Anak saya yang kedua, Ahmad Danial disahkan mengalami Autistic Syndrome Disorder (ASD) semasa beliau berumur 9 tahun. Dah tak ada apa lagi perasaan yang bukan-bukan melanda sebab semuanya seperti yang saya jangkakan.
Semasa mengandungkan Danial 3 bulan, saya jatuh terduduk, ponggong terhentak. Masa tu OK lagi, tapi of course kena marah ngan mak mertua la. Tak usahkan mak mertua, kalau mak sendiripun marah juga kalau tak jaga diri. Esoknya, saya mula bleeding hingga office-mate Rozy mengambil tindakan menghantar saya ke PMC. Dr Hamid Arshad sahkan tak ada apa-apa pada kandungan.
Sebulan kemudian saya serah diri ke Pusat Perubatan Kohilal kerana masih bleeding dan Dr Lo' Lo' sahkan uri tertanggal 1/3. Masa tu nak ambil MC berapa hari pun boleh, asl bleeding je ambil MC. Dr nasihatkan jangan buat apa2 kerja berat. Dukung anakpun tak boleh. Kesian Zahidah, masa tu dia baru 10 bulan, kita dah tak boleh dokong dia.
Dalam perut Danial agak baik orangnya. Selama mengandung cuma 2 kali dia bergerak. Zahidah akan bergerak setiap malam sebelum saya tidur, Haikal bergerak secara normal, bila dah 9 bulan tu boleh nampak pergerakan dia sampaikan semua orang tegur.
Bila Danial lahir, dia nampak agak normal, perkembangan lain semua kelihatan normal, menjerit, menangis, ketawa macam bayi lain. Bila umur 6 bulan dia dah boleh sebut bye!, tapi rupa-rupanya setakat itu saja. Dia tetap pendiam, hingga umur 3 tahun dia masih tak dapat membina ayat. Dia cuma bermain, menjerit, menangis, menyanyi dan ketawa. TApi dia tak bercakap, tak communicate. Dia menyanyi dengan baik sekali, kalau dihujung lagu ada perkataan ek, dia akan sebut ek tu. Saya rasa ada yang tak kena dengan anak saya.
Bayangkan semasa umur 4 tahun, bila nak susu dia cuma mampu menangis dan tunjuk arah dapur. Bila kita tanya "Nak susu?" baru dia kata "hmmm". As simple as "Nak susu" pun dia tak boleh sebut. Tapi masa tu kita tak berapa kisah lagi sebab kakak dia pun bercakap elok cuma bila berumur 5 tahun, bila masuk tadika! Sebelum tu nak pergi taman permainan dia kata ummi, nanananan... pahamlah tu nak gi taman permainan. Bercakap banyak tapi tak ada buah butir. Yg Danial tak communicate langsung. Ingatkan biasa je. Masa ni ABC semua dia dah hafal, 123 dah kenal, no plet kete dah kenal, nursery rhymes hafal, nasyid banyak hafal.
Saya cuba search dalam internet, saya cari buku-buku dan saya rasa anak saya autisme, tapi saya tak pasti. Masa umurnya 4 tahun saya bawa Danial berjumpa dengan Dr di Dispensary TNB dan Dr mengesyorkan saya berjumpa pakar di HKL.
Bila saya jumpa Dr biasa utk penyakit lain di Az-Zahra, dr mengesyorkan saya menghantar anak ke montessory, jadi saya hantar ke Ana Montessori di Seksyen 2, Bangi.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan