Masa Danial umur 4 tahun, saya hantar ke TASKA TNB di UNITEN. Bayaran cuma RM90 untuk seorang anak ikut gaji kakitangan.
Masa dia umur 5 tahun saya hantar ke Ana Montessori di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi atas saranan seorang doktor di Az-Zahra. Bayaran dia... ehem... RM220 seorang anak. Tu dia, dari RM90 ke RM220. Masa tu rasanya mahal, tapi sekarang RM220 tu biasa je. Selepas Danial dihantar ke montessori, penjaga taska melaporkan Haikal dah mula murung. So, saya ambil keputusan untuk hantar Haikal juga ke Ana Montessori. Rasa macam sengkeklah juga, tapi demi masa depan anak, terpaksalah kan?
Masa dia umur 5 tahun juga, saya sudah buat appointment dengan HKL untuk Danial. Pertama kali pergi ke HKL, sepanjang jalan Danial asyik menyanyi, saya tak pernah tengok dia sehappy tu. Sepanjang masa di HKL, dia happy sangat. Sekali terfikir mungkin dia rasa kurang diperhatikan sejak dapat adik. Kesian juga. Hari pertama, kami berada di HKL sepanjang hari. Ada beberapa ujian yang dibuat, tapi saya dah lupa sebab dah lama, Danialpun dah 12 tahun sekarang ni.
Dr buat keputusan bahawa Danial perlu menjalani speech theraphy (mungkin berikutan aduan saya bahawa Danial tak ada communication). Appointment Danial ditetapkan bulan Mac.
Bila pergi jumpa Speech Therapist pada bulan Mac. Saya dan suami memang terperanjat. Speech therapist tunjukkan dua pensil. DIa cakap "Danial, this is short pencil, this is long pencil. which one is short, Danial?" Lantas Danial tunjuk yg mana pendek, yg mana panjang. We were amazed! Memang ana montessori mengajar menggunakan bahasa Inggeris. tapi tak sangka dia faham. Danial, what is this, short or long? Dia dengan cepatnya jawab - short, and this? Long. What is long? "Pencil!, long pencil
Kemudian ST tunjuk pula 4 kertas berbentuk ikan yang diwarnakan. ST tunjuk 3 bentuk ikan dan beritahu "Danial this is yellow fish, this is red fish, this is green fish, this is black fish.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
5 bulan yang lalu
3 ulasan:
Tawkey Ana Montessori tu dulu jiran saya di Kajang Utama. ... ;o)
hi.. saya pun berminat nak hantar my duaghter ke Ana Montessori.. boleh bagi guide sikit? Location, time, fees.. tq..
salam, boleh beri saya no contact ana montessori tak? anak sy ada ciri2 ni, tp masih ikut speech therapy. tak tahu lg, tp dr galakkan hantar ke taska yg ada modul belajar dan bermain.
Catat Ulasan