato' Fadzil iatu rakan disebelah kelas saya di Teknik Terengganu. Dan saya juga ditemukan dengan rakan-rakan yang tak mampu membeli susu anak sedangkan mereka dulu rakan saya yang sama-sama graduate di universiti. Betapa! Betapa Allah bagi kepada siapa yang dia nak bagi dan Allah tak bagi kepada sesiapa yang Dia tak nak bagi!
Kemudian saya insaf. Orang yang Allah uji dengan ujian yang berat bukanlah orang yang melupakan Allah, tapi orang yang mengingati Allah siang dan malam, orang yang tak lupa solat 5 kali sehari. Tapi bila Allah kata Aku hanya nak bagi sikit kat Engkau di dunia ini, maka terimalah ketentuan Allah. Manalah tahu kalau Allah bagi lebih, kita tak cukup, rasa nak lebih lagi. Waktu azan berkumandang, kita masih mengira jumlah pulangan dari pelaburan, kita terlupa untuk mengingati Allah dan bersyukur atas apa yang Dia sedang beri pada kita.
Bila saya baca tulisan seorang kawan, Monier Md Din baru saya faham.... Katanya arwah ibunya adalah orang yang paling percaya pada Allah.... Jadi saya pun nak jadi orang yang percaya akan Allah. Kalau Allah tak bagi, saya tak kaya, kalau Allah tak bagi, saya tak cerdik, kalau Allah tak bagi nikmat iman, saya mungkin hanyut.
Selama inipun lidah kita kata yakin, tapi tindakan kita macam tak yakin dengan janji Allah. Terutama pada kaum wanita. Kita tahu bahawa berpakaian ketat itu haram, tapi kita buat juga, mendedah aurat itu haram, kita buat juga. Bagi para suami, mereka tak kisah jika isteri mendedah aurat, sporting! Sedangkan 4 orang lelaki diheret oleh seorang wanita bila wanita itu mengingkari perintah Allah iaitu ayahnya, suaminya, anaknya dan adik-beradik lelakinya.
Jadi bila kita kata yakin bahwa hari kiamat benar, syurga neraka benar, maka beramallah untuk dunia selepas kematian. Ustaz Sapawi tadi kata "Berusahalah untuk akhiratmua tapi jangan lupa dunia kamu" Tapi kebanyakan kita hari ini berusaha untuk dunia kita, tapi akhirat tak lupa, tapi ada juga yg terlupa
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan